Anda di halaman 1dari 15

BAB 10

PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengetahui kebaikan dan keburukan operasi perniagaan di
peringkat antarabangsa.
2. Mengetahui budaya dan amalan kerja di beberapa negara.
3. Mengetahui impak dari dasar perindustrian.
4. Memahami apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi.

10.1 PENGENALAN

Organisasi yang mengurus perniagaan merentasi sempadan negara


dikenali sebagai firma antarabangsa atau syarikat multinasional. Istilah
syarikat induk adalah syarikat yang bertapak di negara sendiri serta
melabur pada peringkat antarabangsa, manakala negara tamu adalah
negara di mana syarikat perniagaan melabur. Dari segi konsep proses
pengurusan strategik, pelaksanaannya adalah sama bagi firma
antarabangsa mahupun firma domestik, tetapi proses pelaksanaannya
agak lebih rumit dan komplek bagi firma antarabangsa. Ini disebabkan
beberapa faktor seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran,
politikal, kerajaan, guaman, teknologikal dan persaingan yang boleh
memberi tekanan, peluang dan cabaran bagi syarikat yang ingin
mewujudkan cawangan perniagaan di negara asing. Pelaksanaan srategi
akan menjadi lebih rumit lagi jika firma berkenaan memasar dan
mengedar pelbagai produk serta memberi pelbagai khidmat pada
beberapa buah negara asing.

Dalam merancang pengurusan strategi, banyak masa dan usaha perlu


ditingkatkan dalam mengenal pasti dan menilai aliran luaran dan
peristiwa yang berlaku di persekitaran dalam dan luaran syarikat
multinasional. Jarak kawasan, perbezaan budaya dan adat, serta variasi
pada amalan perniagaan selalunya akan menyukarkan komunikasi antara
pihak syarikat induk dan pihak operasi luar negara. Pelaksanaan strategi

155
juga turut menjadi sukar kerana perbezaan pada budaya boleh membawa
perbezaan pada norma kerja, nilai dan etika kerja.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sedunia telah


merapatkan jurang budaya, mendekatkan jarak antara negara dan
organisasi. Perkembangan ini telah membuatkan beberapa firma
multinasional dari Amerika Syarikat dan Jepun memperolehi lebih 50%
hasil jualan dari penjualan di pasaran antarabangsa. Hasil tersebut
berpunca dari strategi usaha sama dan kefahaman rakan niaga antara
firma antarabangsa dan firma domestik yang merupakan salah satu
amalan perniagaan terkini.

Beberapa pusat perdagangan sedunia telah dibina di beberapa bandaraya


terkemuka, antaranya seperti Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur,
Singapura, Hong Kong, Jakarta dan banyak lagi di negara barat.
Kewujudan pusat perdagangan sedunia adalah sebagai pusat setempat
untuk memberi perkhidmatan nasihat, pameran dan seminar untuk
syarikat import dan eksport. Di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala
Lumpur juga terletaknya pejabat-pejabat guaman, perakaunan, bank,
hotel, dan tempat membeli-belah, sebagai usaha mewujudkan satu
tempat pertemuan antara ahli perniagaan antarabangsa.

Lebih daripada 95% jumlah penduduk sedunia berada dari luar negara
Amerika Syarikat dan kumpulan ini mengalami pertumbuhan pada kadar
70% lebih pantas dari pertumbuhan pendudukan Amerika Syarikat. Ini
menunjukkan bahawa walaupun Amerika Syarikat dilihat sebagai negara
yang banyak mengeluarkan produk dan mempunyai daya belian yang
kuat, tetapi kebanyakan syarikat antarabangsa memasarkan produknya ke
seluruh dunia. Ada pendapat mengatakan sasaran pasaran dunia kini
bertumpu pada benua Asia, di mana perkembangan ekonomi di sebelah
Asia amat pesat.

Kebanyakan firma multinasional datang dari negara maju. Dalam satu


laporan menyatakan enam dari sepuluh firma terbesar di dunia terdapat
di negara Jepun. Persaingan perniagaan global telah dianggap sebagai
permainan antara negara maju; General Motors, Ford, dan Chrysler
bersaing dengan Toyota, Daimler Benz bersaing dengan Hyundai;
General Electric dan Westinghouse bersaing dengan Siemens dan
Mutsibishi; Caterpillar dan Deere bersaing dengan Komatsu; Goodyear
bersaing dengan Michelin, Bridgestome dan Perelli; Boeing bersaingan
dengan Airbus. Banyak lagi produk Amerika Syarikat belum lagi bersaing
dengan produk keluaran negara asing yang lain, tetapi beberapa produk
dari negara maju telah dikeluarkan secara usaha sama antara negara maju.

