Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PENG MING

42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR. KOD


SEKOLAH : BBC1038

PERTANDINGAN BERCERITA

Tel : 03 - 31227154 Fax : 03 - 31227154

bbc1038@btpnsel.edu.my
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU DAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan

1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan

menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap

bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai

pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua

rakyat dalam satu wawasan. Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,

selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah untuk

melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi

memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia

Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peng Ming menganjurkan Pertandingan

Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Tahun 2022.

2.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pertandingan bercerita ini dijalankan

bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir

berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan.

1
3.0 TEMA

“Bahasa Jiwa Bangsa”.

4.0 MATLAMAT PERTANDINGAN

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu diharap dapat membimbing dan mempertingkat

pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan

dan kepersisan bahasa.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek.

Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan

Bahasa Melayu.

Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Melayu.

Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,

dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu.

6.0 Tarikh / Masa:

Latihan: sebelum 25 Mei 2022

Penyediaan dan penghantaran video: 16 Mei hingga 25 Mei 2022

Penghakiman: 25 Mei 2022

Penghantaran markah: 27 Mei 2022

7.0 Tempat

Rakaman video (dalam talian), penghakiman

2
8.0 Kategori Pertandingan:

Kategori A : 1K & 1M

Kategori B : 2K & 2M

Kategori C : 3K & 3M

9.0 Peserta

Setiap kelas sekurang-kurangnya DUA orang wakil

10.0 Isi Bercerita

Bebas, tetapi tidak boleh menyentuh isi-isu yang bersangkut dengan fahaman

politik, perkara sensitif antara agama dan kaum.

11.0 Peruntukan markah

11.1 Kelancaran dan kefasihan : 30%

11.2 Sebutan dan intonasi : 30%

11.3 Gaya : 20%

11.4 Isi : 30%

12.0 Peruntukan masa

Setiap murid hanya diberi lima minit untuk menyampaikan cerita atau bercerita.

Setiap 30 saat melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak satu markah.

(Sebaik sahaja peserta menyebut perkataan pertama, masa mula dikira).

13.0 Peraturan:

1.

2.

3.

3
4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

13.1. Semasa proses rakaman, peserta perlu memakai pakaian sekolah

seragam termasuk kasut sekolah.

13.2. Seluruh badan peserta (dari kepala hingga kaki) perlu berada di dalam

skrin.

13.3. Peserta bebas memilih sama ada menggunakan mikrofon atau tidak,

paling penting ialah suaranya harus sangat jelas dan jelas.

13.4. Peserta dilarang sama sekali membaca skrip. Sekiranya anda diketahui

melakukan demikan, anda akan hilang kelayakan.

13.5. Peserta perlu merakam dan menghantarnya kepada guru. Peserta dan

ibu bapa memilih video yang terbaik untuk menyertai pertandingan ini.

13.6. Keputusan semakan adalah keputusan muktamad.

14.0 Tugasan pengadil/hakim:

Tarikh akhir video: Sebelum 25 Mei 2022 (12:00 petang) disertai dengan nama,

kelas, tajuk dan skrip bercerita kepada guru matapelajaran masing-masing. Guru

akan hantar Whatsapp kepada ketua kumpulan (guru bahagian sebutan).

Para hakim dalam setiap kumpulan berunding dan meluangkan masa untuk

4
menilai pemenang secara dalam bersemuka pada 25 Mei 2022. Kemudian, ketua

kumpulan (guru bahagian sebutan) akan memberikan markah keseluruhan

kepada Cikgu Teuh bersama dengan gambar.

Tarikh akhir penyerahan keputusan: 27 Mei 2022.

15.0 Carta Organisasi Pertandingan Bercerita

BIL JAWATAN NAMA GURU


1 Pengerusi Puan Lee Phooi Sze
(Guru Besar)
2 Timbalan Pengerusi Puan Low Chew Ling
(Penolang Kanan Kurikulum)
4 Penyelaras Puan Teuh She Yin
(Penyelaras Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu)
5 Ketua Panitia Puan Teuh She Yin
6 Ahli Jawatankuasa Peralatan : Encik Tay Poh Boon
Jurugambar : Encik Khalis
Juruaudit : Puan Norfiza Binti Musa

16.0 Hakim-hakim

Hakim Kategori A : 1K & 1M

Bil Nama Guru Hakim


1 Encik Khalis Tuturan
2 Puan Norfiza bt Musa Sebutan
3 Cik Chua Hooi Hien Gaya
4 Cik Ngui Yeong Jie Isi

Hakim Kategori B : 2K & 2M

Bil Nama Guru Hakim


1 Puan Er Ka Ren Tuturan

5
2 Cik Tan Pei Boon Sebutan
3 Cik Teuh She Yin Gaya
4 Puan Norfiza bt Musa Isi

Hakim Kategori C : 3K & 3M

Bil Nama Guru Hakim


1 Cik Tan Pei Boon Tuturan
2 Cik Ngui Yong Jie Sebutan
3 Encik Tay Poh Boon Gaya
4 Encik Khalis Isi

17.0 Pemenang Pertandingan :

Kategori Tahun Pemenang

A 1K & 1M 3 orang pemenang


Johan
Naib Johan
Tempat Ketiga

B 2K & 2M 3 orang pemenang


Johan
Naib Johan
Tempat Ketiga
2 Hadiah Cemerlang

C 3K & 3M 3 orang pemenang


Johan
Naib Johan
Tempat Ketiga

6
18.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kategori Tahun Anggaran Perbelanjaan


A 1K & 1M
Johan, Naib Johan, Tempat RM 4.50 X 3
Ketiga
Jumlah RM 13.50
B 2K & 2M
Johan, Naib Johan, Tempat RM 4.50 X 3
Ketiga
Jumlah RM 13.50
C 3K & 3M
Johan, Naib Johan, Tempat RM 4.50 X 3
Ketiga
Jumlah RM 13.50
Jumlah Keseluruhan RM40.50

19.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan kewangan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah.

20.0 TARIKH TUTUP PENYERAHAN NAMA PESERTA DAN TAJUK

Sebelum 10 Mei 2022

(Selepas tarikh tutup penyerahan, pertukaran peserta dan tajuk tidak akan

diterima).

Kerjasama semua guru didahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

_________________ ________________ ______________

(TEUH SHE YIN) (LOW CHIEW LING) (LEE PHOOI SZE)

7
Penyelaras Pertandingan Penolong Kanan Kurikulum, Guru Besar,

Bercerita Bahasa Melayu, SJK (C) Peng Ming. SJK (C) Peng Ming.

SJK (C) Peng Ming.

8
9

Anda mungkin juga menyukai