Anda di halaman 1dari 1

PENDAFTARAN KOKURIKULUM PELAJAR TINGKATAN 1

TAHUN 2023/2024

TARIKH :25.3.2023
HARI : SABTU
MASA : 7.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI.

TENTATIF PROGRAM

7.00 – 7.30 am : Pelajar tingkatan 1 berkumpul di dalam dewan.


7.30 – 8.40 am : Pengenalan Unit Beruniform
8.40 – 9.10 am : Pengenalan Sukan dan Permainan
9.10 – 9.30 am : Rehat
9.30 – 10.50 am : Pengenalan Kelab dan Persatuan
10.50 am – 12.00 pm : Isi borang pendaftaran kokurikulum dan hantar kepada unit/ kelab yang berkaitan.
12.00 pm : Bersurai

● Setiap unit beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan akan menghantar wakil (pengerusi / ketua
/ penolong ketua / guru penasihat) untuk memperkenalkan unit masing-masing kepada pelajar.

● Setakat ini, semua UB, KP, dan SP sudah mempunyai wakil pengerusi KECUALI Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sains&Matematik . Oleh itu, minta jasa baik ketua /penolong ketua/ guru penasihat untuk
berucap atau membuat tayangan video pada hari berkenaan.

● Setiap UB, KP dan SP diberi peruntukan masa untuk membuat ucapan atau tayangan video. Tetapan masa
adalah seperti berikut :-
Unit Beruniform 5 minit
Sukan Permainan 1 minit
Kelab Persatuan 3 minit

● Program ini akan dikendalikan oleh PK Kokurikulum, PK Petang, Pn. Siti Nazirah, Pn. Norzi Haryanti, Pn.
Ruzanna, Cik Nurul Izzaty dan Pn. Putri Hazwani. Walau bagaimanapun, Ketua /penolong ketua /guru
penasihat dialu-alukan untuk hadir pada hari pendaftaran kokurikulum.

● Semua UB, KP dan SP akan disediakan satu meja pendaftaran berserta tagging nama. Sekiranya guru-guru
penasihat ingin menghias meja tersebut dengan poster atau bahan-bahan yang menarik, adalah
digalakkan.

● Pendaftaran ahli tingkatan 1 dan peralihan pada tahun ini adalah terhad untuk setiap unit. Jumlah
pendaftaran ahli yang dibenarkan adalah seperti berikut. :
Unit Beruniform maksimum 40 orang ahli

Kelab Persatuan maksimum 20 orang ahli

Sukan Permainan maksimum 30 orang ahli

Anda mungkin juga menyukai