Anda di halaman 1dari 5

SJK(C) POAY CHEE

Kuala Sangga, 34650 Kuala Sepetang, Perak

Lawatan Sambil Belajar


Kelab Robotik
2018

BERTEMPAT :

Pulau Pinang
PADA :

3 JULAI 2018

ANJURAN:
Kelab Robotik Sekolah

2018

-0-
1.0 PENGENALAN

Berpegang teguh kepada pepatah “jauh berjalan luas pengalaman” maka Guru
Penasihat Kelab Robotik mencadangkan program lawatan sambil belajar ke Pulau
Pinang. Selain menjadi salah satu program pendidikan, ia juga ialah program yang
amat baik sebagai landasan untuk pendedahan dan pengalaman secara langsung
kepada murid. Murid juga dapat meluaskan pengalaman dalam mengikuti lawatan
sambil belajar ke Pulau Pinang ini.

2.0 TUJUAN

Lawatan ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Guru Penasihat Kelab
Robotik, SJK (C) POAY CHEE. Program ini akan disertai oleh semua murid dan
guru. Aktiviti ini dilaksanakan bagi menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui
penerokaan secara kendiri. Ini merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik
darjah. Selain itu, aktiviti ini diharapkan dapat menjadi sumber pengetahuan dan
pengalaman serta pemangkin kecemerlangan murid-murid sekolah ini.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi pendedahan tentang ilmu kejuruteraan masa depan berkaitan bidang


robotik. Disamping itu, murid berpeluang menghayati keunikan budaya
masyarakat yang dilawati supaya perpaduan antara kaum dapat dieratkan.
2. Memperluas pengetahuan murid-murid tentang persekitaran dan pembangunan
negara supaya dapat memupuk tahap kecintaan terhadap negara.
3. Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati alam dan peninggalan
sejarah.
4. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman di kalangan murid-murid bagi
menyokong pembelajaran akademik.

-1-
4.0 NAMA PROGRAM

Lawatan Sambil Belajar Kelab Robotik Tahun 2018

5.0 TEMA PROGRAM

“Jauh Berjalan Luas Pengalaman”

6.0 ANJURAN

Kelab Robotik & Penolong Kanan Kokurikulum SJK(C) Poay Chee

7.0 TARIKH/ MASA PELAKSANAAN PROGRAM


3 Julai 2018

8.0 TEMPAT

- Kolej Vokasional Seberang Perai Bukit Mertajam


- Chew Jetty
- Wonderfood Museum
- Fort Cornwallis
- Kek Lok Si Temple
- Bukit Bendera

9.0 SENARAI NAMA MURID-MURID

Semua Murid SJK(C) Poay Chee

10.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk di Lampiran A

-2-
11.0 ORGANISASI PELAKSANA

Jawatankuasa Rombongan

Pengerusi : EN. SOO THENG GUAN


Guru Besar SJK(C) POAY CHEE, Kuala Sangga.

Naib Pengerusi : EN. ONG CHIA YEE


Penolong Kanan KoKurikulum

Setiausaha : EN. SIAW SING ONG

Ketua Rombongan : EN. ONG CHIA YEE

Bendahari : EN KUEK YONG AI

11.0 SUMBER KEWANGAN

Penerimaan:
Bil Perkara Jumlah
1 Wang Kokurikulum RM 1671.00 RM 1687.00
2 PIBG RM 477.00
JUMLAH RM 2164.00

Perbelanjaan :
Bil Perkara Jumlah
Wang Kokurikulum
1 Bayaran Bas RM 1000.00 x 1 buah bas RM 1500.00
2 Makan pagi, tengah hari dan RM 17.00 x 11 orang murid RM 187.00
malam
PIBG
3 Makan pagi, tengah hari dan RM 17.00 x 8 orang guru RM 136.00
malam
4 Tiket wonderfood museum RM 10.00 x 11 orang murid RM 206.00
RM 12.00 x 8 orang guru
5 Tiket Bukit Bendera RM 5.00 x 11 orang murid RM 135.00
RM 10.00 x 8 orang guru
JUMLAH RM 2164.00

-3-
12.0 PENUTUP

Diharap semua ahli rombongan dapat menimba ilmu dan memperolehi pengalamam
melalui lawatan sambil belajar.

Disediakan oleh :

……………………….
(EN. SIAW SING ONG)
Setiausaha,
Lawatan Sambil Belajar

Disokong oleh:

….………………………….
(EN. ONG CHIA YEE)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SJK(C) Poay Chee.

Diluluskan oleh:

………………………………
(EN. SOO THENG GUAN)
Guru Besar,
SJK(C) Poay Chee.

-4-

Anda mungkin juga menyukai