Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN(1)
( INFORMATION SHEET )

NAMA DAN KOD


PROGRAM
FB-010-23 EXTERNAL AUDIT
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL TAHAP 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
DBE 2322 AUDITING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO DAN PERNYATAAN K1 AUDIT
K2 JADUAL GAJI
AKTIVITI KERJA /
K3 JADUAL HARTANAH LOJI DAN PERALATAN
ACTIVITIES NO. AND K4 JADUAL HASIL
STATEMENT K5 JADUAL KOS JUALAN
K6 JADUAL PERBELANJAAN
Muka / Page : 1
NO.KOD / CODE FB-010-23/P(1/6)
Drp / Of : 12
NUMBER

NAMA CALON /
CANDIDATE NAME

TAJUK : AUDITING

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan pengetahuan


kepada pelajar mengenai pengauditan
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

PENERANGAN

Pengenalan
Ramai pengguna penyata kewangan dan orang awam keliru terhadap fungsi
pengauditan dan perakaunan. Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan proses
pengauditan amat berkaitan dengan maklumat perakaunan dan ramai juruaudit
mempunyai kecekapan secukupnya dalam masalah perakaunan. Kekeliruan ini
bertambah dengan penggunaan designasi yang sama iaitu Akauntan Bertauliah bagi
individu yang melaksanakan tugas audit dan perakaunan.

Definisi/Takrif Pengauditan
Audit ialah satu pemeriksaan yang dilakukan secara kritis dan sistematik oleh pihak
yang berkelayakan terhadap laporan kewangan yang telah disusun oleh pihak
pengurusan, beserta catatan-catatan di dalam akaun dan bukti-bukti yang
menyokongnya. Ia bertujuan untuk memberikan pendapat yang sewajarnya tentang
laporan kewangan tersebut

Tujuan/Objektif Pengauditan
Tujuan utama audit adalah untuk memeriksa kecukupan rekod yang berkaitan,
dokumen-dokumen bukti dan penyata-penyata kewangan yang lain untuk
membolehkan juruaudit memberi pendapat tentang penyata kewangan tersebut dan
membuat laporan sewajarnya.

Objektif pengauditan ialah untuk membolehkan pihak juruaudit memberikan


pendapatnya kepada pemilik perniagaan dan pihak ketiga yang mempunyai
kepentingan perniagaan tersebut keadaan yang benar dan saksama (True dan
Fair) tentang kedudukan kewangan dan hasil kendaliannya.

Penyata kewangan yang tidak beraudit boleh mengandungi beberapa ralat


termasuklah:
a) Ralat Kira-kira.
b) Aset yang dijual atau dihapuskira terlupa diambilkira.
c) Peruntukan tidak dibuat dengan secukupnya bagi asset yang dijangka tidak
dapat dijual mengikut nilai buku.
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

d) Kesilapan membuat pelarasan misalnya butiran belanja, jualan dan stok yang
melibatkan tempoh perakaunan lain.
e) Kaedah perakaunan tidak konsisten (tidak mematuhi ketekalan)
f) Prinsip-prinsip perakaunan tidak dipatuhi.

Oleh yang demikian, pihak yang berkepentingan perlu berhati-hati dengan penyata
kewangan yang belum diaudit. Tujuan pengauditan adalah untuk membolehkan
penyata kewangan dipercayai.

Tanggungjawab Juru Audit


1. Mengeluarkan pendapat tentang laporan kewangan telah disediakan mengikut
standard perakaunan. Juru audit perlu menyatakan laporan kewangan
sesebuah perniagaan memberikan maklumat yang benar dan saksama.
2. Pemerolehan bukti audit perlu mencukupi dan kesilapan material perlu
diambilkira.

Pengakuan Tentang Laporan Kedudukan Akaun


Pengakuan ini untuk mengiktiraf tentang kedudukan akaun dan memastikan bukti
audit memenuhi kriteria berikut:
i. Mencukupi – dokumen sumber dan buku-buku perakaunan disediakan dan
diselenggara dengan kemas serta disimpan di tempat selamat.
ii. Hak dan tanggungjawab – aset dan liabiliti perlu dinyatakan pada nilai
mengikut dokumen yang ada.
iii. Kewujudan aset dan liabiliti – aset perlu dipastikan ada secara fizikal dan
liabiliti seperti pinjaman perlu dinyatakan dengan nilai yang sewajarnya.
iv. Penilaian dan peruntukan – penilaian dari segi harga kos aset sama ada
mengikut harga kos atau harga penilaian modal. Peruntukan adalah
melibatkan peruntukan susut nilai dan peruntukan hutang ragu. Nilai
peruntukan perlulah realistik dan munasabah.

