Anda di halaman 1dari 1

Kita Tetap Kita

Asalnya kita bukan dari sel yang sama,

Berbeza paras rupa serta warna,

Yang menunjukkan perbezaan bangsa, agama, ahasa dan budaya,

Namun kita masih bersama selamanya,

Kerna ikatan kita seperti keluarga,

Sentiasa sehati sejiwa, bersama seadanya.

Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.

Bersama kita berakit ke hulu, berenang ke tepian,

Hati kuman sama-sama kita lapah, hati gajah Bersama kita cecah,

Tidak kira apa jua halangan, cabaran dan dugaan yang menimpa,

Kita sentiasa bersama,

Kerna kita Keluarga Malaysia.

Hari ini kita wajar berbangga,

64 Tahun Merdeka kita masih utuh bersama,

Walau diganggu gugat pelbagai cara,

Kita tetap kita,

Keluarga Malaysia yang setia,

Keluarga Malaysia yang teguh bersama.

Karya,

Ajai Ryzal

Suami Pn Shereen.

Anda mungkin juga menyukai