156
Perdagangan antarabangsa boleh dilakukan secara mudah, iaitu dengan
cara mengeksport produk dari negara asal ke negara asing. Urusan
perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih rumit lagi jika operasi
pengeluaran, pengedaran, dan kemudahan pemasaran diwujudkan oleh
satu syarikat ke beberapa buah negara. Ada firma-firma Amerika Syarikat
mengambil alih firma asing untuk memasarkan produknya. Terdapat juga
syarikat Amerika menjalankan perniagaan secara usaha sama di negara
asing. Ada juga syarikat asing mengambil alih syarikat perniagaan
Amerika Syarikat dan menjalankan perniagaan di Amerika. Malahan,
istilah “pasaran global” bukanlah satu perkataan retorik yang kosong;
persaingan asing telah berada di negara kita dan kita pula perlu berada di
negara asing. Kebanyakan syarikat Malaysia terlalu bertumpu pada
pasaran tempatan atau di rantau Asia Tenggara dan kurang memberi
perhatian terhadap peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.

10.2 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN OPERASI DI


PERINGKAT ANTARABANGSA

Firma boleh merangka banyak alasan dan melaksana pelbagai strategi


yang boleh menggerak, menyambung atau memperkembangkan
perniagaan mereka melintasi sempadan negara. Salah satu alasan utama
bagi firma berkembang ke peringkat antarabangsa ialah mencari
pelanggan baru bagi produk dan perkhidmatannya. Tujuan ini boleh
meningkatkan pendapatan syarikat. Peningkatan pendapatan atau hasil
jualan serta keuntungan merupakan objektif lazim bagi pihak syarikat
serta usaha ini juga diharapkan oleh para pemegang saham dan
merupakan salah satu kayu pengukur dalam menilai prestasi syarikat.

Antara alasan lain untuk operasi perniagaan berkembang ke peringkat


antarabangsa ialah:-

(i) Operasi di negara asing boleh menyerap kapasiti lebihan,


mengurangkan kos seunit dan melabur risiko kepada
beberapa pasaran.
(ii) Operasi di negara asing membolehkan syarikat membina
kemudahan pengeluaran di lokasi berdekatan dengan
sumber asli dan/atau buruh.
(iii) Persaingan di pasaran asing mungkin belum wujud lagi
atau tahap persaingan tidak sehebat berbanding dengan
persaingan di pasaran domestik.
(iv) Operasi di negara asing boleh mengurangkan tarif,
mengambil peluang cukai rendah, dan layanan politik
yang memberangsangkan.
(v) Usaha sama membolehkan syarikat belajar mengenai
teknologi, budaya, amalan perniagaan orang lain dan

157
membuat hubungan dengan potensi pelanggan, pembekal
dan pengedar di negara asing.

Usaha memperkembangkan sesebuah perniagaan di negara asing boleh


membawa beberapa risiko. Salah satu risiko dalam menjalankan operasi
perniagaan di negara asing ialah faktor “dimilik negara” atau rampasan
nasionalistik. Lain-lain akibat buruk punca dari beroperasi di negara asing
ialah:

(i) Firma akan berhadapan dengan pelbagai faktor yang


sukar difahami, seperti faktor sosial, budaya, demografik,
persekitaran tempatan, politikal, kerajaan, guaman,
teknologikal, ekonomi dan kuasa persaingan apabila
melakukan perniagaan di peringkat antarabangsa. Faktor
ini kadangkala menghalang atau menyukarkan
komunikasi antara syarikat induk dan subsidiari.
(ii) Membuat penilaian yang tidak seimbang seperti
kelemahan pihak pesaing sering dianggar lebihan dan
kekuatan pesaing sering dianggar berkurang. Mengambil
maklum mengenai jumlah dan sifat persaingan di negara
asing adalah amat sukar kerana sumber maklumat yang
terbatas.
(iii) Wujud perbezaan dalam penggunaan bahasa, budaya dan
sistem nilai di sesuatu negara dan ini boleh mewujudkan
satu halangan pada komunikasi serta memberi masalah
dalam pengurusan sumber manusia.
(iv) Untuk mengendalikan perniagaan antarabangsa, firma
perlu memahami pelbagai ilmu seperti ilmu persatuan
ekonomi serantau, Perdagangan Bebas Serantau, Bank
Dunia, World Trade Organization dan sebagainya.
Kefahaman setiap peranan persatuan tersebut kadangkala
sukar diperolehi.
(v) Berurusan dengan pelbagai sistem monetari boleh
menambah komplikasi pada operasi perniagaan
antarabangsa.