Pengakuan Tentang Transaksi


Pengakuan ini untuk mengiktiraf tentang transaksi yang berlaku dan memastikan
bukti audit bagi transaksi memenuhi kriteria berikut:
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

i. Mencukupi – urus niaga yang berlaku perlu ada dokumen yang cukup untuk
membuat semakan audit.
ii. Tempoh perakaunan – urus niaga yang disemak perlu mencakupi untuk
tempoh setahun mengikut tempoh perakaunan perniagaan berkenaan.
iii. Pengkelasan kumpulan akaun – iaitu perlu dipastikan mengikut kumpulan
aset, liabiliti, hasil, belanja dan ekuiti pemilik.
iv. Kebenaran transaksi – urus niaga berkenaan betul-betul wujud dan benar-
benar berlaku.
v. Ketepatan – urus niaga yang berlaku perlu dipastikan dari segi nilai angka
dan pengiraannya.

Pengakuan Dalam Pembentangan


Pengakuan ini untuk mengiktiraf tentang perkara-perkara yang dibentangkan
memenuhi kriteria bukti berikut iaitu:
i. Mencukupi – maklumat yang perlu dibentangkan perlu mempunyai dokumen
yang cukup.
ii. Pengkelasan kumpulan akaun – iaitu perlu dipastikan mengikut kumpulan
aset, liabiliti, hasil, belanja dan ekuiti pemilik.
iii. Kebenaran transaksi – urus niaga berkenaan betul-betul wujud dan benar-
benar berlaku.
iv. Ketepatan – urus niaga yang berlaku perlu dipastikan dari segi nilai angka
dan pengiraannya.

Contohnya: dalam pembentangan laporan kewangan perlu dinyatakan bersama


nota-nota seperti berikut:
a) Nota 1 : aset dinilai pada harga kos
b) Nota 2 : susut nilai mengikut kaedah garis lurus

Kelulusan yang dikehendaki bagi seseorang Juru Audit:


Seksyen 8 Akta Syarikat 1965 menentukan kelulusan yang dikehendaki bagi
seseorang yang hendak dilantik sebagai Juru Audit bebas (Juru Audit Syarikat).
Berikut adalah garis kasar tentang kelulusan iaitu:
1. Hendaklah terlebih dahulu menjadi “Juru Audit Syarikat yang telah
diluluskan”.
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

2. Perlu membuat permohonan kepada Menteri Kewangan. Orang yang


berperibadi baik dan mempunyai kebolehan, layak menjalankan tugas Juru
Audit di bawah Akta dan setelah menjelaskan bayaran tertentu
permohonannya akan diluluskan.
3. Kebolehan menjalankan tugas Juru Audit di bawah Akta boleh ditafsirkan
sebagai seseorang itu hendaklah yang telah mendapat pelajaran, latihan dan
pengalaman yang cukup sebagai seorang Akauntan. Ini bererti ahli sesuatu
badan akauntan professional yang diiktiraf kerajaaan sahaja yang boleh
membuat permohonan dan boleh dilantik sebagai Juru Audit bebas.

Kuasa Juru Audit bebas


Seksyen 174 Akta Syarikat 1965 membentangkan kuasa dan hak Juru Audit seperti
berikut:
i. Hak Memeriksa Semua Rekod Perakaunan.
ii. Menyoal mana-mana pegawai syarikat untuk mendapat keterangan bagi
tugasnya.
iii. Menyoal badan perniagaan yang ada kaitan dengan syarikat untuk mendapat
keterangan (contohnya, syarikat pembekal).
iv. Menghadiri semua Mesyuarat Agung Syarikat.

