Anda di halaman 1dari 2

Kesan positif dan negatif teknologi maklumat dan komunikasi masa kini

in Bahasa Melayu

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting
untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan
dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif
terhadap penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui
medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal
berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak
di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan
sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga
boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan
melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan
kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan
perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam
tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil
utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang
berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian
yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh
diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.

Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Perdagangan
antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat
teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui
atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya.
Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta
fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli
barangan di pasar raya.
Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak
mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain
permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang
paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga
mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika
terlalu leka melayari internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju
teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang
dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan
sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara
dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.
Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau
pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak
bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak
bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi
laman sesawang tersebut.

Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap penggunannya. Kesan-
kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan pihak
yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak
dalam menilai setiap kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.

Anda mungkin juga menyukai

  • 2
    2
    Dokumen1 halaman
    2
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Modul QGJ3013 Modul Latihan Dan Kecergasan
    Modul QGJ3013 Modul Latihan Dan Kecergasan
    Dokumen166 halaman
    Modul QGJ3013 Modul Latihan Dan Kecergasan
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Karangan Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan
    Karangan Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan
    Dokumen2 halaman
    Karangan Kesan Sambutan Hari Kemerdekaan
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Akademik
    Penulisan Akademik
    Dokumen1 halaman
    Penulisan Akademik
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • 6
    6
    Dokumen1 halaman
    6
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • 7
    7
    Dokumen1 halaman
    7
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Kesan
    Kesan
    Dokumen2 halaman
    Kesan
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Isi
    Isi
    Dokumen1 halaman
    Isi
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Faktor
    Faktor
    Dokumen1 halaman
    Faktor
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Faktor 1
    Faktor 1
    Dokumen2 halaman
    Faktor 1
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Penambahbaikan Ceramah
    Penambahbaikan Ceramah
    Dokumen3 halaman
    Penambahbaikan Ceramah
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Penambahbaikan 1
    Penambahbaikan 1
    Dokumen3 halaman
    Penambahbaikan 1
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Maklumat Tambahan 2
    Maklumat Tambahan 2
    Dokumen2 halaman
    Maklumat Tambahan 2
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Ontoh Karangan Cara
    Ontoh Karangan Cara
    Dokumen6 halaman
    Ontoh Karangan Cara
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • 2022 Penang Chemistry K1 - K2 Set - 2 Jawapan PDF
    2022 Penang Chemistry K1 - K2 Set - 2 Jawapan PDF
    Dokumen12 halaman
    2022 Penang Chemistry K1 - K2 Set - 2 Jawapan PDF
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat
  • Untitled
    Untitled
    Dokumen1 halaman
    Untitled
    JOAN TING XIN LU Moe
    Belum ada peringkat