10.3 BUDAYA SEKELILING DUNIA

Salah satu asas pengurusan perniagaan antarabangsa ialah pengalaman


para pengurus untuk mengetahui ilmu asas mengenai sejarah, budaya,
dan agama di negara berkenaan yang boleh membantu serta mendorong
para pengurus bekerja di negara asing. Di Jepun misalnya, hubung kerja
dikendali dalam konteks “Wa”, iaitu hormoni kumpulan dan perpaduan
sosial diutamakan. Di China, gelagat perniagaan berkisar pada “Guanxi”,

158
atau perhubungan individu. Di Korea pula, aktiviti ditumpukan pada
“Inhwa”, atau hormoni berlandaskan hormat kepada hubungan hierarki,
termasuk taat setia kepada pihak berkuasa.

Di benua Europa, terutama di wilayah utara Europa, gaya pengurusan


adalah berteras pada penyertaan individu. Kebanyakan pekerja Europa
mempunyai kesatuan pekerja dan mereka menikmati lebih masa cuti dan
santai berbanding daripada pekerja Amerika Syarikat. Masa makan
tengah hari ialah selama 90 minit dan makan pagi serta petang selama 20
minit merupakan tempoh masa lumrah di seluruh Europa. Syarat
pekerjaan yang terjamin telah termaktub dalam kontrak pekerjaan di
Europa. Di negara sosialis seperti Peranchis, Belgium, dan United
Kingdom, hanya atas kesalahan kriminal sahaja membolehkan para
pekerja dipecat. Sebahagian dalam kontrak kerja di Europa, biasanya
pekerja baru diberi enam bulan tempoh percubaan. Kebanyakan pekerja
Europa, terutama di selatan Europa, membangkang ganjaran diberi
mengikut prestasi kerja, gaji berkomisen, ukuran berobjektif serta sistem
berganjaran. Ramai orang Europa berpendapat konsep “semangat
berkumpulan” sukar dipatuhi kerana persekitaran kesatuan kerja telah
menyerap dalam hubungan antara pekerja dan pengurusan.

Antara kelemahan para pengusaha tidak dapat mengembangkan


perniagaan ke peringkat antarabangsa ialah kekurangan pengetahuan
mengenai budaya di negara berkenaan. Sebagai contoh:

(i) Di Greece dan Nigeria, melambai tangan di hadapan


muka dianggap menghina orang.
(ii) Di Europa, melambai tangan sebagai tanpa ucapan
selamat tinggal bermakna “tidak” tetapi di Peru bermakna
“mari sini”.
(iii) Di China, nama keluarga ditulis dahulu tetapi di barat
nama keluarga ditulis kemudian.
(iv) Di Amerika Latin, nama Carlos Lopez-Garcia dipanggil
En. Lopez tetapi di Brazil dipanggil En.Garcia.
(v) Bermesyuarat sewaktu sarapan pagi dianggap sebagai
tidak bertamadun di kebanyakan negara.
(vi) Orang Amerika Latin biasanya lewat pada purata 20 minit
untuk temu janji.
(vii) Amalan bertentang mata di Jepun dianggap biadap.
(viii) Berselang kaki dianggap biadap di negara Arab dan juga
di kebanyakan negara Asia – termasuk menunjuk tapak
kasut.
(ix) Mengenakan ibu jari dan jari petunjuk bermakna “OK”
tetapi di Brazil bermakna seperti mencarut.

159
(x) Walaupun mengangguk kepala bermakna “Ya” tetapi di
Itali Selatan, Malta, Greece, dan Tunisia ianya bermakna
“Tidak”.
(xi) Memetik jari adalah lambang mencarut di Peranchis dan
Belgium.
(xii) Berpeluk tubuh di Finland melambangkan tidak senang
hati.
(xiii) Di sesetengah negara Asia, meninggalkan sedikit
makanan di dalam piring menunjukkan tuan rumah itu
pemurah sehingga makanan tidak habis dimakan.
(xiv) Di Malaysia dan India, makan menggunakan tangan kiri
dianggap kurang sopan.

Sebilangan besar penduduk Asia boleh bertutur bahasa Cina, tetapi ramai
juga boleh bertutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia,
merupakan bahasa yang terluas digunakan di Asia Tenggara. Kebanyakan
para pengurus asing bukan sahaja ingin menunjukkan kuasa apabila
berbincang tetapi mereka juga ingin menunjukkan bahawa mereka
peramah. Orang Amerika suka mempamerkan diri mereka sebagai orang
peramah dan disukai. Mereka selalu menggunakan nama panggilan
apabila berurusan dengan orang asing, manakala orang asing melihat
amalan ini sebagai keterlaluan. Orang Jepun hanya menggunakan nama
panggilan kepada ahli keluarga dan kawan rapat sahaja, sementara bagi
rakan sekerja dan kawan lama, mereka masih lagi memanggil dengan
menggunakan nama keluarga.

