Anda di halaman 1dari 3

KENYATAAN MEDIA

INISIATIF PENGAGIHAN BERPUSAT PERANTISISWA


DI SETIAP NEGERI

Sebanyak 315,760 (86%) peranti telah diagihkan kepada penerima PerantiSiswa


daripada 366,843 pemohonan yang telah diluluskan setakat 9 Februari 2023.

Bagi mempercepatkan pengagihan baki 51,083 (14%) penerima, dua (2) bentuk sesi
pengagihan akan dilaksanakan seperti berikut:

(i) penjadualan pengagihan ke institusi-institusi penerima disegerakan; dan


(ii) Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) akan digerakkan serentak di
seluruh negara berlangsung pada 17-19 Februari 2023 (Sesi Pertama), 24-
26 Februari 2023 (Sesi Kedua) dan 3-5 Mac 2023 (Sesi Ketiga) di pelbagai
Institusi Pendidikan Tinggi yang ditentukan di setiap negeri.

Pengagihan secara berpusat memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih


pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti insitusi penerima asal.
Ini bermaksud pelajar yang sedang bercuti, sedang menjalani latihan industri atau
apa-apa sebab yang berkaitan dapat mengambil peranti di PPPs yang terdekat pilihan
masing-masing.

Pemohon yang telah lulus tetapi belum diagihkan peranti akan menerima notifikasi
dan boleh memilih pusat agihan serta sesi yang bersesuaian dengan mengakses
akaun platform yang sama semasa permohonan tempoh hari di pautan
https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula 9 Februari 2023.

FAHMI FADZIL
MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL

9 Februari 2023
PENGAGIHAN BERPUSAT PERANTISISWA

Sesi 1: 17 – 19 Februari 2023


Sesi 2: 24 – 26 Februari 2023
Sesi 3: 3-5 Mac 2023
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Zon Utara
Negeri IPT Sesi
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau 1
Perlis
Universiti Teknologi Mara (UiTM kampus Arau) 2
Universiti Utara Malaysia (UUM Sintok) 1
Kedah
Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Sungai Petani) 2
Universiti Sains Malaysia (USM - Induk), Georgetown 1
Pulau Pinang Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Permatang
2
Pauh)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim 1
Perak
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar 2

Zon Tengah
Negeri IPT Sesi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 1
Selangor Universiti Putra Malaysia (UPM - Kampus Serdang) 2
Universiti Teknologi Mara (UiTM Shah Alam) 3
WP Kuala
Universiti Malaya (UM) 2
Lumpur

Zon Selatan
Negeri IPT Sesi
Negeri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai 1
Sembilan Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Kuala Pilah) 2
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian
1
Tunggal
Melaka
Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Alor Gajah),
2
Lendu
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai 1
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM - Kampus
1
Johor Induk), Parit Raja
Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Segamat) 2
Politeknik Mersing 2
Zon Timur
Negeri IPT Sesi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus
1
Pahang Gambang)
Universiti Teknologi Mara (UiTM - Kampus Raub) 2
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak 2
Terengganu Universiti Teknologi Mara (UiTM Kuala Terengganu),
2
Chendering
Universiti Malaysia Kelantan (UMK Kampus Bachok) 1
Kelantan
Universiti Teknologi Mara (UiTM Machang) 2

Zon Sabah Sarawak


Negeri IPT Sesi
Sabah Universiti Malaysia Sabah (UMS - Kota Kinabalu) 1&2
Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS - Kota 1&2
Samarahan)
Sarawak Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Mukah 2) 1&2
Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Samarahan 1) 2
Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Samarahan 2) 2

Anda mungkin juga menyukai