Anda di halaman 1dari 2

PIBG SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI KAWANG,

28500 LANCHANG,PAHANG DARUL MAKMUR.


பெற்றோர் ஆசிரியர் சங்கம்,
சுங்கை கவாங் தோட்டத்தமிழ்ப்பள்ளி,
28500 லஞ்சாங், பகாங் டாருல் மக்மூர்.
TEL: 0193336995 email : CBD7097@moe.edu.my

JAYACHANDRAN A/L VARATHARAJU


NO.248 KAMPUNG SERTIK,
28610 KARAK,
PAHANG. 24 JULAI 2020

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBINA PONDOK PENGAWAL DAN MENURAP JALAN KE


SEKOLAH.

Kami wakil sekolah ingin memohon sumbangan dari Tuan untuk membina pondok pengawal
dan menurap jalan ke sekolah.

2. Untuk makluman tuan, SJKT Sg Kawang mempunyai pengawal keselamatan seramai 2


orang yang mengawal sekolah 24 jam. Walaubagaimanapun mereka tidak mempunyai sebuah
pondok pengawal. Mereka berdua duduk di garaj kereta dan kadangkala terpaksa duduk di
bawah tangga. Cuasa panas dan musim hujan menjadikan keaddan mereka lebih teruk.
Tambahan pula, mereka mesti sentiasa berada di pintu pagar masuk utama sekolah.
Pembinaan pondok pengawal akan memberi ruang dan keselesaan kepada para pengawal
dalam menjalankan tugas mereka. Ia juga akan menjamin kesejahteraan dan keselamatan
sekolah.

3. Jalan tanah yang menghala ke sekolah juga perlu diturap kerana keadaanya tidak sesuai
apabila kereta guru-guru, pegawai-pegawai dan ibubapa masuk ke kawasan sekolah. Walaupun
pihak ladang membaikinya tetapi ia perlu diturap dengan baik supaya ia selamat digunakan untuk
tempoh yang lama.
4. Sehubungan dengan itu, kami wakil sekolah sedang mencari sumbangan untuk
membiayai perbelanjaan tersebut. Kos untuk membina pondok pengawal dan menurap jalan ke
sekolah dianggarkan sebanyak RM 20 000. Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru tidak
mempunyai duit sebanyak itu. Kami berharap tuan akan mempertimbangkan permohonan kami
dan dapat menghulurkan sumbangan tersebut. Segala pertimbangan tuan, didahului ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(MUNIANDY A/L KRISHNAN)
Pengerusi PIBG
SJK(T) Ladang Sungai Kawang

Anda mungkin juga menyukai