Di Malaysia, amalan nama keluarga di kalangan orang Melayu tidak


wujud. Mereka mempunyai nama sendiri dan nama bapa. Hal ini
mengelirukan orang asing apabila memanggil orang Melayu dengan nama
keluarga, iaitu nama bapanya.

Semasa bermesyuarat, pengurus Amerika tidak dapat menerima keadaan


yang sunyi dan senyap, sebaliknya pengurus Asia menganggap keadaan
sunyi dan senyap sebagai peluang untuk menilai dan menyusun
fikirannya. Pengurus Amerika suka mempamerkan diri sebagai seorang
yang aktif; mereka sering berkejar untuk temu janji, berkonferen dan
mesyuarat dan kemudian merasakan hari berkenaan telah produktif.
Sebaliknya, pengurus asing menganggap sifat dengar, renung dan berfikir
sebagai produktif. Walaupun pengurus Amerika menganggap
mendiamkan diri dalam konferen sebagai tidak produktif, tetapi pengurus
Jepun menganggap mendiamkan diri itu sebagai mengukuhkan keutuhan
suasana.

Pengurus Amerika lebih mementingkan untuk mendapatkan hasil dalam


jangka masa pendek berbanding dengan pengurus dari negara lain.

160
Contohnya, dalam pemasaran, pengurus Jepun ingin mencipta
“pelanggan berpanjangan”, manakala pengurus Amerika berusaha
mendapat sekali jualan. Pengurus pemasaran Jepun melihat aktiviti jualan
sebagai tahap permulaan dalam proses penjualan. Sebab itulah pengurus
Jepun sering mengkritik pengurus Amerika kerana terlalu memberi
perhatian kepada para pemegang saham yang langsung tidak dikenali
tetapi mengabaikan para pekerja, yang mereka kenal rapat. Pengurus
Amerika mewujudkan “pekerja berjam” manakala pihak Jepun memberi
istilah “pekerja sepanjang hayat”.

Pengurus Amerika dan British mengamalkan gaya pengurusan partisipatif


(atau penyertaan). Di Jerman and Mexico, para pengurus lebih berminat
kepada gaya autokratif dalam pengurusan.

Antara perbezaan budaya kerja pengurus Amerika dan pengurus


tempatan ialah:-

(i) Orang Amerika memberi keutamaan pada ketepatan


masa dan mengibaratkan masa itu sebagai satu aset.
Pengurus tempatan pula mementingkan nilai
perhubungan. Perbezaan ini telah membuat pengurus
tempatan berfikir bahawa pengurus Amerika hanya
berminat dalam soal perniagaan dan bukan pada orang.
(ii) Sentuhan dan jarak juga memainkan peranan dalam
budaya sosial. Masyarakat Amerika biasanya berdiri
dalam jarak lima meter semasa berbual dengan rakan
niaga, tetapi masyarakat Arab dan Afrika berdiri dalam
jarak dua meter. Memegang orang dengan tangan kiri
dianggap kurang sopan dalam sesetengah budaya.
(iii) Sesetengah budaya pentingkan pengumpulan harta. Di
Amerika Syarikat, sering terdapat usaha menyenaraikan
nama syarikat yang terbesar, ganjaran yang tertinggi, dan
pegawai eksekutif yang terkaya.
(iv) Peranan dan hubungan kaum keluarga juga penting dalam
sesuatu budaya. Umpamanya, kaum lelaki diberi layanan
terdahulu daripada kaum wanita.
(v) Bagi sesetengah rantau, walau mempunyai satu bahasa,
tetapi makna istilah amat berbeza. Umpamanya, Amerika
menyebut minyak kereta sebagai “gas” tetapi British
menyebutnya sebagai “petrol”. Orang Malaysia berkata
“jemputlah ke rumah” manakala orang Indonesia pula
berkata “undanglah ke rumah”. Bagi orang Indonesia
“jemput” bermaksud, tuan rumah akan pergi mengambil
tetamu dan membawa mereka ke rumah.

161
(vi) Bagi sesetengah masyarakat, agama boleh mempengaruhi
amalan perniagaan dan kehidupan harian. Adat makan,
waktu sembahyang dan perayaan keagamaan perlu
dihormati apabila berada di negara asing.
(vii) Terdapat budaya di mana hubungan antara keluarga
adalah lebih penting daripada pencapaian dalam kerjaya.
(viii) Banyak budaya prihatin pada nilai sederhana, kerja
berkumpulan, perpaduan, dan kesabaran daripada nilai
persaingan dan individualistik.
(ix) Ketetapan masa merupakan faktor terpenting sewaktu
menghadiri mesyuarat di Amerika, tetapi pada sesetengah
masyarakat hal ini kurang diberi perhatian.
(x) Kebanyakan budaya di Asia, tabiat makan menjadi
amalan lumrah sebelum bermesyuarat, sewaktu
bermesyuarat dan selepas mesyuarat. Sendawa sesudah
makan dianggap kurang sopan, tetapi bagi masyarakat
Lautan Pasifik sendawa menunjukkan tetamu merasa
puas dengan sajian yang dihidang. Kaum Cina
menganggap adalah lebih sopan merasa setiap hidangan
yang disajikan.
(xi) Agar tidak menyinggung perasaan tetamu asing, adalah
lebih baik sekiranya mempelajari adat resam sesuatu
kaum yang ditemui. Apabila bertemu, ada budaya
membolehkan bersalaman antara lelaki dan perempuan,
ada yang hanya menundukkan kepala, ada yang
menyembah dan ada yang meletak tangan kanan di dada
kiri.
(xii) Orang Amerika bersedia membuat urusan niaga dengan
orang yang tidak dikenali, tetapi bagi kebanyakan
masyarakat Asia, mereka mahu wujudkan hubungan
dahulu, bentuk sifat kepercayaan antara mereka sebelum
sebarang urusan niaga dapat dimeteri.

10.4 CABARAN GLOBAL

Banyak firma antarabangsa telah mula memasuki pasaran Malaysia.


Malaysia masih memerlukan pelaburan asing untuk mengembangkan
sektor ekonomi. Dengan adanya firma antarabangsa, Malaysia perlu
menyediakan tenaga sumber manusia yang mahir. Akibat daripada
latihan yang diberi, banyak buruh kasar menjadi pakar serta mahir.
Kepakaran serta kemahiran ini telah mewujudkan pekerja yang
mempunyai keyakinan dan pandangan keantarabangsaan. Kesan ini dapat
dilihat menerusi pembanjiran buruh dari Indonesia yang pernah bekerja
di Malaysia, telah mula memohon untuk berkerja di negara maju.

162
Dengan kewujudan firma antarabangsa di Malaysia, ianya memberi
persaingan pada firma tempatan.Negara jiran juga mempunyai strategi
pembangunan ekonomi. Sumber keluaran negara jiran kebanyakannya
bersaing rapat dengan sumber keluaran Malaysia, seperti kayu, tin, getah,
perkhidmatan dan lain-lain lagi.

Cabaran global yang dihadapi oleh negara Malaysia ialah:-

(i) bagaimana untuk menjaga serta menambah ekport ke luar


negara, dan
(ii) bagaimana menjaga pasaran domestik dari diserang oleh
produk luar negara.

Syarikat Malaysia tidak boleh berdiam diri dan melihat kemasukan


produk luar negara. Sistem monetari bagi beberapa negara telah mula
bergabung hasil dari penyatuan dan susunan semula ekonomi dunia.
Contohnya, European Community telah menggabungkan ekonomi dan
mata wang negara-negara Europa. Negara China pula telah membuka
pasaran domestik untuk produk asing. Ini telah mendorong banyak firma
antarabangsa untuk bergerak dengan pantas demi mencari peluang hasil
dari perkembangan ekonomi sedunia. Corak pasaran juga turut berubah
dengan cepatnya dan ini telah memberi impak kepada perubahan cita
rasa, reka bentuk produk dan harganya. Sistem pengangkutan yang
inovatif telah mempercepatkan pindahan teknologi, penghantaran dan
memberi tindak balas dalam masa terpendek.

Banyak negara membangun mengalu-alukan pelaburan dan modal asing.


Dengan ini, pasaran buruh menjadi lebih mobiliti dan mempunyai sifat
keantarabangsaan. Negara-negara di Asia Timur menjadi pemimpin
dalam industri pekerja-intensif. Brazil kaya dengan sumber asli dan
sedang membangun dengan pantasnya. Jerman mempunyai buruh mahir
dan teknologi. Semangat untuk mencapai keefisienan dalam operasi
perniagaan antarabangsa telah mendorang banyak negara untuk menjurus
pada pengkhususan. Hal ini telah membuat negara-negara Asia dan Latin
Amerika mencari serta menjaga kos pengeluaran terendah, sumber
tenaga, kadar inflasi, kadar cukai, dan regulasi perniagaan.

