Anda di halaman 1dari 3

ii. PERALATAN KAWAD/PEMAKAIAN DAN TEMPAT.

Pakaian Dan Peralatan Celoreng Digital Rela Semasa Kawad.


Pemakaian pakaian celoreng digital lelaki dan wanita. Pakaian ini di pakai oleh
pegawai dan anggota lelaki dan wanita. Pada peringkat awal pakaian ini diutamakan untuk
di pakai oleh semua pegawai pengusaha RELA (pgr) ke atas anggota CMT dan anggota yang
bertugas secara tetap setiap hari.
Pakaian operasi digital penuh ini di pakai untuk perbarisan. Selain itu, pakaian ini
juga di gunakan untuk operasi, tugas latihan, tugas-tugas khas dan acara yang menetapkan
pemakaian celoreng. Antara peralatan yang yang terdapat di dalam pakaian operasi digital
penuh ini adalah seperti berikut :

Jambul Putih
Jambul putih ini di letakkan di
bahagian atas kiri beret.

Beret
Beret di pakai ketika
perbarisan dengan lencana
rela berada di bahaian kiri
kepala.
Mafla Kuning
Mafla kuning di gunakan di
dalam baju seragam di atas
dada. Baju tidak di butang
sehingga atas untuk
memperlihatkan mafla kuning
agar baju seragam lebih
terlihat kemas.

Lanyard
Lanyard di pakai di sebelah
kanan baju seragam.
Tanda Nama
Tanda nama anggota rela di
letakkan di atas poket sebelah
kanan baju seragam.

Kod Negeri/Daerah/No Platun


Kod negeri, daerah dan no
platun di letakkan di atas
poket sebelah kiri baju
seragam.
Tali Pinggang / Selempang
Tali pinggang di pakai tanpa
memasukkan baju seragam
kedalam seluar.

Ankle/Guard
Ankle atau guard di pakai di
atas kasut atau di pergelangan
betis bahagian bawah seluar
agar kelihatan lebih kemas.

Kasut Kawad/Kombat
Kasut kawad atau kombat
wajib di pakai dalam
perbarisan ataupun tugasan-
tugasan yang melibatkan
operasi berkaitan rela.

Tempat Kawad Tangan Kosong


Tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti kawad tangan kosong
adalah di padang kawad atau kawasan yang datar. Seperti kebiasan untuk
menjalankan aktiviti kawad kebiasaannya aktiviti ini akan di adakan di mana-
mana pusat latihan yang mempunyai padang kawad seperti di pusat latihan
rela wilayah timur Kuala Berang Trengganu, akademi laihan rela malaysia
Sungai Udang Melaka, pusat latihan rela negeri Sabah dan lain-lain lagi. Selain
itu, aktiviti kawad juga boleh di lakukan di kawasan datar atau rata agar dapat
menjalankan aktiviti kawad tanpa sebarang halangan.
CONTOH GAMBAR PADANG KAWAD RELA

Anda mungkin juga menyukai