Anda di halaman 1dari 1

10.

Etika Penampilan Pelajar UniMAP

Kaedah 26 Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Perlis (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 memberi kuasa kepada Naib Canselor untuk mengeluarkan arahan bertulis, sebagaimana yang difikirkannya munasabah berhubung penampilan diri seseorang pelajar di dalam kampus.

PAKAIAN LELAKI Bersopan, kemas dan bersih Seluar slack panjang Seluar Jeans yang kemas, bersopan dan bersih Baju kemeja / Baju T berkolar hendaklah dimasukkan ke dalam seluar Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak melebihi atau menutup kolar baju, kening mata dan telinga Memakai dan mempamerkan kad matrik di bahagian hadapan ( paras dada) Memakai kasut yang tertutup Mematuhi Etika Berpakaian di bawah peraturan makmal ketika menghadiri amali di Bengkel/Makmal Pemakaian songkok hitam sahaja yang dibenarkan DILARANG MEMAKAI Seluar Jeans tidak dibenarkan semasa menghadiri majlis-majlis rasmi dan berurusan dengan pihak Jabatan dan Pentadbiran Pakaian yang menjolok mata / menyerupai perempuan / kurang sopan / mengandungi lukisan atau gambar yang kurang sopan Seluar yang bertampal-tampal / koyak / berambu-rambu/ berlubang-lubang Baju T tidak berkolar / Topi (cap) / Sandal / Selipar / Capal ( ketika menghadiri kuliah / tutorial / peperiksaan / berurusan dengan semua Jabatan dan pentadbiran di UniMAP) Jubah, Serban dan berkopiah (dibenarkan dalam acara keagamaan) Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mempunyai rambut berekor dan fesyen rambut yang tidak kemas

PAKAIAN PEREMPUAN Bersopan kemas dan bersih Amat digalakkan menutup aurat bagi beragama Islam Memakai baju T berkolar dan berlengan panjang atau pendek Baju sama ada blaus atau T-shirt mestilah melepasi paras punggung Seluar panjang/seluar Jeans yang kemas, bersopan dan bersih Kain atau skirt yang labuhnya dibawah paras lutut dan kainnya tidak berbelah. Memakai dan mempamerkan kad matrik Memakai kasut yang sesuai Mematuhi Etika Berpakaian di bawah peraturan makmal ketika menghadiri amali di Bengkel/Makmal Memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan kemas DILARANG MEMAKAI Pakaian yang menjolok mata /mendedah tubuh/ ketat/ jarang/ singkat/tanpa lengan dan mengandungi lukisan atau gambar yang kurang sopan Seluar Jeans semasa menghadiri majlis-majlis rasmi dan berurusan dengan pihak Jabatan dan Pentadbiran Seluar yang bertampal-tampal / koyak-koyak / beramburambu/ berlubang-lubang Memakai pakaian yang menutup keseluruhan muka Memakai barangan kemas yang keterlaluan Baju T tidak berkolar / Topi (cap) / Selipar / ketika menghadiri kuliah / tutorial / peperiksaan / berurusan dengan semua Jabatan di UniMAP)

PAKAIAN SUKAN Memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan amat digalakkan menutup aurat ketika menghadiri aktiviti sukan di padang

Kaedah 27 Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Perlis (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 menyatakan bahawa jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberikan atau membuat arahan atau kehendak itu di dalam Kampus, pelajar itu melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Anda mungkin juga menyukai