Keupayaan mengenal pasti serta menilai peluang strategik dan kelemahan


dalam persekitaran antarabangsa merupakan pra syarat kompetensi ahli
strategis. Tidak ada sempadan ilmu dalam mengurus perniagaan
antarabangsa. Banyak perbezaan wujud dalam bahasa, budaya, politik,
sikap dan ekonomi antara negera. Kewujudan, kedalaman serta
kepercayaan informasi ekonomi dan pemasaran bergantung kepada
amalan pengumpulan informasi tersebut di negara berkenaan. Begitu juga
wujudnya perbezaan dalam struktur industri, amalan perniagaan dan
objektif sesuatu organisasi.

163
Perbezaan antara operasi domestik dan antarabangsa yang memberi
kesan pada pengurusan strategik adalah seperti berikut:-

Faktor Operasi di Malaysia Operasi Antarabangsa

Bahasa Banyak menggunakan Bahasa tempatan mesti


bahasa Inggeris, Melayu digunakan dalam pelbagai
dan Cina situasi

Budaya Heterogeneous Di USA, Jepun, Korea


agak homogeneous
manakala di Europa dan
Australia adalah berbilang
bangsa

Politik Stabil Kadangkala tidak aman

Ekonomi Stabil Variasi luas antara negara


dan juga rantau

Campur tangan kerajaan Sederhana Dari kurang campur


tangan sehingga terlalu
pantas dalam perubahan

Buruh Dari kurang mahir ke pakar Pekerja mahir berkurangan


dan perlu latihan atau guna
kaedah lain
Kewangan Pasaran kewangan teratur Pasaran kewangan terlalu
dan ada kawalan modal lemah, ada yang
mempunyai pasaran
kewangan yang canggih

Penyelidik pasaran Data sukar dicari Data mudah diperolehi;


ada terlalu mahal untuk
dikumpul

Pengiklanan Banyak media, ada syarat Media terhad, banyak


tertentu kawalan, banyak saluran
media

Wang Dikawal. Urus niaga dalam Kawal kerajaan,


ringgit pertukaran mata wang
terbatas, guna US dolar

Transportasi Antara terbaik di dunia Dari terbaik hingga kurang


mempunyai asas
pengangkutan

Komunikasi Antara tercanggih di Asia Dari terbaik hingga kurang


mempunyai asas
komunikasi

164
(Sambungan)
Kawalan Mempunyai kawalan rapi Ada kawalan dari syarikat
dari syarikat induk induk; desentralisasi di
negara barat

Kontrak Setelah ditandatangani,


mesti dipatuhi. Masalah
boleh dirunding.

Hubungan buruh Jaga hubungan. Tidak Di US, pekerja mudah


boleh buang pekerja dibuang; di negara lain ada
dengan mudah. perlindungan

Halangan dagangan Wujud Dari tidak wujud sehingga


dilaksana dengan rapi

10.5 IMPAK DARI POLISI PERINDUSTRIAN

Kebanyakan negara membangun mempunyai polisi perindustrian yang


meliputi perkara berikut:-

(i) Subsidi kerajaan,


(ii) Promosi eksport,
(iii) Struktur semula industri,
(iv) Nasionalisme perniagaan, peraturan perniagaan baru,
(v) Pertukaran undang-undang cukai,
(vi) Perkenal standard pencemaran, dan
(vii) Mengadakan kuota import.

Dengan adanya polisi ini, mengenal pasti strategi tertentu bagi sesuatu
perniagaan merupakan cabaran yang mesti dihadapi oleh pihak
Multinational Corporation (MNC) asing berbanding dengan MNC
domestik.

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh firma domestik yang mempunyai
operasi antarabangsa ialah apabila negara menghadapi hutang nasional
dan antarabangsa. Apabila negara menghadapi hutang terlalu tinggi,
mereka sering menggunakan pendekatan mengurangkan import dan cuba
meningkatkan eksport untuk membayar hutang negara. Dengan polisi ini,
firma domestik yang mengeluarkan barangan untuk dieksport, akan
menghadapi masalah untuk mengimport barangan yang diperlukan.
Setiap kali negara berhutang berjaya meningkatkan eksportnya, firma dari
negara berhutang akan menerima tindak balas dari negara asing.

Antara sumbangan yang boleh diusahakan oleh ahli strategis perniagaan


dalam masalah perdagangan antarabangsa serta dapat mengukuhkan
kedudukan persaingan ialah dengan menjalin saluran komunikasi dengan
pihak kerajaan domestik dan antarabangsa. Biasanya ahli strategis
165
berhadapan dengan aliran perniagaan dan kewangan sedunia dan mereka
lebih arif dengan tahap masalah, kaitan dan impak masalah tersebut.
Dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada, mereka seharusnya
memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Negara juga
perlu mewujudkan satu kumpulan penasihat dan para kaunsel yang terdiri
daripada para strategis perniagaan antarabangsa, pembuat dasar dan
guaman bagi membincangkan perkara berkaitan perniagaan antarabangsa.

