Anda di halaman 1dari 1

CHONG JING YI (215056)

Matlamat hidup adalah tujuan yang perlu ditetapkan dan dijalankan oleh seseorang
individu di sepanjang hidup mereka. Matlamat hidup perlu dirancang dalam jangka masa
panjang. Hal ini dikatakan demikian kerana matlamat hidup seseorang individu mungkin
memerlukan seluruh hidup untuk dicapai. Dalam jangka masa panjang, matlamat hidup
seseorang lebih mudah dicapai kerana memepunyai masa yang cukup. Contoh-contoh
matlamat yang boleh ditetapkan oleh seseorang individu ialah lari separuh maraton,
memulakan perniagaan, jana satu juta, dapatkan pendapatan pasif yang tetap, memiliki rumah
impian, mangalahkan ketakutan seseorang dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika seseorang ingin mencapai matlamat hidupnya iaitu menjana satu
juta dalam kehidupannya. Langkah yang pertama yang mencapai matlamat adalah dengan
memulakan bertindak. Pada pendapat saya, saya ingin memberi cadangan iaitu memulakan
perniagaan sendiri kepada seseorang itu. Jika seseorang ingin mendapat duit yang lebih
dalam kehidupan mereka ingin memulakan perniagaan sendiri untuk mendapat keuntungan
yang lebih. Seseorang itu boleh meneruskan pekerjaan mereka tetapi mereka juga boleh
memulakan perniagaan sendiri selepas kerja, seperti menjual barang atas talian, menjadi
pemandu ‘grab’ dan sebagainya akan dapat keuntungan lebih. Hal ini akan membantu mereka
mencapai matlamat dengan lebih pantas. Selain itu, saya akan sentiasa memberi kata-kata
yang bersemangat untuk memotivasikan mereka bekerja dengan bersemangat. Jika mereka
mempunyai semangat yang tinggi dalam kehidupan akan meningkatkan keyakinan mereka.
Oleh itu, mereka akan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai matlamat mereka.
Seterusnya, mereka perlu ada sikap berjimat cermat untuk mencapai matlamat ini. Mereka
perlu berjimat penggunaan elektrik, penggunaan air, sentiasa membeli barang yang
diperlukan sahaja dan meningkatkan simpanan bulanan. Hal ini akan membantu matlamat ini
mudah dicapai.

Kesimpulannya, seseorang boleh mengadakan banyak marlamat dalam kehidupan


bukan satu sahaja. Kita perlu mengadakan matlamat dalam sepanjang hidup supaya kita
berusaha untuk mencapai matlamat berikut. Hal ini akan membantu kehidupan menjadi lebih
menarik. Walaupun kita dapat mencapai matlamat, kita perlu belajar benda-benda yang
baharu di sepanjang hidup.

Anda mungkin juga menyukai