Definisi Bukti Audit


Bukti audit terdapat dalam dua bentuk iaitu objek dan tindakan. Bukti audit berbentuk
objek dapat dilihat atau disentuh seperti aset nyata, dokumen, laporan, rekod
perakaunan dan sebagainya. Manakala bukti berbentuk tindakan seperti sesuatu
tindakan yang dapat diperhatikan atau sesuatu keadaan yang boleh difahami.
Contohnya tatacara sistem perakaunan, tatacara pembayaran gaji, penyediaan
pesanan belian, pengendalian aktiviti oleh pekerja yang cekap, keadaan aset yang
baik dan sebagainya.
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

Ciri-ciri Bukti Audit


Dua ciri utama iaitu sahih/boleh dipercayai (reliability) dan relevan (relevance).

Kesahihan merujuk kepada kualiti bukti audit untuk membolehkan juruaudit suatu
kesimpulan yang logic.Contoh dapatkan surat pengesahan penghutang tentang baki
akaun belum terima.
Kerelevanan bukti audit pula merujuk kepada perkaitan antara kualiti, keupayaan
untuk menyakinkan dan kebolehpercayaan bukti tersebut. Contohnya mengesahkan
kewujudan akaun belum terima, memerlukan pengesahan langsung daripada
penghutang kerana ia memberikan bukti paling sesuai dan menyakinkan.

Persampelan Bukti
Sampel merupakan sebahagian item daripada populasi yang dipilih untuk dianalisis.
Faktor menentukan saiz sampel seperti tahap ketepatan, keyakinan diperlukan dari
hasil sampel dan kadar ralat sampel yang dijangkakan dalam operasi. Pemilihan
sampel hanya dilakukan setelah saiz sampel ditentukan. Juruaudit boleh
menggunakan item sampel yang sama untuk menjalankan beberapa ujian sifat
seperti sifat kawalan dokumen. Secara amnya semakin kritikal atau material sifat
kawalan dalaman semakin besar kemungkinan juruaudit menambah saiz sampel
dengan mempertingkatkan tahap keyakinan atau had ketepatan diperlukan.
Kaedah Persampelan ialah kaedah pemilihan data dan ia mestilah mewakili populasi
di dalam taburan normal dianggap sebagai sampel yang munasabah.

Perancangan Audit (Audit Planning)


Dalam melaksanakan kerja-kerja pengauditan, pencarian bukti-bukti perlu dibuat
untuk membolehkan juru audit membuat kesimpulan dengan tepat. Ia juga
merupakan arahan-arahan yang menyatakan secara khusus tugas dan
tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh juruaudit. Prosedur audit ini perlu
dilakukan supaya tidak ada bukti yang tertinggal atau tidak ada terlebih ambil bukti.
Terdapat beberapa perjawatan dalam pengauditan termasuklah junior audit, senior
audit dan ketua juru audit.

Juruaudit dikehendaki mendokumenkan perkara-perkara penting yang diperlukan


sebagai bukti audit. Tujuannya untuk membuktikan bahawa audit yang dilaksanakan
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

selarasa dengan piawai pengauditan yang diterima umum. Dokumentasi yang


dimaksudkan ialah penyediaan kertas kerja audit samada oleh juruaudit sendiri atau
diperolehi daripada pelanggan atau dari pihak luar yang berkaitan dengan
pelanggan.

Kertas kerja audit dapat membantu juruaudit membuat perancangan dan


perlaksanaan audit. Ia juga membantu juruaudit dalam membuat penyeliaan dan
penyemakan semula kerja audit. Kertas kerja perlulah disusun secara sistematik
untuk memudahkan penyemakan. Kertas kerja ini mestilah menggambarkan
hubungan antara penilaian kawalan dalaman dengan program audit serta
menunjukkan perancangan audit.

