Anda di halaman 1dari 2

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

[KES NO: 1/1-1105/22]

DI ANTARA

ABDULLAH SHAKIRIN MOHD YA’ACOB

DENGAN

GET INFINITE HOLDINGS SDN BHD

AWARD NO. 329 TAHUN 2023

DI HADAPAN : YA PUAN INDRA NEHRU SAVANDIAH -


YANG DIPERTUA

ENCIK ISMAIL BIN ALI - PANEL PEKERJA

ENCIK ABDULALIM BIN ZAKARIA -


PANEL MAJIKAN

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur

PEMFAILAN BORANG S : 08.07.2022

TARIKH SEBUTAN : 02.08.2022, 07.09.2022, 19.10.2022, 10.11.2022,


14.12.2022, 17.01.2023

TARIKH BICARA : 13.02.2023

PERWAKILAN : Bagi pihak pengadu - Abdullah Shakirin Mohd


Ya’acob

Bagi pihak responden - tidak hadir

AWARD

Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan di bawah seksyen 56(1) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 dalam Borang S yang difailkan pada 08.07.2022 di bawah
Peraturan 24A Peraturan Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan No. Kes: 22/4-127/21

1
(No. Award: 360 Tahun 2022) yang diperturunkan pada 03.03.2022 di antara Abdullah
Shakirin bin Mohd Ya’acob dengan Get Infinite Holdings Sdn. Bhd..

[2] Satu aduan telah difailkan oleh Pengadu terhadap peruntukan di dalam Award
berkenaan tidak dipatuhi oleh pihak Responden di mana Mahkamah telah mengarahkan
Responden untuk membayar Pengadu jumlah sebanyak RM105,060.00 (setelah tolakkan
statutori dibuat, jika ada) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.

[3] Pengadu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak Responden telah gagal
mematuhi Award tersebut dan tiada pembayaran dilakukan sehingga hari ini. Pengadu
memohon agar pihak Responden mematuhi Award tersebut.

[4] Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah membuat perintah di bawah Seksyen


56(2)(a)(i) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengarahkan Responden mematuhi Award
tersebut dan membayar Pengadu jumlah sebanyak RM105,060.00 dalam tempoh 30 hari
dari tarikh Award ini.

DITURUNKAN DAN BERTARIKH 16 FEBRUARI 2023

(INDRA NEHRU SAVANDIAH)


YANG DIPERTUA
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai