Disediakan Oleh : Ustazah Hanini (Guru PAI The Malay College Kuala Kangsar)
TAJUK HURAIAN
Allah Pengurnia Hidayah - ayat 3-8 surah ali imran (ayat yang bermula
dengan robbana laa tuzigh qulubanaa…..)
Intisari ayat
- umat Islam perlu berdoa agar ditetapkan hati.
- Allah kukuhkan hati mukmin dalam keimanan
sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya.
- Allah suka untuk bagi hidayah dan rahmat.
- Allah bagi hidayah kepada sesiapa yang Allah
kehendaki.
- Tiada jaminan seseorang itu akan kekal berada
dalam hidayah Allah.
Hanya Allah Yang Maha Esa - ayat 18 surah ali imran (ayat yang bermula
dengan syahidaallahu annahu…..)
Intisari ayat
- Allah tegaskan keesaan,kebijaksanaan dan
keagungan kepada seluruh makhluk.
- Para malaikat dan orang berilmu mengakui
keesaan,kebijaksanaan dan keagungan Allah.
- Allah jelaskan bahawa Allah lah perintah seluruh
alam dengan adil.
- Buktinya melalui penciptaan alam semesta dan
dalil-dalil.
Asbab nuzul
- masa jahiliah suku aus dan kharaj bermusuhan.
- melalui agama Islam, rasulullah berjaya satukan
mereka.
- pada suatu masa,yahudi telah bangkitkan
kembali permusuhan sehingga hampir
berbunuhan.
- namun rasulullah berjaya damaikan dan turunlah
ayat tersebut.
Pengajaran ayat
- sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah
menerima hidayah.
- menjaga imej umat Islam dengan sentiasa
melakukan amar makruf nahi mungkar dalam
kehidupan.
Mengharap keampunan Allah - ayat 133-136 surah ali imran (ayat yang bermula
dengan wasaari’uu ila maghfiratinm……)
Pengajaran ayat
- menahan kemarahan agar pergaduhan dapat
dielakkan.
- memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita
agar hidup lebih harmoni.
Kesantunan Dakwah Rasulullah - ayat 159 surah ali imran (ayat yang bermula
dengan fabima rahmatiinmminallah….)
Pengajaran ayat
- bersifat lemah lembut agar dapat menarik orang
lain mendekati Islam
- memupuk sifat pemaaf kerana sifat ini dapat
mengelakkan perpecahan.
Amanah terhadap harta dan nyawa - ayat 29 surah an-nisa’ (ayat yang bermula dengan
yaaayyuhallazina aamanu….)
Pengurusan harta
- cara yang batil : mencuri ,riba’ ,rasuah ,menipu
dalam jual beli
- cara yang betul : berbelanja secara
berhemah ,jual beli secara jujur
Pengajaran hadis
- membenci kemungkaran dalam hati dan berusaha
untuk menjauhinya.
- tangani kemungkaran secara lisan atau tulisan
seperti nasihat dan teguran yang membina.
Mencari yang halal Maksud
- Halal : sesuatu yang dibenarkan oleh
syara’ .contohnya haiwan yang disembelih dengan
cara Islam
- Haram : sesuatu yang dilarang oleh
syara’ .contohnya makan babi ,minum arak
- syubhah : sesuatu yang tidak diyakini halal atau
haram .contohnya membeli produk makanan luar
negara yang tiada logo halal
Hikmah
- menjaga kesucian dan kemuliaan agama kerana
patuhi segala perintah Allah
- memlihara harta daripada sumber yang haram
dan diragui agar rezeki sentiasa berkat
Peranan hati
- pemimpin bagi badan
- hati terpelihara ,seluruh badan terpelihara
Pengajaran hadis
- mencari yang halal kerana perbuatan tersebut
adalah ketaatan kepada Allah
- menjauhi yang haram kerana perbuatan tersebut
adalah satu larangan
Al-Qowiyy
- bahasa : yang kuat ,yang gagah
- istilah : nama Allah yang menunjukkan bahawa
Allah yang maha kuat dan mempunyai kekuatan
yang sempurna.
Nama& tugas :
- jibrail: menyampaikan wahyu kepada rasul
- mikail : mengurus rezeki ,turunkan hujan
- israfil : tiup sangkakala
- ‘izrail : mencabut nyawa semua makhluk yang
bernyawa
- raqib : catat amalan baik
- ‘atid : catat amalan buruk
- munkar dan nakir : soal orang yang telah
meninggal dunia
- ridhuan : jaga syurga
- malik : jaga neraka
Nama kitab
- zabur : nabi daud : siryani
- taurat : nabi musa : ‘ibrani
- injil: nabi isa : ‘ibrani
- al-Quran : nabi muhammad : arab
Maksud suhuf
- kalam Allah yang mengandungi hukum
dasar ,kata2 hikmah dan pengajaran kepada
manusia .
- wajib percaya suhuf diturunkan oleh Allah
Keistimewaan al-Quran
- kandungan lengkap dan mengcakupi seluruh
aspek kehidupan manusia didunia akhirat
- terpelihara sehingga kiamat
- menasakhkan kitab2 terdahulu
Hikmah
- dapat tingkatkan keyakinan kepada Allah dan
kerasulan nabi muhammad kerana al-Quran
jelaskan bahawa Allah utuskan nabi sebagai rahmat
- dapat jaga jiwa ,keturunan dan harta kerana al-
Quran melarang perbuatan yang merosakkan
seperti membunuh.
Solat berjemaah pengikat hati Bahasa : dari perkataan jama’a yang bermaksud
berkumpul
Istilah : solat makmum bersama dengan solat imam
dengan sekurang-kurangnya seorang imam dan
seorang makmum mengikut syarat2 tertentu.
Hukum
-individu : sunat muakkad
- komuniti masyarakat : fardhu kifayah
Makmum muwafik
- makmum yang sempat baca al-fatihah dengan
sempurna bersama imam sblum imam ruku’ kadar
rakaat pertama
- kena sempurnakan rakaat bersama dengan imam
Makmum masbuk
- makmum yang tak sempat baca surah fatihah
dengan sempurna bersama dengan imam sebelum
imam ruku’ pada rakaat pertama .
- hendaklah sempurnakan rakaat yang tertinggal
selepas imam bagi salam .
Syarat wajib
- islam ,bukan
kafir ,baligh ,berakal ,merdeka ,lelaki ,sihat ,
Mastautin
Syarat sah
- solat di masjid ,jemaah sekurangnya 40 ,pada
waktu zohor , hanya 1 solat jumaat bagi 1
tempat ,berjemaah , didahului dengan 2 khutbah
Maksud
- mastautin : orang yang tinggal tetap pada 1
tempat (wajib solat jumaat)
- musafir : orang yang sedang dalam perjalanan
dengan jarak lebih 2marhalah (wajib solat jumaat
jika mulakan perjalanan lepas waktu subuh hari
jumaat)
-mukim : orang yang menetap di suatu tempat
lebih dari 3 hari tak termasuk hari perjalanan ( wajib
solat jumaat jika dengar azan )
Hikmah
- melatih umat Islam supaya bersatu
- melaksanakan salah 1 ajaran Islam ,iaitu solat
jumaat .
Tayamum dengan debu suci Maksud
- bahasa : melakukan sesuatu dengan tujuan
- istilah : menyapu debu tanah yang suci kemuka
dan dua tangan dengan cara tertentu berserta niat
bagi gantikan wudhu’ atau mandi wajib
Syarat tayamum
- telah masuk waktu solat
- cari air selepas masuk waktu solat
- hilangkan najis dahulu
- gunakan debu tanah yang tak bercampur bahan
lain
- tentukan arah qiblat sebelum tayamum
Rukun tayamum
- niat ,menyapu debu tanah ke muka ,menyapu
debu tanah ke tangan ,tertib
Sunat tayamum
- baca basmalah , renggangkan jari tangan ketika
menepuk debu ,nipiskan debu dengan lagakan
kedua-dua tangan , dahulukan sebelah atas
muka ,lebihkan sedikit sapuan dari sempadan
muka ,dahulukan belah kanan ,berdoa
Perkara batalkan tayamum
- semua perkara yang batalkan wudhu’
- ada air sebelum solat dimulakan
- boleh gunakan air semula seperti sembuh dari
penyakit
Hikmah rukhsah
- melaksanakan ibadah ikut kemampuan masing-
masing
- laksanakan tanggungjawab agama ketika dalam
kesulitan
Menyapu balutan
- maksud : menyapu air ke atas pembalut luka bagi
menggantikan wudhu’ untuk membolehkan ibadah
seperti solat .
Jama’ takdim
-tunaikan kedua-dua solat fardhu dalam waktu
solat pertama
- syarat : laksanakan solat ikut turutan ,niat dalam
waktu pertama ,segerakan tunai solat kedua
- zohor + asar (dlm waktu zohor)
- maghrib + isya’ (dlm waktu maghrib)
Jama’ takhir
- tunaikan kedua-dua solat fardhu dalam waktu
kedua.
- syarat : niat jama’ waktu pertama ,masih musafir
sehingga solat selesai ditunaikan
- zohor + asar (dlm waktu asar)
- maghrib + isya’ (dlm waktu isya’)
Puasa
- bahasa : tahan diri
- istilah : tahan diri dari perkara yang batalkan
puasa ,mula dari terbit fajar sehingga terbenam
matahari ikut syarat tertentu dan disertai dengan
niat puasa .
- hukum : wajib
Rukun puasa
- niat puasa dalam hati
- tak lakukan perkara batal puasa
( makan ,minum ,keluarkan air mani dengan
sengaja)
Sunat puasa
- sahur : bersahur ,lewatkan sahur
- berbuka : bersegera berbuka , baca doa buka
puasa
- ibadah : baca al-quran ,sedekah ,solat terawih
Jenis puasa
- wajib : ramadhan ,qada’
- sunat : hari isnin dan khamis ,hari arafah ,puasa 6
hari bulan syawal
- makruh : jumaat sahaja ,sabtu sahaja
- haram : hari raya aidilfitri dan aidiladha ,hari
tasyrik
Hikmah puasa
- tambah ketaatan kepada Allah kerana laksanakan
ibadah
- jimatkan perbelanjaan kerana puasa dapat
kurangkan perbelanjaan
Solat sunat menampung kefardhuan Solat rawatib : solat sunat yang mengiringi solat
fardhu dan waktunya ikut waktu solat fardhu .
Solat teraweh : solat sunat menghidupkan malam
ramadan .
Solat witir : solat sunat yang dilaksanakan sebagai
penutup bagi solat malam
Strategi dakwah
- ucapan awam : baginda naik kebukit safa dan ajak
masyarakat mekah beriman dan yakin pada hari
kiamat.
- mencari sokongan : rasulullah jumpa kabilah2
yang datang ke mekah tiap kali musim haji dan buat
pertemuan pada waktu malam untuk elak gangguan
kafir quraisy.
- cari tempat selamat : rasulullah perintah
sebahagian umat islam agar berhijrah ke habshah
sebab di situ negaranya aman dan ada raja yang
baik.
- adakan jamuan : rasulullah jemput seluruh
keluarga bani mutalib kejamuan makan dan
sampaikan ajaran Islam pada mereka.
Hikmah
- secara sulit : tetapkan akidah umat islam yang
masih baru dengan ajaran Islam dan pastikan ajaran
islam dapat diterima tanpa gangguan.
- secara terang : suntik semangat berdakwah dalam
diri umat Islam dan timbulkan rasa tanggungjawab
umat Islam untuk tegakkan syiar islam.
Kepimpinan Rasulullah di Madinah Rasulullah bina asas negara Islam Madinah yang
kuat dengan cara :
- bina masjid ,mempersaudarakan muhajirin dan
ansar ,gubal piagam madinah ,bina pusat
perniagaan
Sifat umum
- seorang yang bijak bertindak ,merujuk seorang
yang berilmu iaitu waraqah bin naufal dan bagi
kata2 semangat pada rasulullah ketika baginda
terima wahyu pertama di gua hira’.
Sumbangan
- sentiasa bersama dengan suami tercinta dan
menjadi pendorong dan penyokong perjuangan
rasulullah.
Iktibar
- bertindak dengan bijak , dermakan harta ke jalan
Allah ,suka membantu
Sifat utama
- cerdas dan pintar : menguasai ilmu al-
quran,hadis,bahasa arab ,syiir dan perubatan
- sabar dan tabah : difitnah oleh golongan munafik
dalam peristiwa hadisul ifk ,beliau serah diri pada
Allah dan turun ayat al-quran bersihkan saidatina
aisyah dari fitnah.
-pemurah & lembut hati : sangat dermawan dan
suka sedekah
Sumbangan
- meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis
rasulullah dalam pelbagai bidang
-tempat rujukan para sahabat dan umat Islam
selepas kewafatan rasulullah
Iktibar
- belajar bersungguh sehingga jadi pakar
- bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada
Allah
Sifat utama
- kasih dan taat kepada rasulullah :menyokong
usaha dakwah serta mengurus makan minum
rasulullah selepas khadijah wafat sehingga digelar
ummu abiha yang bermaksud ibu kepada ayahnya.
- redha dan tabah terhadap perkara yang berlaku
pada keluarga : tabah hadapi kehidupan serba
kekurangan
Sumbangan
- pendorong kepada rasulullah ketika ditentang
oleh kafir quraisy.
- berjaya didik anak2 jadi muslim yang soleh
Iktibar
- menjadi anak yang soleh solehah
- berkhidmat kepada ibu bapa di rumah
Sumbangan
- menjadi contoh dalam mempertahankan agama
islam
- sanggup gadaikan nyawanya demi islam
Iktibar
- menghargai akidah dan iman
- bercita-cita untuk mati syahid
TAJUK-TAJUK BAHAGIAN AKHLAK BOLEH RUJUK
BUKU TEKS