Anda di halaman 1dari 3

KONSEP PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM

Oleh: Saidul Amin Usman

• Dahulu, dalam sejarah Melayu, sekolah dianggap satu tempat yang


mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk
dijadikan bekalan pada masa depan

• Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran


kepada empat tingkatan iaitu dari 1-7 tahun, 7-14 tahun dan 14 -21
tahun

• Tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal


penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik

AKHIR-AKHIR ini ini dunia pendidikan kita seakan-akan menangis melihat keadaan
pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak
mencerminkan keperibadian yang baik.

Ada bilik darjah yang dibakar, ada murid yang ingin membakar rumah gurunya dan
ada pula pelajar yang terbabit dengan jenayah. Gejala apakah ini?

Dahulu, dalam sejarah Melayu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana
pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa
depan.

Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang
anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula
dibakar oleh pelajarnya, guru yang semestinya dicontohi kini diburu.

Daripada hati kecil kita timbul persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di
kalangan pelajar kita hari ini?

Lalu mengapa pula terjadi peningkatan perbuatan negatif oleh generasi muda kita?
Siapakah yang bersalah? Orang tua, guru atau pelajar itu sendiri?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, elok kita cuba merenung dan mendalami
bagaimana sistem pendidikan anak yang diajarkan dalam Islam.

Sebelum kelahiran:

Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya: "Didiklah anak kamu
100 tahun sebelum dia dilahirkan." Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna
falsafah yang dalam sebab ungkapan 'seratus tahun sebelum lahir' ini bermakna jauh
sebelum anak itu dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini.

Apa maknanya? Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang
tuanya mempengaruhi sifat serta perilaku anak-anak yang akan dilahirkan. Ertinya,
perbuatan dan sikap orang tua sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan
fizikal dan mental bayi yang akan dilahirkan.

Di antara pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w. di atas sebenarnya
memiliki kesesuaian dan sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak `seratus

1
tahun sebelum lahir' dalam hadis Rasul adalah dengan cara mendidik diri setiap
orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan
meninggalkan semua bentuk maksiat.

Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam salah satu syair: "Kaifama takun
yakun abna'aka" yang bermakna bagaimana kamu hari ini, begitu pulalah
anak-anakmu pada masa hadapan.

Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan
dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-
anak mereka.

Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya akan mewariskan harta kepada
anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.

Berdasarkan hal di atas, maka wajarlah Rasulullah s.a.w. mengingatkan setiap orang
yang akan bernikah supaya jangan salah memilih pasangan.

Dan Rasulullah memberikan empat alternatif bagi setiap muslim dalam memilih
jodoh - kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya. Akan
tetapi Rasulullah menasihati agar mengahwini seseorang wanita itu berdasarkan
agamanya.

Setelah kelahiran:

Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat
tingkatan, iaitu:

Pertama: umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi clan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan
sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih
sayang.

Kedua: umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah memerintahkan kita untuk
mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan memerintahkan
mereka untuk mengerjakan solat.

Bahkan apabila umurnya sudah 10 tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya
apabila enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7- 14
tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah
seorang anak.

Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang Muslim atau
Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya
bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang
akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Ketiga: umur 14-21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman
disiplin dengan cara yang agak keras kepada cara rasional.

Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat
dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan
diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah.

2
Hal ini penting agar anak berasa dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa
sehingga sudah mesti mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat: umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan
anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya
dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau
terlupa.

Dalam kehidupan kita selaku Muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajarkan oleh
Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya
sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sampai berumur 14 tahun dan baru
mula mengajar dan menyuruhnya solat pada umur 15 tahun sehingga mereka bukan
saja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh
sembahyang.

Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat,
maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan?

Pada hal hakikat solat mampu mencegah seseorang. untuk tidak melakukan
perbuatan keji dan mungkar.

Dengan kata lain, dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan
oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya
pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang
berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang
menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat
umur clan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh
orang tuanya dari segi hak-hak tertentu.

Natijah dari sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan
menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari
ketenangan di luar rumah.

Persekitaran

Dalam !slam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak
sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan
diduduki. Sebab jiran yang baik lebih mulia daripada saudara-mara yang jauh.

Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal
di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk
sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik.

Sebagai kesimpulannya, pendidikan anak mestilah dimulakan dari pendidikan diri


orang tua sendiri dan ia bermula di rumah.

Kedua, kita perlulah menghayati peringkat yang diajarkan oleh Rasulullah dalam
pendidikan anak-anak. Dan ketiga, pilihlah persekitaran yang baik untuk anak-anak.

Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik dari segi keadaan fizikal tapi
juga baik dari segi mental dan kehidupan beragama

Berita Harian, Selasa 15 Ogos 2000