Anda di halaman 1dari 1

DOA SUKAN LOMPAT TALI

‫الرِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْْحَ ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫هللا‬ ْ
ِ ْ ‫َصحابِ ِه أ‬ ِِ ِ ِِ
.‫ي‬
َ ْ ‫َْجَع‬ َ ْ ‫ َو َعلَى آله َوأ‬،‫السالَ ُم َعلَى َسيِّد ََن ُُمَ َّمد‬
َّ ‫الصالَةُ َو‬ َ ْ ‫ب ال َْعالَ ِم‬
َّ ‫ َو‬،‫ي‬ ِّ ‫اَ ْْلَ ْم ُد َّّلِل َر‬

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI,

Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan
kesyukuran atas segala rahmat dan keizinanMu, kami berharap agar
PROGRAM KLINIK SUKAN LOMPAT TALI yang dirancang ini, akan dapat berlangsung
hingga ke penghujungnya. Engkau jadikanlah aktiviti ini penyebab penyatuan hati-hati
kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau sahaja ya Allah yang kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja tempat kami memohon pertolongan.

YA ALLAH, YA AZIZ, YA JABBAR,

Kami memohon kepada-Mu,


sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami,
sejahterakanlah penglihatan kami,
kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat,
dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.

YA ALLAH, YA HAYYUN, YA QAYYUM,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati,


dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada bahaya dan keburukan.

ِ ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا َءاتِنَا ِِف‬


ِ‫اب النَّار‬
َ ََ ‫ َوِنَا َع‬،‫سنَة‬ َ ‫ َوِِف األخ َرة َح‬، ‫سنَة‬
َ ‫الدنْ يَا َح‬
ِِ ِ ‫ و َعلَى ءالِ ِه و‬،‫وصلَّى هللا َعلَى ُُمَ َّمد‬
َ ْ ‫العالَ ِم‬
.‫ي‬ َ ‫ب‬ ِّ ‫ َوا ْْلَ ْم ُد َّّلِل َر‬، ‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬
َ َ َ َ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai