Anda di halaman 1dari 2

Tema : Bunga

Skip Drama Kanak-kanak

Tajuk : Bunga Mawar yg megah

Pencerita 1 : Pada zaman dahulu kala, di sebuah hutan terdapat sebatang pokok
bunga mawar yang tumbuh cantik dan wangi. Oleh itu, bunga mawar sangat angkuh dan
megah diri. Dia juga jijik dengan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Pencerita 2 : Pada suatu hari, seorang pemburu membawa sepohon kaktus lalu
menanamnya di sebelah bunga mawar. Sejak itu bunga mawar memusuhi pokok kaktus
kerana rupanya yang hodoh dan penuh duri.

Bunga Mawar : “Jijiknya! Kenapalah pemburu itu membawa dan menanam kau di
sebelah aku. Kau merosakkan kecantikan dan reputasi aku”. (Berkata dengan nada kuat dan
angkuh)

Pencerita 1 : Bunga Mawar sangat marah dengan pokok kaktus. Dia yang dulu
cantik sekarang kelihatan buruk dengan kehadiran pokok kaktus di sebelahnya.

Pencerita 2 : Pokok kaktus hanya mendiamkan diri walaupun terasa hati dengan
kata-kata bunga mawar. Dia mengakui yang bunga mawar sangat cantik dan harum. Oleh itu,
dia membiarkan sahaja bunga mawar memarahinya tanpa berbuat apa-apa.

Pencerita 1 : Pada suatu hari, musim kemarau telah tiba. Hutan yang dulunya hijau,
kini menjadi keperangan. Rumput dan tumbuh-tumbuhan sudah layu. Daun-daun juga gugur
ke tanah. Tanah pula merekah dan kering. Bunga mawar yang dulunya cantik kini menjadi
layu kerana kepanasan yang melampau. Namun, pokok kaktus tidak terkesan langsung oleh
perubahan cuaca itu.

Bunga Mawar : “Tolonglah aku kaktus. Aku terlalu haus dan letih. Berilah aku sedikit
air. Aku minta maaf sebab selalu memarahi dan merendahkan kau. Tolonglah”.

Pencerita 2 : Akhirnya bunga mawar merayu kepada pokok kaktus yang sangat
dibencinya itu. Rupa-rupanya, di sebalik rupa hodoh pokok kaktus, dia mempunyai kelebihan
iaitu tahan panas.
Pencerita 1 : Pokok kaktus tersenyum. Dia tidak berdendam cuma ingin bunga
mawar belajar dari kesilapannya.

Pokok Kaktus : “Baiklah mawar. Aku akan berikan. Cuma satu sahaja pesananku.
Jangan menilai sesuatu dari rupanya kerana disebalik itu, tiada siapa yang tahu”, (lalu, pokok
Kaktus memberikan air kepada bunga mawar).

Pencerita 2 : Bunga mawar kembali segar. Sepanjang musim kemarau, dia banyak
bergantung kepada pokok kaktus dan mereka mula bersahabat baik. Setelah musim kemarau
habis, bunga mawar tetap bersahabat dengan pokok kaktus tanpa mengungkit tentang
rupanya lagi. Akhirnya, bunga mawar sedar bahawa setiap sesuatu mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai