Anda di halaman 1dari 3

Malaysia bumiku Malaysia

Tanah tumpah darah tercinta


Pelbagai warna budaya di dalamnya
Damai, harmoni, permai sentiasa
Di bawah naungan paying mahkota
Kita bangsa Malaysia
Bakal menerajui dunia

Biarpun kita berbeza adat


Biarpun kita berlainan pendapat
Kita tetap satu,
Satu hati, satu jiwa, satu rasa
Nikmatnya kita kongsi bersama
Kerana kita satu
Satu Malaysia.

Baca sajak di atas dengan teliti. Sajak di atas menggambarkan kehidupan yang berpelbagaian
budaya dan adat di Negara kita. Untuk menyahut seruan ini, kamu telah menyertai
pertandingan syarahan di sekolah dan tajuk syarahan kamu ialah cara-cara memupuk
perpeduan. Tulis teks syarahan kamu dengan lengkap.

Perenggan 1:

-selamat pagi saya ucapkan_

-tajuk syarahan _

Hadiran yang dihormati,

Perenggan 2 :

- terdiri - rakyat - berbilang bangsa

- bangsa - cara hidup dan budaya - berbeza

- mencapai perpaduan - bersepakat - dapat hidup dengan aman


Perenggan 3 :

- caranya - saling mengunjungi - musim perayaan

- berkunjung ke rumah atau jiran yang berlainan bangsa

- mengeratkan hubungan - seperti isi dengan kuku

- lebih mengenali sesuatu sambutan

Perenggan 4 :

- menghulurkan bantuan kepada jiran yang memerlukan pertolongan

- jiran - orang yang terdekat dengan kita - paling mudah memberikan bantuan

- membantu jiran yang berpindah rumah - mengangkat perabot

- Bak kata pepatah, “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Perenggan 5 :

- murid - berlainan bangsa - belajar bersama-sama di sekolah

- saling membantu, tanpa mengira bangsa

- memupuk semangat kekitaan

- hubungan menjadi erat sejak dari sekolah rendah

- melentur buluh biarlah dari rebungnya

Perenggan 6 :

- rakyat Malaysia - hidup bersatu padu - negara aman dan makmur


Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim

yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada pagi yang

mulia ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Memupuk Perpaduan

”.

Hadirin yang dihormati,

Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa. Setiap bangsa mempunyai

cara hidup dan budaya yang berbeza. Untuk mencapai perpaduan, setiap rakyat perlu

bersepakat supaya dapay hidup dengan aman.

Antara caranya ialah kita harus saling mengunjungi pada musim perayaan. Kita boleh

berkunjung ke rumah rakan auat jiran yang berlainan bangsa semasa Hari Raya untuk

memeriahkan sambutan itu. Dengan cara ini, kita dapat mengeratkan hubungan antara jiran

supaya menjadi seperti isi dengan kuku. Kita juga akan lebih mengenali sesuatu sambutan

yang diraikan di Malaysia.

Selain itu, kita harus menghulurkan bantuan kepada jiran yang memerlukan

pertolongan walaupun berbeza bangsa. Jiran ialah orang yang terdekat dengan kita dan kita

paling mudah memberikan bantuan kepada mereka. Contohnya, kita boleh membantu jiran

yang berpindah rumah untuk mengangkat perabot. Bak kata pepatah, “berat sama dipikul,

ringan sma dijinjing”. Oleh itu, hubungan kita dengan jiran akan menjadi semakin baik.

Anda mungkin juga menyukai