Anda di halaman 1dari 4

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

PANDUAN AM PERMOHONAN BARU PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

A. CARA MEMOHON

Permohonan secara Atas Talian (online)

i) Membuat permohonan secara online


ii) Membayar fee proses secara online kadar seperti dilampiran 3 (Buku
Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor)
iii) Tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan permohonan . Walau
bagaimanapun dokumen sokongan perlu disimpan 3 tahun oleh pemohon
untuk tujuan pengauditan.

Permohonan di Kaunter

i) Mengisi borang permohonan pendaftaran Kontraktor Kerja Pembinaan


(Borang CIDB 1 RoC/2015) dengan lengkap
ii) Membayar fee proses kadar seperti dilampiran 3 (Buku Keperluan dan
Prosedur Pendaftaran Kontraktor)
iii) Mengemukakan dokumen sokongan;
Sila rujuk senarai semak seperti di Lampiran R1/ROB/2015 atau R1/ROC/2015
atau R1/ROS/2015 (mengikut jenis perniagaan yang didaftarkan).
Bagi pengkhususan yang melibatkan keperluan Agensi Pendaftaran lain, sila
rujuk Lampiran 7 (Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor).

B. GRED, KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah menyatakan Gred, kategori dan pengkhususan yang


dipohon. Pecahan Gred, Kategori dan pengkhususan adalah seperti di Lampiran 4.
( Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor).

1
C. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Perbadanan Syarikat Atau Perniagaan (pendaftaran)

Pemohon hendaklah mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-


mana pihak berkuasa yang berkaitan seperti berikut:

i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Pendaftaran Syarikat/Pendaftaran


Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad) atau
ii) Pendaftaran Koperasi (SKM) atau
iii) Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & lesen
Perdagangan Borang I (Negeri Sarawak). atau
iv) Lesen Perniagaan Borang B (Negeri Sabah) atau
v) Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Aktiviti atau operasi firma/syarikat/koperasi atau persatuan dan seumpamanya


hendaklah melibatkan kerja-kerja pembinaan serta dinyatakan di dalam;

i) Daftar syarikat (Memorandum & Articles of Association)


ii) Daftar Perniagaan (Borang A)
iii) Undang-undang kecil Koperasi/Persatuan
iv) Borang I (Negeri Sarawak)
v) Borang B (Negeri Sabah)

2. Siapa Yang Perlu Memohon

Pemohon hendaklah terdiri dari salah seorang Pengarah/Pemilik syarikat.

3. Kedudukan Kewangan Syarikat

Mempunyai modal terkumpul/berbayar minimum seperti di Jadual A.

4. Kelayakan Personel Teknikal (Pengarah/Pemilik atau Pekerja Yang digajikan)

Personel Teknikal mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia samaada


Pengarah/Pemilik atau pekerja yang digajikan sepenuh masa.

Personel Teknikal yang tidak mempunyai sijil teknikal yang diiktiraf adalah
dikehendaki memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes sebelum membuat
pembaharuan kali pertama. Bagi Personel Teknikal yang mempunyai sijil teknikal
adalah dikecualikan menghadiri kursus tersebut.

2
5. Penglibatan Sebagai Personel Teknikal alam syarikat-syarikat Lain Yang Telah
Berdaftar Dengan CIDB.

Seseorang individu hanya boleh diambilkira sebagai Personel Teknikal untuk satu
syarikat sahaja.

6. Ekuiti Asing

Pemilikan ekuiti asing dalam syarikat tempatan dibenarkan tidak melebihi 30%
atau seperti di Lampiran 13. (Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor)

D. KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN FEE PENDAFTARAN

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat atau boleh disemak


melalui Atas Talian (online).

Bagi permohonan yang lulus, surat lulus akan dikeluarkan kepada pemohon
dengan menyatakan Gred, kategori dan Pengkhususan serta tempoh
pendaftaran yang diluluskan. Pada umumnya, permohonan baru akan diberikan
pengkhususan B04 atau CE21 atau M15 atau kobinasi satu, dua atau ketiga-tiga
pengkhusuan tersebut berdasarkan kepada kelayakan pemohon atau pegawai
teknikal seperti dilampiran 10. Permohonan tambah pengkhususan selain dari
pengkhususan tersebut boleh dibuat melalui kaunter dengan syarat telah
memenuhi keperluan seperti dilampiran 7 bagi yang melibatkan pendaftaran
dengan agensi atau sijil kekompeten atau bukti kerja serta bukti siap kerja, atau
sijil kecekapan pengurusan (SKP). Pemohon perlu mengisi borang SSPK
1RoC/2015 dan melampirkan dokumen sokongan bagi permohonan tambah
pengkhususan tersebut.

Fee Pendaftaran akan dikenakan mengikut gred berdaftar. Bayaran Fee


Pendaftaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat lulus.
Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, Bank draf, Cek Banker (Bankers
Cheque) /wang pos / Kiriman Pos atas nama Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia atau CIDB Malaysia, atau pembayaran atas talian (Online
Payment). Rujuk Lampiran 3. ( Buku Keperluan dan Prosedur Pendaftaran
Kontraktor).

Bagi permohonan yang gagal, surat penolakan akan dikeluarkan dengan


menyatakan sebab-sebab penolakan tersebut. Syarikat hanya diberi sekali sahaja
untuk mengemukakan rayuan dan boleh dibuat dalam tempoh 30 hari dari
tarikh surat gagal dikeluarkan dengan mengemukakan semula dokumen
sokongan kepada CIDB. Kegagalan berbuat demikian pemohon perlu
mengemukakan permohonan semula jika ingin berdaftar dengan CIDB.

3
E. TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN

Tempoh sahlaku pendaftaran baru adalah selama satu (1) tahun sahaja.
Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 120 hari
sebelum luput pendaftaran. Mana-mana permohonan pembaharuan yang
diterima kurang dari 30 hari sebelum tamat pendaftaran akan dikenakan denda
sebanyak RM200.00

Anda mungkin juga menyukai