Anda di halaman 1dari 6

Tuliskan esei sepanjang lebih kurang 1000 perkataan (3 muka surat A4 selang sebaris) tentang pengalaman harian anda

dalam konteks
hubungan etnik. Anda boleh menulis berdasarkan pengalaman anda di dalam peringkat usia yang berbeza, misalnya dari zaman kanak-kanak
dan kemudiannya melangkah ke usia remaja, hinggalah ke masa kini. Di dalam esei ini, kenalpasti dan tonjolkan peristiwa-peristiwa khusus
dalam kehidupan anda yang relevan dengan konsep-konsep dan perbincangan mengenai hubungan etnik yang telah dipelajari di dalam topik ini.

Cuba kita bertanya kepada diri sendiri, di mana tahap kesabaran kita terhadap
segala
perkara yang kita lakukan, meskipun kita hidup dalam masyarakat di mana campuran resipi
kek siap dibungkus, mee segera makanan terpilih, dan kamera segera yang siap dipasang
di
telefon bimbit, yang kurang memerlukan kesabaran. Sejauh mana kita tahu, persaingan
dan
konflik antara etnik sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan
masyarakat
terdiri daripada pelbagai
membuktikan bahawa hal

etnik.

Namun

demikian,

sejarah

juga

telah

ini merupakan satu cabaran yang dialami dan tidak dapat dielakkan daripada
kejadian
sedemikian oelh sebuah Negara berbilang kaum. Oleh itu, suatu tindakan wajar
untuk kita
bersama membina satu pemahaman yang mendalam dan tepat dari segi teori
dan definisi
yang biasa digunakan untuk menilai kumpulan masyarakat yang berbeza budaya
untuk
mengurangkan berlakunya konflik antara etnik. Contohnya amalan hidup
toleransi dan
muafakat, susah senang sama ditanggung dan bersikap berat sama dipikul,
ringan sama
dijinjing.

Kepelbagaian etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita negara unik


berbanding
dengan negara lain. Secara langsungnya, cara kehidupan kita memang berbeza
dengan

negara lain. Kita sememangnya memerlukan kesabaran saling memahami, bertolak-ansur


serta bekerjasama bagi mengukuhkan hubungan antara pelbagai etnik di Negara kita
supaya
tidak berlaku sebarang pergaduhan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanpa
perpaduan
atau kesepaduan, malah perbalahan antara kaum berlaku. Tanpa permahaman
atau
bertoleransi dalam pergaulan seharian, malah perasaan antara kaum akan
disinggung dan
menjadi tegang, tanpa interaksi dan komunikasi yang baik, malah kerjayaan
tidak akan datang
bergolek.

Berdasarkan pengalaman sepanjang proses pembelajaran saya, saya mendapati


bahawa saya kerap berhubung mahupun berkomunikasi dengan individu kaum lain terutama
di sekolah, di kawasan tempat tinggal saya, di tempat beli belah, di kolej mahupun di
universiti.
Setiap hari, hubungan kita sebagai pensyarah dengan pelajar, penjual dan pembeli, jiran,
kawan dan sebagainya telah mengikatkan saya dengan kaum lain sehingga terbina satu
bentuk perhubungan yang baru di antara saya dengan pemain lain yang berlainan bangsa,
adat istiadat, latar belakang serta keturunan. Di samping itu, sepanjang meneruskan
pelajaran
saya di Kolej Matrikulasi Perak (KMPK), saya telah dipilih sebagai seorang wakil
pasukan bola
tampar kolej dan saya memang memahami kepentingan nilai-nilai murni di atas
yang telah
banyak memudahkan perhubungan saya dengan pemain yang berasal daripada
latar belakang
berbeza. Sebuah pasukan bola tampar yang disertai oleh pelbagai etnik di
Malaysia, ada dari

Sabah, Terengganu, Selangor, Perak, Kelantan telah dicabar untuk berusaha gigih
demi
mencapai sasaran yang diberikan oleh kolej di Karnival Kokurikulum Matrikulasi
(KAKOM) akan
datang nanti. Demi mencapai kerjayaan, kita perlu bersikap bertoleransi, lebih
kepada saling
berkomunikasi, saling menerima pendangan serta memahami kelemahan dan
kelebihan
masing-masing supaya
kelebihan masing-

dapat

memaximumkan

semangat

sepasukan

dan

masing. Kita juga telah banyak membina ruang social untuk bergaul dan
memahami
kepentingan kita dan kepentingan orang lain supaya tidak terasa bersendirian.
Batas kaum,
agama tidak pernah memisahkan hubungan kita yang erat. Akhirnya, kita telah
memecah
rekod kolej dengan mendapat pingat emas di peringkat KAKOM. Antara ingatan
yang masih
kuat di hati ialah sorakan terakhir yang dibuat oleh seluruh pasukan KMPK
bertema "sehati
sejiwa" di gelanggang bola tampar selepas perlawanan terakhir. Dengan kata,
kerjasama
antara pelbagai etnik membawa kerjayaan.

