Anda di halaman 1dari 2

Maklumat tambahan

1. Antara kesan utama kenaikan harga barang ialah bertambahnya beban kewangan yang ditanggung
oleh golongan yang berpendapatan rendah. Kenaikan harga barangan tanpa diimbangi dengan kenaikan
pendapatan telah menyebabkan pendapatan bersih golongan tersebut semakin mengecil malahan ada
yang tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga mereka. Apabila situasi ini berlaku, terdapat ibu
bapa daripada golongan berkenaan yang akan melakukan kerja sambilan atau mengambil kerja lebih
masa untuk menambahkan pendapatan mereka. Namun begitu, keadaan ini telah menggugat keutuhan
institusi keluarga kerana masa anak-anak dengan ibu bapa semakin kurang. Natijahnya, anak-anak
terbiar di rumah. Hal ini dalam jangka panjang boleh menarik golongan tersebut ke kancah gejala sosial
lantaran kurangnya pendidikan agama dan perhatian daripada ibu bapa.

2. Kos bahan mentah dan logistik terutama pengangkutan serta gudang yang meningkat sehingga 30
peratus antara punca kenaikan harga barang keperluan.Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang
Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata kos alat ganti dan pembungkusan juga turut meningkat
antara 11 hingga 15 peratus, selain peningkatan kos buruh sebanyak enam hingga 10 peratus. Gangguan
rantaian bekalan, kenaikan harga bahan api sebab inflasi tinggi

3. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan.Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut
akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan,
sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat
pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos
pemprosesan sudah tentu akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir
barang yang diangkut. Kerajaan boleh campur tangan dengan mengumumkan Dasar Kawalan Harga
barangan tetapi dari segi ekonomi, dasar campur tangan tersebut akan membawa kepada herotan
ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan. Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri
daripada menggunakan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan penggunaan bahan api terus
meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika
mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter masih kurang memenuhi
kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan negara lain sekiranya ingin
menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, sistem pengangkutan awam
di Singapura adalah cekap dan lengkap. Oleh itu, kenaikan harga barang memberikan impak yang sangat
besar kepada kuasa beli masyarakat.

4. Selain itu, golongan berpendapatan rendah haruslah membudayakan aktiviti bercucuk tanam.
Mereka boleh menanam cili, kacang panjang, serai, dan sebagainya bagi mengelakkan mereka
berbelanja untuk membeli barangan tersebut. Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah penanaman
seperti kaedah hidroponik, fertigasi, dan tanaman di dalam pasu. Malahan, hasil daripada lebihan
tanaman tersebut boleh dijual untuk dijadikan pendapatan tambahan. Bagi menangani kenaikan harga
barangan ini, pengguna haruslah menggunakan kuasa mereka untuk menundukkan peniaga yang
mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mereka terhadap
masyarakat. Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh pengguna adalah dengan memulaukan
barangan yang dijual dengan harga yang tinggi. Pemulauan ini walaupun agak agresif tetapi dianggap
senjata yang paling ampuh untuk mengajar peniaga yang tamak dan rakus tersebut.

5. Langkah seterusnya adalah dengan menetapkan harga siling dan pemantauan secara kerap oleh pihak
berkuasa. Kaedah pengawalan harga ini telah pun diasimilasikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Penetapan harga siling pada bekalan makanan seperti minyak masak,
roti, gula dan tepung cukup signifikan bagi membantu meringankan beban kewangan masyarakat
khususnya golongan miskin.Selaras dengan langkah tersebut, pemantauan dan tindakan yang tegas oleh
pihak berkuasa terhadap peniaga perlu dipertingkatkan. Hal ini kerana terdapat laporan oleh media
bahawa peniaga hanya mengikuti harga yang ditetapkan pihak berkuasa apabila mereka melakukan
pemantauan. Jika tiada pemantauan oleh pihak berkuasa maka harga akan dinaikkan mengikut
kehendak mereka. Natijahnya, pihak berkuasa perlu menetapkan harga siling dan melakukan
pemantauan dengan kerap untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang.

Menu Rahmah berharga RM5 yang bertujuan membantu golongan B40 akan ditawarkan di lebih 15,000
premis makanan di negara ini bermula Selasa.Usaha itu selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu
golongan memerlukan selain memberi manfaat harga yang berpatutan buat golongan itu di
restoran.Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri
Salahuddin Ayub, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kecil kerajaan dalam memastikan
tiada golongan sasar yang terpinggir.

Secara tuntas, pelbagai langkah boleh dilaksanakan untuk mengatasi kenaikan harga barang. Jika
mekanisme ini diambil kira oleh pihak berkuasa, nescaya kegusaran masyarakat tempatan tentang
kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan. Ibarat peribahasa Melayu, ingat antara belum kena, hemat
antara belum habis. Pihak berkuasa seharusnya membantu meringankan beban masyarakat dengan
memberikan penyelesaian yang terbaik dan bukan bersifat sementara seperti bantuan
kewangan.Berbekalkan kekayaan alam semula jadi yang kita miliki seperti sumber tanah dan air yang
mencukupi, kita seharusnya mampu untuk menghasilkan ekonomi yang berdikari dan tidak bergantung
kepada kedudukan ekonomi global serta inflasi. Semoga generasi akan datang dikurniakan pemimpin
dan masyarakt yang berganding bahu bagai aur dan tebing untuk meningkatkan taraf rakyat dan negara
ke tahap yang lebih baik dan kekal harmoni.

Anda mungkin juga menyukai