Pengurusan Audit
Terdapat 2 jenis pemfailan dokumen-dokumen audit iaitu:
1. Fail Tetap (Permanent File)
Objektif fail kekal adalah untuk memberikan maklumat asas tentang
organisasi dan urusniaganya supaya juruaudit yang terlibat dengan audit
berkenaan boleh merujuk kepada dokumen berkaitan dalam fail kekal.
Maklumat yang tidak berubah sepanjang tempoh perakaunan akan disimpan
dalam Fail Tetap. Di Antara dokumen berkenaan adalah :
(i) Maklumat berkaitan penubuhan syarikat
(ii) Maklumat berkaitan perlantikan setiausaha syarikat
(iii) Geran Pemilikan Premis
(iv) Geran Kenderaan
(v) Perjanjian Sewa Beli Bangunan
(vi) Perjanjian Sewa Beli Kenderaan
(vii) Perjanjian Sewa
(viii) Minit Mesyuarat Syarikat
(ix) Invois Pemerolehan Hartanah, Loji dan Peralatan
(x) Daftar Hartanah, Loji dan Peralatan
(xi) Resolusi Hartanah, Loji dan Peralatan
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

2. Fail Semasa (Current File)


a) Kandungan utama Fail semasa ialah Audit Planning (AP) dan Jadual
Petunjuk (Lead Schedule).-(mengikut amali simulasi Perabot Bekal
Sdn Bhd 2011)
b) Audit Planning (AP) ialah dokumen rujukan utama dalam menyediakan
Laporan Audit. Sebelum memulakan audit, satu salinan Imbangan Duga,
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira pelanggan akan dimasukkan
dalam ruangan AP dan diindeks sebagai AP2. Seterusnya kesemua nilai
ini akan dipindahkan kedalam Helaian Kerja Audit dan diindeks sebagai
AP4. Manakala kesemua dapatan audit yang perlu dijurnalkan akan
direkodkan catatan jurnal auditnya dalam Helaian Jurnal yang diindeks
sebagai AP5.
c) Setiap kerja audit dan penemuan audit akan direkod dalam Jadual
Petunjuk mengikut bahagian yang telah ditetapkan TA untuk Hasil, CA
untuk Aset Semasa dsb.
d) Maklumat yang berubah sepanjang tempoh perakaunan akan disimpan
dalam Fail Semasa. Satu salinan dari setiap dokumen atau buku
perakaunan akan difailkan dalam Fail Semasa mengikut keperluan
antaranya :
(i) Jadual Susutnilai Hartanah, Loji dan Peralatan
(ii) Bil Tunai / Slip Daftar Tunai
(iii) Slip Wang Masuk
(iv) Baucar Bayaran
(v) Dokumen penggajian
(vi) Invois
(vii) Jurnal Am
(viii) Buku Tunai
(ix) Buku Jualan
(x) Buku Belian
(xi) Lejar Am
(xii) Laporan Kewangan
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

Cara untuk menentukan jenis-jenis fail di atas:


i. Jika pelanggan itu adalah pelanggan baru maka perlu sediakan fail tetap dan
fail semasa.
ii. Jika pelanggan itu adalah pelanggan sedia ada maka hanya perlu sediakan
fail semasa sahaja.

Langkah-langkah Pengauditan:
1. Kenal pasti nama pelanggan – sama ada milikan tunggal, perkongsian atau
pun syarikat.
2. Kenal pasti Tempoh perkaunan pelangan – tempoh perakaunan sesebuah
perniagaan boleh bermula dari tarikh penubuhan dan maksimum 18 bulan
(merujuk kepada Akta Syarikat 1965). Biasanya 15 atau 16 bulan.
3. Kenal pasti Setiausaha Syarikat – perlu kenal pasti siapa setiausaha syarikat
pelanggan kita dan dapatkan surat perlantikan juru audit. Dapatkan nasihat
tentang perkara berikut:
i. Tarikh penubuhan.
ii. Tarikh tutup perkaunan.
iii. Tarikh mesyuarat Agung Tahunan.
iv. Tarikh pengembalian Laporan Tahunan.
4. Bidang perniagaan – perlu kenal pasti jenis perniagaan pelanggan kita seperti
jual beli barang siap, memproses bahan mentah untuk dijadikan barang siap
atau perniagaan yang menjual perkhidmatan.
5. Menyemak dan Mengesahkan Imbangan Duga sama dengan Lejar Am.
6. Menyemak dan Mengesahkan nilai jumlah atau nilai Imbangan sama atau
tidak dengan Imbangan Duga.

