Anda di halaman 1dari 7

Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita

Ke Penghujung Yang Indah.

“Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa


Kita Ke Penghujung Yang Indah”

FORM 5 BAHASA MELAYU

MS ZACK KIRANA

~1~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

RANGKA DAN KARANGAN PENUH (TEMA PERTANIAN)

Dipetik daripada Berita Harian, 7 September 2020

Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa bidang pertanian merupakan satu bidang yang mempunyai potensi yang
besar terutamanya dalam mengembangkan ekonomi negara. Namun, golongan muda seolah-olah tidak berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menggalakkan penyertaan golongan muda dalam
bidang pertanian di Malaysia.

Tema : Bidang pertanian

Kehendak Soalan : Usaha-usaha menggalakkan penyertaan golongan muda

Golongan Sasaran : Pelbagai pihak

Format : Tiada

Nota :

“Kalau rasa gembira tepuk tangan!”

(tepuk ke tuuuuuu?)

~2~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

PENDAHULUAN

Definisi : Pertanian – aktiviti bercucuk tanam – memberikan hasil


A. Huraian 1 : Zaman + Positif / Negatif (golongan muda tidak berminat)
2 : STLB + Wajar / Tidak wajar kerana bidang ini mempunyai potensi besar - berkembang
A. Contoh : Kelapa sawit, getah dan nanas
B. Indah : Tak kenal maka tak cinta
A.Arahan : Usaha – pelbagai pihak – galakkan golongan muda – sertai bidang pertanian

*STLB = Sudah terang lagi bersuluh*

ISI 1

A. Isi : Ibu bapa perlu memupuk budaya bercucuk tanam kepada anak-anak
A. Huraian 1 : Insan-insan yang membesarkan anak-anak – suri teladan
2 : didik anak-anak bercucuk tanam sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya
3 : anak-anak akan terbiasa dan minat dapat dipupuk
4 : apabila dewasa – lanjutkan pengajian – bidang pertanian
A. Contoh : mewujudkan taman mini dan membawa anak-anak ke dusun buah-buahan
A. Penegas : Terbuktilah bahawa.. + A.Isi + Tema

ISI 2

A. Isi : Menjadikan aktiviti pertanian sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah


A. Huraian 1 : aktiviti / kegiatan di luar bilik darjah
2 : biasanya dilaksanakan pada hari Selasa dan hari Rabu setiap minggu
3 : dengan adanya aktiviti berasaskan pertanian – timbul minat – cungkil bakat
4 : mengubah stigma anak-anak muda terhadap bidang pertanian
A. Contoh : menubuhkan kelab dan persatuan, wujudkan taman herba dan tanam pokok
A. Penegas : Jelaslah bahawa.. + Tema + A.Isi

~3~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

ISI 3

A. Isi : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan perlu menganjurkan bengkel


A. Huraian 1 : bertanggungjawab memajukan sektor pertanian di Malaysia
2 : anjur bengkel kepada anak muda yang berminat tetapi tiada pengetahuan
3 : dapat melengkapkan diri dengan ilmu – aplikasikan secara realiti
4 : akan menjadi petani mahir dan berkaliber
A. Contoh : ajar teknik penanaman, cara menuai hasil dan cara mengendalikan jentera
A. Penegas : Ternyatalah bahawa.. + Tema + A.Isi

ISI 4

A. Isi : Kerajaan perlu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian
A. Huraian 1 : satu cara mendapatkan rezeki atau periuk nasi
2 : kerajaan perlu ubah stigma : bidang pertanian tidak menjanjikan pendapatan lumayan
3 : tambah peluang pekerjaan dalam sektor ini dan tawar gaji lumayan
4 : mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan bersemangat
A. Contoh : tanaman sesuai untuk diusahakan oleh orang muda : pisang,jagung dan tembikai
A. Penegas : Tegaslah bahawa.. + A.Isi + Tema

ISI 5

A. Isi : Kerajaan perlu membawa masuk jentera dan peralatan canggih


A. Huraian 1 : alat atau mesin yang memudahkan sebarang aktiviti
2 : anak muda kini tidak begitu menggemari kaedah konvensional (lama)
3 : peralihan masa – selera mereka bertumpu kepada peralatan teknologi
4 : kerajaan perlu bawa masuk mesin dan peralatan canggih – tarik minat
A. Contoh : dron, jentera menuai hasil dan jentera pembajak
A. Penegas : sesungguhnya.. + Tema + A.Isi

~4~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

PENUTUP

A.Kesimpulan : Intihanya + Jelaslah bahawa + A.Arahan + Tema


Siapa : Pihak kerajaan – tulang belakang negara
Apa : perlu menawarkan lebih banyak kelebihan kepada golongan muda – yang terlibat
Supaya : dapat membuka mata mereka untuk menceburi bidang ini
Peribahasa : Lidah pendeta + Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

~5~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

USAHA-USAHA PELBAGAI PIHAK DALAM MENGGALAKKAN PENYERTAAN GOLONGAN MUDA DALAM BIDANG
PERTANIAN

Pertanian ialah bidang yang berkaitan dengan aktiviti bercucuk tanam dan mampu mendatangkan hasil. Jika
diperhatikan pada era pascamodenisasi yang kian mencabar ini, minat golongan muda terhadap sektor pertanian
semakin menghilang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hal ini tidak wajar dibiarkan kerana bidang pertanian
sebenarnya merupakan bidang yang mempunyai potensi besar untuk berkembang disebabkan bidang ini ialah
penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Antara tanaman yang mendapat pasaran luas di Malaysia
termasuklah kelapa sawit, getah dan nanas. Banyak golongan muda yang tidak meminati bidang ini sedangkan tak kenal,
maka tak cinta. Terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menggalakkan lagi penyertaan
golongan muda dalam bidang pertanian di Malaysia.

