Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD HAFIZ HAKIM BIN ROSLI

TUTORIAL 1

Terdapat sebilangan besar murid sekolah yang kurang menguasai kesantunan dalam berbahasa.
Dengan demikian berlakulah kesilapan penggunaan kata ganti nama diri yang melibatkan guru di
sekolah terutama dalam kalangan murid bukan Melayu. Nyatakan pendapat anda dalam penulisan
esei antara 50 hingga 100 patah perkataan. Lampirkan pada Google Classroom.

Pada pendapat saya, kesantunan bahasa dan kesilapan penggunaan kata ganti nama
diri di kalangan murid sekolah merupakan masalah yang perlu diperhatikan dan diberikan
perhatian yang sangat serius. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah
disebabkan kelainan latar belakang anak murid itu sendiri. Misalnya, murid yang merupakan
masyarakat Melayu tulen akan lebih memahami tentang apa yang diajarkan oleh guru mereka
berbanding masyarkat cina yang perlu mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu
yang diajarkan seperti kata ganti nama diri, Selain itu, disebabkian oleh factor persekitran.
Misalnya, masyarakat yang tinggal di negeri Kuala Lumpur lebih menggunakan perkataan
“kami” bagi mengambarkan diri sendiri berbanding penggunaan perkataan “saya”. Masalah ini
akan terus berlaku sekiranya para ibu bapa tidak menggunakan Bahasa Melayu yang baku
apabila bercakap dengan anak mereka di rumah.

TUTORIAL 2

Sifat merendah diri juga boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menilai tahap
kesantunan seseorang. Cadangkan tindakan yang akan anda ambil apabila berhadapan
dengan orang sombong.

Tindakan yang akan saya ambil apabila berhadapan dengan orang sombong ialah :

1. Tetaplah Bersikap Baik

Menurut islam, cara menghadapi orang sombong adalah dengan tetap bersikap positif dan tidak
membiarkan emosi mempengaruhi diri. Selalulah berpikiran positif dan memperbanyakkan
bersabar agar diri kita sentiasa tenang apabila berhadapan dengan orang yang sombong.

Sebagai seorang muslim, tiada sebab untuk kita menjadi sombong di dunia ini. Jika sombong
dibalas dengan kebaikan akan timbul rasa malu pada seorang yang sombong tersebut.
2. Hadapi Kesombongannya dengan Senyuman

Orang yang sombong akan berusaha untuk membuat orang lain terlihat rendah dan tidak ada
apa yang boleh dibandingkan dengan dirinya. Oleh itu, sekiranya merasakan orang sombong di
sekitar yang ingin menjatuhkan kita, tetaplah hadapi dengan senyuman dan bersikaplah seperti
kita sama sekali tidak mengendahkan tindakannya.

Ketika orang sombong merasa perlakuannya tidak berkesan. Pada waktu itulah, orang yang
rasa sombong akan menyesal atas perbuatannya.

3. Tegur dengan sopan

Tegur dengan nada yang lembut atau diajak berbicara dari hati ke hati. Beritahu kepada
mereka bahawa sifat tersebut akan merugikan mereka sendiri karena dapat membuat orang
lain tidak ingin berkawan dengan mereka. Jangan pernah menegur ketika ada di depan umum.

Anda mungkin juga menyukai