Anda di halaman 1dari 1

PASUKAN LATIHAN NEGERI SABAH

UJIAN MENGENAL DIRI (VIGIL)


PANDUAN PEMIMPIN / KETUA KREW / JAWATANKUASA PENGANJUR
Apabila Ketua Pesuruhjaya Negeri Sabah telah meluluskan permohonan Krew anda untuk menjalankan
Vigil Pengakap Kelana, hendaklah dibentuk satu jawatankuasa untuk mengendalikan perjalanan
Program Vigil berkenaan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan WAJIB dilaksanakan.

1. Program Vigil HARUSLAH dilaksanakan mulai jam 6 petang hingga jam 6 pagi.
2. Peserta tidak dibenarkan langsung untuk tidur sepanjang tempoh 12 jam tersebut.
3. Kertas soalan arahan lukisan (optional) hendaklah disediakan dan dilukis oleh peserta
sebelum Vigil bermula pada jam 6.00 petang.
4. Reben hendaklah disediakan terlebih dahulu. Sukatan untuk seorang adalah seperti:
Hijau = 10 inci panjang
Kuning = 10 inci panjang
(Lebar adalah sekurang-kurangnya 1 inci)
Pin Pakaian
5. Recce (merintis serta memastikan terlebih awal) laluan serta kawasan bagi tujuan Perjalanan
Malam yang akan diadakan pada tengah malam. (Sebaik-baiknya berkonsepkan aktiviti
“Sayang Si Buta”)
6. Semasa Perjalanan Malam, peserta akan ditinggalkan duduk seorang demi seorang dalam
jarak minima 50 – 80 kaki diantara satu sama lain. Peserta akan dikumpulkan semula apabila
tiba masa yang ditetapkan.
7. Sediakan Kalakati (Bendera Pengakap, bertiang) untuk dipegang dan seorang akan dilantik
untuk memegangnya semasa para peserta membacakan Persetiaan Pengakap dalam Istiadat
Pertabalan Bakal Kelana di sebelah pagi selepas Vigil.
8. Sediakan meja untuk meletakkan riben, skaf & wogel, topi/beret serta sijil semasa Istiadat
sebelah pagi untuk para peserta yang akan ditabalkan sebagai bakal Pengakap Kelana.
9. Kertas soalan adalah tidak dibenarkan untuk diagihkan kepada para peserta sebelum hari
Vigil dijalankan.
10. Sebaik-baiknya diwujudkan satu unit QM Peralatan serta QM Makanan bagi tujuan
sepanjang Vigil.

PERINGATAN :
Haruslah diingat bahawa intisari utama Vigil dilakukan adalah untuk :
1. Memastikan bakal Kelana mengetahui tujuan sebenar mereka menyertai Pengakap.
2. Membolehkan Pemimpin/Ketua Krew dan Ahli Krew yang lain mengenali serta memahami sifat
dan hati budi bakal Pengakap Kelana tersebut dan seterusnya membolehkan mereka menilainya.
3. Memastikan bakal Pengakap Kelana MEMAHAMI serta MENERIMA apa yang
DIHARAPKAN daripada mereka oleh Krew, Daerah serta Negeri apabila mereka menjadi Ahli
Pengakap Kelana.
4. Menguji ketahanan fizikal dan mental bakal Pengakap Kelana.
NOTA : Beret untuk Pengakap Kelana Sabah (kecuali Unit Laut) adalah berwarna merah hati (Maroon)

Anda mungkin juga menyukai