Antara usaha yang boleh dilakukan bagi menggalakkan anak muda menceburi bidang pertanian ialah ibu bapa
perlu mendidik anak-anak dengan budaya bercucuk tanam. Oleh sebab ibu bapa merupakan insan-insan yang
membesarkan anak-anak, sudah tentulah mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh
mendedahkan aktiviti bercucuk tanam sejak anak-anak masih kecil bertepatan dengan pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Contoh usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan mewujudkan taman mini di rumah dan
membawa anak-anak ke dusun buah-buahan. Dengan cara ini, anak-anak akan terbiasa dengan budaya bertani dan mula
meminatinya. Terbuktilah bahawa, ibu bapa boleh membentuk anak-anak yang cinta akan bidang pertanian sejak kecil.

Bukan itu sahaja, aktiviti pertanian boleh dijadikan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. Kita sedia
maklum bahawa aktiviti kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang biasanya dilaksanakan pada hari Selasa atau hari
Rabu setiap minggu. Guru-guru boleh menerapkan budaya bertani melalui pertubuhan kelab dan persatuan pertanian
serta mengadakan program penanaman pokok. Lama-kelamaan, aktiviti seumpama ini ini dapat menimbulkan minat
kepada murid sekali gus mengubah stigma mereka terhadap bidang pertanian. Jelaslah bahawa, golongan muda boleh
mencintai bidang pertanian jika ada aktiviti-aktiviti kokurikulum berkaitannya di sekolah.

Tidak cukup dengan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sebagai kementerian yang
bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian di Malaysia haruslah menganjurkan pelbagai bengkel pertanian.
Bengkel ini boleh dibuka kepada anak-anak muda yang meminati bidang pertanian tetapi tidak mempunyai pengetahuan
yang luas. Dengan cara ini, mereka akan akan dapat melengkapkan diri dengan ilmu sekali gus membuat persediaan
sebagai petani yang mahir dan berkaliber suatu hari nanti. Terdapat beberapa perkara yang boleh didedahkan dalam
bengkel-bengkel tersebut tamsilnya teknik penanaman pokok, cara menuai hasil dan cara mengendalikan jentera
pertanian. Ternyatalah bahawa, dengan adanya bengkel-bengkel pertanian, golongan muda dapat melengkapkan diri
dalam perjalanan menjadi petani moden yang berjaya.

~6~
Jalan Yang Sukar Biasanya Membawa Kita
Ke Penghujung Yang Indah.

Di samping itu, kerajaan juga hendaklah menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian
kepada golongan muda. Peluang pekerjaan ialah satu punca rezeki atau periuk nasi. Kerajaan harus mengubah stigma
anak muda yang menyatakan bahawa bidang pertanian tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan, sedangkan bidang
ini boleh memberi kesenangan jika kena dengan caranya. Oleh itu, kerajaan boleh menambah peluang pekerjaan dan
menawarkan gaji yang lebih lumayan supaya anak-anak muda rasa berbaloi dan lebih bersemangat. Contoh tanaman
yang sesuai diusahakan oleh anak muda dan boleh memberikan pulangan lumayan kepada mereka ialah pisang, tembikai
dan jagung. Tegaslah bahawa, dengan adanya peluang pekerjaan yang luas, kita mampu membuka mata golongan muda
terhadap sektor ini.

Seperkara lagi, kerajaan digalakkan untuk membawa masuk jentera dan peralatan canggih dalam sektor
pertanian di Malaysia bagi menarik penyertaan golongan muda. Umum mengetahui bahawa jentera merupakan alat
atau mesin yang memudahkan sebarang aktiviti. Jika diperhatikan pada hari ini, anak muda sudah tidak menggemari
kaedah konvensional dalam banyak perkara. Peralihan masa menyebabkan selera mereka mula berubah dan minat
mereka mula bertumpu kepada peralatan teknologi. Oleh itu, kerajaan boleh membawa masuk mesin dan peralatan
pertanian yang canggih seperti dron, jentera pengutip hasil dan jentera pembajak bagi memberikan suntikan moden
bersesuaian dengan selera golongan muda. Sesungguhnya, minat anak muda terhadap bidang pertanian dapat dipupuk
dengan adanya kemasukan jentera dan peralatan canggih.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat banyak usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mengglakkan penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian di Malaysia. Oleh itu, kerajaan selaku tulang belakang
negara haruslah menawarkan lebih banyak kelebihan kepada golongan muda yang aktif dalam bidang pertanian. Hal ini
penting supaya kita mampu membuka mata golongan tersebut untuk lebih yakin terhadap bidang ini bak kata lidah
pendeta, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

“Awak Nampak hati saya tak?”

“Eh,lupalah! Ada dengan awak! Hehehe..” 

Love,

Ms.Zack Kirana

~7~

Anda mungkin juga menyukai