Strategis dalam firma multinasional perlu mengetahui polisi industri yang


terdapat di negara asing. Polisi industri berbeza antara setiap negara oleh
kerana setiap kerajaan akan membentuk polisi industri yang dapat
membentuk serta memperkembangkan ekonomi negara berkenaan.
Contohnya, polisi industri bagi negara Jepun dibentuk dengan kerjasama
rapat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta, sehingga sukar
diasingkan antara kerajaan dan swasta, seperti istilah Japan Inc., yang
dikaitkan pada kerajaan Jepun, terutama sekali Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri – Ministry of International Trade and Industry atau
MITI.

Firma multinasional selalunya menghadapi pelbagai risiko yang unik,


seperti rampasan aset, kerugian akibat dari turun naik kadar mata wang,
terjemahan kontraks dan perjanjian mengikut mahkamah asing,
pergolakan politik dan sosial, sekatan import dan eksport, tarif dan
sekatan perdagangan. Ahli strategis dalam firma multinasional mesti
sentiasa lengkap dengan pengetahuan terkini untuk menjadi kompetitif
secara global dan responsif secara nasional pada setiap masa. Dengan
peningkatan perdagangan sedunia, kerajaan dan badan berkanun sentiasa
memantau amalan perniagaan asing. Contohnya, terdapat pelbagai
takrifan “korupsi” dalam pelbagai amalan perniagaan oleh negara-negara
seperti Amerika Syarikat, Europe, dan Jepun. Antara isu sensitif ialah
sesetengah firma multinasional melanggar standard etika dan guaman
dalam negaranya sendiri tetapi amalan tersebut diterima oleh negara
asing.

Sebelum memasuki pasaran antarabangsa, firma mesti memantau media


yang relevan seperti jurnal dan laporan paten, mendapatkan nasihat dari
organisasi penyelidikan dan akademik, menyertai pameran dagangan
antarabangsa, mewujudkan rakan niaga, dan membuat penyelidikan
untuk meluaskan konteks serta mengurangkan risiko perniagaan apabila
memasuki pasaran baru.

10.6 GLOBALISASI

Globalisasi ialah proses integrasi aktiviti formulasi, implementasi, dan


penilaian strategi di peringkat dunia. Pemutusan strategik dibuat

166
berlandaskan impak keuntungan firma secara global dan bukan saja
tertumpu pada pasaran domestik atau pada sesebuah negara. Tujuan
strategi global adalah untuk mencapai keperluan pelanggan sedunia pada
nilai tertinggi dengan kos terendah. Hasrat ini boleh dilakukan dengan
memindahkan tempat pengeluaran pada tempat di mana kos sumber
manusia yang terendah atau berdekatan sumber asli yang terbanyak, atau
memindahkan pusat penyelidikan dan kompleks kejuruteraan berdekatan
dengan tempat yang mempunyai ramai ahli saintis dan jurutera, atau
pindahkan aktiviti pemasaran berdekatan dengan pasaran berkenaan.

Aktiviti strategi global termasuklah reka bentuk, mengeluar dan memasar


barangan yang mempunyai keperluan secara global daripada tertumpu
pada sesebuah negara. Aktiviti strategi global juga mengintegrasi pelan
tindakan untuk mengatasi persaingan secara global.

Terdapat pelbagai alasan kenapa pihak industri melakukan globalisasi.


Antaranya ialah berlakunya aliran perubahan menuju persamaan dalam
bentuk penggunaan, kewujudan pembeli dan penjual global, dan
transmisi wang serta maklumat secara spontan sekeliling dunia. Pelbagai
acara dunia telah berlaku yang memberi kesan pada pergerakan
globalisasi dan tertubuhnya pasaran global seperti tertubuhnya Kesatuan
Europa (European Union), keagamaan, sukan antarabangsa (Olimpik,
bola sepak sedunia), Bank Dunia, Pusat Dagangan Dunia, pelbagai
konferensi dan seminar antarabangsa, telekomunikasi, dan aliran
ekonomi sedunia.

Terdapat tiga faktor yang mendorong firma domestik melibatkan diri


dalam operasi antarabangsa:-

(i) Kematangan ekonomi di negara industrialis;


(ii) Kebangkitan pasaran dan arena perniagaan serantau;
(iii) Globalisasi sistem kewangan.

