Anda di halaman 1dari 1

Rabu, 22hb Februari 2023

Rujukan: KAFSB/SR/004(02)2023

Tuan Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Perlis,
Kompleks Pertanian Bukit Temiang,
KM 11, Jalan Kaki Bukit,
02400 Kangar
Perlis

Tuan,

PERKARA: SALINAN KERTAS CADANGAN PROGRAM KERJASAMA DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI


MANGGA HARUMANIS UNTUK DIMAJUKAN KEPADA EXCO PERTANIAN NEGERI PERLIS

Kunjungan hormat bersama Jabatan Pertanian untuk berjumpa Y.B. Razali Bin Saat, Exco Pertanian
Negeri Perlis pada Jumaat 17hb Februari jam 9:00 pagi adalah dirujuk.

2. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Tuan kerana membuka ruang kepada Kayangan
Agro Farm Sdn Bhd untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan kemajuan yang telah dicapai
sepanjang program usahasama bersama Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk memartabatkan
industri mangga harumanis Perlis.

3. Sehubungan dengan perjumpaan tersebut, bersama-sama dengan surat ini saya sertakan dua
(2) salinan Program Kerjasama Pemasaran Dan Pembangunan Industri Harumanis Perlis Di Antara
Jabatan Pertanian Negeri Perlis Dan Kayangan Agro Farm Sdn Bhd Untuk Tempoh 5 Tahun seperti yang
dipinta oleh Y.B. Exco Pertanian.

Sekian, untuk tindakan Tuan seterusnya.

Terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………..
MOHD NASIR BIN JAMIL
Ketua Pegawai Eksekutif

KAYANGAN AGRO FARM SDN BHD (1478419-K)


No.56, Tingkat Bawah, Jalan Medan Niaga, Taman Seri Firdaus, 01000 Kangar, Perlis
Tel: 04-9778322 / 04-9779322
Suite 723, Tingkat 7, Oasis Wing, Brunsfield Oasis Tower 3, No.2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7848 5840 / 7848 5841 / 7848 5842 Fax: 03-7848 5801
DEKLARASI MANGGA HARUMANIS PERLIS LESTARI 2023

Anda mungkin juga menyukai