Selain itu, dalam pengalaman harian di matrikulasi, selain daripada sering menonton
rancangan televisyen mahupun siara langsung pertandingan di bilik televisyen, membaca
buku atau surat khabar bersama etnik lain di perpustaan atau bilik komputer, pernah juga
kita
memutar radio ke saluran yang menyiarkan rancangan yang berasaskan kumpulan etnik di
Negara Malaysia yang termasuk etnik Melayu, Cina, dan India. Sambil kita mendengar
radio,
kita akan berbicara tentang isu-isu berkaitan dengan tradisional tersendiri serta

memperkenalkan budaya kita yakni makanan tradisional, pakaian tradisional dengan lebih
lanjutnya. Di samping itu, kita juga pernah mengadakan gotong-royong antara aras yang
disertai oleh warga kmpk yang berbilang kaum. Kerjasama yang diberikan oleh mereka telah
banyak meringankan kerja yang juga menjadikan kita mampu menyiapkan tugas dalam
masa
yang singkat tanpa berasa letih. Sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan merupakan satu
penghormatan kita antara satu sama lain.

Seterusnya, pengalaman saya apabila di sekolah rendah mahupun menengah


pernah
meraikan hari-hari keramaian seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidilfitri
sebagai
kegiatan sosial bersama etnik tertentu. Di samping itu, saya juga pernah menghadiri majlis
rumah terbuka jiran saya. Kehadiran ke majlis tersebut menyebabkan saya lebih memahami
adat serta pantang larang pelbagai etnik di Negara. Pada masa yang sama, didapati tuan
rumah, iaitu
perasaan

jiran saya yang berkaum India selalu berhati-hati, dalam menghormati

para tetamu yang datang dengan mengambil kira semua pantang larang mengenai
makanan
yang akan dihidangkan kepada tetamu. Majlis rumah terbuka tersebut telah dihadiri oleh
etnik
Cina, India, Melayu serta Kristian. Majils tersebut juga bermakna kepada saya kerana saya
dapat bergaul dengan meraka yang berbilang kaum dan lebih memahami jiran sejagat saya
secara mendalam. Selain daripada itu, saya juga sentiasa berjogging bersama jiran saya
atau
melakukan aktiviti lain seperti bermain badminton, berbasikal di kawasan-kawasan
perumahan dan sebagainya yang bukan sahaja dapat menjaga kesihatan malah adalah
untuk
mengeratkan hubungan sillaturrahaim antara kami. Sukan ini telah memberikan peluang

kepada saya untuk mengetahui kawan-kawan baru dan yang pentingnya kawan yang
berbilang kaum.

Sudah terang lagikan bersuluh, dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, kita
sebagai rakyat Malaysia ataupun kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam
usaha penyatupaduan ke arah mengukuhkan kesepaduan sosial yang secara langsungnya,
mengurangkan berlakunya perselisihan dan pertelingkahan tentang isu-isu sensitive apabila
kita saling memahami, saling bersabar and bertoleransi antara satu sama lain seperti kata
pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Saya sentiasa sedar
bahawa saya berada di Negara yang berbilang kaum merupakan suatu perkara yang
membanggakan dan sentiasa bersedia menerima cabaran-cabaran berasaskan perkauman.
Saya sentiasa bersabar dan mempercayai satu hari nanti, jati diri kaum wujud di Negara kita
bersifat sekunder, bukannya utama, permikiran serta tingkah laku melintas batas kaum dan
di sebalik kewujudan pelbagai etnik kita lebihkan berkongsian nilai hidup daripada
perbezaan.
Lantasan itu, kita rakyat Malaysia harus seringkali mengamalkan konsep perpaduan kaum
dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk
mengelakkan perpecahan kaum.

Cantik bergugus buah papaya,


Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Maksud: Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya,
namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.
Rujukan: http://tamanseribupuisi.blogspot.my/2012/05/pantun-empat-keratmuhibah-dan.html
1. Apakah yang dapat anda katakan mengenai refleksi kendiri anda
berdasarkan persoalan berikut:

(a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?
Saya merupakan seorang yang tipis batas etnik.
(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?
Sebagai seorang pemain bola tampar, kami sentiasa bergantung antara
satu sama lain supaya dapat meninggikan prestasi.
(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan
pengalaman hidup anda sendiri?
Takrifan autoriti: saya bertutur dalam bahasa Cina serta mengamalkan
budaya Cina.
Takrifan harian: saya sentiasa memakai baju kurung semasa waktu
pembelajaran.
(d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami
kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini?
Berkomunikasi secara aman.

Anda mungkin juga menyukai