Evolusi dari sebuah firma domestik menjadi sebuah firma multinasional


boleh berlaku seperti berikut:-

167
Mula operasi eksport

Lakukan aktiviti pelesenan

Wujud wakil jualan luar negara

Bina kilang pengeluaran di luar negara

Wujud Jabatan Luar Negara di firma

Wujud beberapa Unit Niaga di luar negara

Multinational Corporation

Jelas sekali, firma domestik mempunyai pelbagai niat untuk menjadi


firma global. Contohnya, persamaan tahap pendapatan dan amalan
standadisasi telah membuat fesyen pakaian menjadi barangan universal.
Perlunya amortisasi pelaburan penyelidikan pada beberapa buah negara
telah membuat industri pengeluaran pesawat penerbangan menjadi
syarikat global. Memantau perkembangan sesebuah industri sekeliling
dunia adalah aktiviti terpenting dalam pengurusan strategi. Bagaimana
cara menggunakan sesuatu maklumat untuk kelebihan kompetitif firma
itu adalah yang paling penting sekali. Contohnya, pihak syarikat akan
mencari teknologi terbaik di serata dunia dan akan membuat pilihan yang
dapat memberi kejayaan terbesar. Apabila firma mereka bentuk sesuatu
produk, mereka akan membuat reka bentuk produk yang dapat
dipasarkan di seberapa banyak buah negara. Jika firma ingin
mengeluarkan produk, mereka mencari negara yang memberi kos
terendah, seperti Sri Lanka yang mengeluarkan tekstil, Malaysia
mengeluarkan elektronik dan Europa mengeluarkan mesin precision. Maka
dengan itu, kebanyakan syarikat Multinational Corporation (MNC)
mereka bentuk sistem pengeluaran yang dapat mengisi pasaran dunia.
Malahan, salah satu risiko tertinggi bagi sesebuah firma domestik ialah
masih bertahan sebagai firma domestik dalam industri yang pesat
menjadi global.

168
10.7 RUMUSAN
Kejayaan dalam perniagaan kini bergantung pada produk dan
perkhidmatan yang berkompetitif di peringkat pasaran dunia, bukan
sahaja di pasaran tempatan. Jika harga dan kualiti produk dan
perkhidmatan tidak berkompetitif dengan produk dan perkhidmatan
yang terdapat di tempat lain, maka firma berkenaan akan menghadapi
kesulitan berniaga. Pasaran global kini terdapat di serata pelosok dunia.
Negara yang baru merdeka juga telah dibanjiri dengan produk dan
perkhidmatan dari luar negara. Di Malaysia, masih terdapat kereta buatan
Jepun, Korea dan Amerika, walaupun Malaysia telah mengeluarkan
kereta buatan sendiri.

Budaya, dasar industri, usaha sama dan eksport adalah elemen terpenting
dalam proses pengurusan strategi bagi firma antarabangsa. Ada gambaran
bahawa pola ekonomi sedunia dan penggunaannya telah mula
menunjukkan kesamaan dan berhubung kait. Hanya perubahan dalam
politik dan ekonomi boleh memberi cabaran dan peluang pada firma-
firma. Untuk menentukan kejayaan dalam perniagaan, syarikat
perniagaan mesti mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang boleh
memberi hubung kait harga dan kualiti yang kompetitif, sama dengan
produk dan perkhidmatan yang terdapat di tempat lain.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bandingkan antara budaya dan amalan kerja di Amerika Syarikat


dan di Malaysia. Bagaimana perbezaan ini boleh memberi kesan
pada pengurusan strategi?

2. Apakah kebaikan dan keburukan memulakan perniagaan dengan


cara mengeksport produk ke negara asing?

3. Bagaimana Kesatuan Europa boleh memberi kesan pada firma-


firma Malaysia?

4. Adakah amalan Guanxi, Inhwa atau Wa boleh membantu dalam


pengurusan strategi?

5. Senaraikan strategi yang digunapakai oleh firma-firma Jepun


dalam perniagaan antarabangsa mereka.

169

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen25 halaman
    Bab 5
    fadli sidek
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen18 halaman
    Bab 4
    fadli sidek
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen20 halaman
    Bab 3
    fadli sidek
    Belum ada peringkat
  • Bab 6
    Bab 6
    Dokumen24 halaman
    Bab 6
    fadli sidek
    Belum ada peringkat
  • Bab 9
    Bab 9
    Dokumen18 halaman
    Bab 9
    fadli sidek
    Belum ada peringkat
  • Bab 4 PDF
    Bab 4 PDF
    Dokumen19 halaman
    Bab 4 PDF
    fadli sidek
    Belum ada peringkat