JADUAL PETUNJUK( LEAD SCHEDULE)


Merupakan dokumen yang mempunyai ringkasan maklumat perakaunan secara
khusus, jadual, kunci kira-kira dan laporan. Kandungan maklumat dalam jadual
petunjuk adalah Cross-reference (rujukan silang) iaitu cara untuk merujuk ke
bahagian lain yang terdapat di lokasi lain dalam dikumen. Ini merupakan proses
yang dilaksanakan dalam audit.
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

TEKNIK PENGAUDITAN

Teknik Pengauditan yang diamalkan pada masa kini adalah terdiri dari
berikut:-

1. Pengauditan Berasaskan Sistem 

Pengauditan Berasaskan Sistem dibuat untuk mencapai objektif pengauditan


melalui pemeriksaan, ujian dan penilaian Prosedur Perakaunan Kewangan
agensi yang diaudit supaya juruaudit boleh menilai sejauh mana ia
bergantung dengan selamatnya pada ketepatan angka atau transaksi yang
dihasilkan melalui sistem tersebut. Penggunaan pendekatan ini meliputi
peringkat-peringkat berikut:-

(a) Memastikan dan merekod Sistem Kawalan Perakaunan dan membuktikan


melalui penggunaan sampel ujian kecil bahawa sistem ini memang wujud dan
beroperasi seperti yang telah diamalkan (Walk Through Test).

(b) Menilai kecekapan kawalan dalaman dengan mengenal pasti kekuatan


dan kelemahan yang nyata dalam Sistem Perakaunan yang diamalkan.

2. Penggunaan pendekatan ini dijalankan melalui ujian-ujian seperti berikut:-

(a) Ujian 'Walk Through Test'

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap prosedur yang
telah ditetapkan mengenai setiap Sistem Perakaunan yang diwujudkan
adalah dipatuhi.

(b) Ujian Pematuhan.

Ujian ini dijalankan untuk menentukan sama ada Sistem Perakaunan yang
diamalkan dan Sistem Kawalan dalaman yang wujud adalah mengikut
undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

(c) Ujian Substantif

Ujian Subtantif dilakukan berdasarkan tahap kawalan dalaman yang wujud


setelah Ujian Pematuhan selesai dijalankan. Sekiranya tahap kawalan
dalaman adalah lemah, maka Ujian Substantif hendaklah dilakukan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Jalan Terus (Walk Through Test)?
 Ujian akan dijalankan untuk membuat pengesahan semula samada sistem
yang diamalkan oleh pelanggan sama dengan sistem yang direkod oleh
juruaudit mengikut standard prosedur.

 Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan


mengesan semula urusniaga dari mula (dokumen sumber) hingga selesai di
laporan kewangan.

 Ujian ini dilakukan untuk memastikan sistem kawalan perakaunan dipatuhi


dan sampel ujian kecil membuktikan bahawa sistem ini wujud dan beroperasi
seperti yang diamalkan dalam sesebuah perniagaan.

 Ujian akan memastikan setiap standard prosedur yang telah ditetapkan


mengenai setiap sistem perakaunan yang diwujudkan akan dipatuhi.
Penyeliaan Audit

i. Penyeliaan audit merupakan pemberian arahan kerja kepada pembantu


audit untuk mencapai objektif audit.
ii. Penyelia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tugas audit hanya
diserahkan kepada pembantu audit yang mempunyai keupayaan teknikal
yang diperlukan untuk menyiapkan kerja audit.
iii. Tugas penyelia termasuklah
a) Memberikan arahan kepada pembantu audit
b) Mengambil tahu tentang masalah penting yang ditemui semasa ikat janji itu;
c) Menyemak semula kerja yang telah diselesaikan; dan
d) Meleraikan perbezaan pendapat sesama mereka
iv. Penyelia audit menyediakan helaian penyeliaan kerja audit (engagement
monitoring sheet).
ID UNIT KOMPETENSI / FB-010-23/P(1/6) Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 12

Soalan
1. Terangkan definisi pengauditan

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan 2 jenis pemfailan dokumen-dokumen audit.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Jalan Terus (Walk through Test)?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

RUJUKAN

1. TAKIAH ISKANDAR, 2004. Asas Pengauditan. Kuala LUmpur: Dewan


Bahasa Dan Pustaka

2. Bahan amali simulasi Perabot Bekal Sdn Bhd 2011

Anda mungkin juga menyukai