Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU, MELAKA

LAPORAN PROGRAM
HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TAHUN 1 2019

Pengelola : UNIT PENDAFTARAN DAN ORIENTASI, UNIT HEM SK PADANG


TEMU

Tarikh : 28 DISEMBER 2018 ( JUMAAT)

Masa : 8.30 PAGI -12.00 TENGAH HARI

Tempat : DEWAN BAKTI, SK PADANG TEMU

Sasaran : MURID-MURID TAHUN 1 /2019 DAN IBU BAPA MURID TAHUN 1

Perbelanjaan / Kos Kewangan : RM 100.00

Pengenalan : Hari Pendaftaran dan Orientasi sebagai hari pertemuan di antara guru-guru
kelas dan murid-murid Tahun 1 bersama ibu bapa murid-murid.

Objektif :
1) Sebagai platform untuk perjumpaan guru-guru Tahun 1 dan murid-murid
2) Memberikan maklumat kepada ibu bapa berkaitan urusan
persekolahan anak- anak disamping dapat menjalinkan hubungan yang
lebih rapat antara sekolah dengan ibu bapa untuk kebaikan bersama.
3) Memperkenalkan murid-murid dengan persekitaran sekolah secara umum dan kelas -kelas
Tahun 1 secara khusunya.
4)Memberi suntikan semangat kepada bakal murid- murid Tahun 1 akan menempuh alam
persekolahan agar mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Pengisian / Tentatif :
8.30 pg - Pendaftaran murid/ibu bapa
9.00pg - Bacaan doa
9.10pg - Ucapan aluan oleh pengacara majlis
9.20pg - Ucapan GB -
Tayangan slide
10.15pg - Urusan dokumen dan sumbangan PIBG/Aktiviti Pendidikan
mengikut kelas bersama guru kelas
12.00tghri - Bersurai

Rumusan :
Pencapaian -
Secara keseluruhan Program Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Tahun 1 berjalan dengan
lancar dengan kahadiran ibu bapa dan murid.
Kekuatan -
Program dapat dijalankan mengikut aturcara yang disusun dengan baik.
Segala maklumat dan informasi berkenaan undang-undang dan peraturan sekolah juga dapat
disampaikan secara lisan dan virtual dengan baik.
Kelemahan
Kehadiran ibu bapa yg lewat sampai menggangu serba sedikit perjalanan program. Murid
yang hadir duduk bersama ibu bapa juga agak mengganggu proses penyampaian maklumat.
Cadangan penambahbaikan
Urusan bersama guru kelas boleh dibuat di dalam kelas Tahun 1 agar perjalanan program
nampak lebih teratur dan mudah diurus.

DOKUMENTASI BERGAMBAR
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….……... …………………..…………………..
(SHARFIZAH BT MOHD SHARIP) (EN WAN SYUKRI BIN WAN AHMAD)
PENYELARAS UNIT PENDAFTARAN GURU PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
DAN ORIENTASI
Disahkan oleh:

…………………………………….
(PN. RUSNAH BINTI ISMAIL)
GURU BESAR
SK PADANG TEMU, MELAKA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU, MELAKA

LAPORAN PROGRAM TRANSISI MURID DAN


GURU PENYAYANG TAHUN 1 2019

Pengelola : Unit Pendaftaran dan Orientasi serta Semua guru Tahun 1


Tarikh : 2 – 18 Januari 2019

Masa : 7.40 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat : SK Padang Temu, Melaka

Sasaran : Semua murid Tahun 1

Perbelanjaan / Kos Kewangan :

Pengenalan : Program Transisi ke Tahun Satu dibina agar kanak-kanak dapat


menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang baharu dalam masa yang singkat. Keadaan
ini perlu bagi membantu mereka menghadapi perubahan diri dari pendidikan tidak formal
kepada pendidikan formal.

Objektif : Murid dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengikut Sukatan


Pelajaran Tahun Satu serta mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Pengisian / Tentatif :
Pengisian Program Transisi:
- Ucapan bertatasusila
- Melawat persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas
- Dinamika kumpulan
- Asas menulis dan membaca BM dan BI
- Asas Matematik dan Sains
- Asas Jawi dan Bahasa Arab
- Mewarna dan membuat kolaj
- Nyanyian Didik Hibur
- Sukaneka

Majlis Penutup Program Transisi dan Guru Penyayang


7.45 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis
: Ucapan perasmian penutup majlis oleh Pn. Rusnah bt.
Ismail(Guru Besar)
: Persembahan murid
: Penyampaian hadiah
: Majlis bersurai

Rumusan : Aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama pihak pentadbir dan semua
guru Tahun 1.
: Kurang kerjasama daripada guru Tahun 1 semasa menjalankan aktiviti.
: Semua guru Tahun 1 hendaklah memberi komitmen sepanjang program
ini dijalankan.

DOKUMENTASI BERGAMBAR

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU TRANSISI


SUKANEKA

MAJLIS PENUTUP
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….……... …………………..…………………..
(SHARFIZAH BT MOHD SHARIP) (EN WAN SYUKRI BIN WAN AHMAD)
PENYELARAS UNIT PENDAFTARAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
DAN ORIENTASI

Disahkan oleh:

…………………………………….
(PN. RUSNAH BINTI ISMAIL)
GURU BESAR
SK PADANG TEMU, MELAKA

Anda mungkin juga menyukai