Anda di halaman 1dari 3

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO. KES : 1/1–649/21

DI ANTARA

JOLENE LEE MIAO CHI

DENGAN

IFLIX SDN. BHD.

NO. AWARD : 1017 TAHUN 2023

DI HADAPAN:

YA PUAN INDRA NEHRU SAVANDIAH – YANG DIPERTUA

EN. SYED MUHAMMAD DANIAL BIN


SYED ABDUL HALIM – PANEL PEKERJA

EN. SELVENDRAN A/L SILVARAJOO – PANEL MAJIKAN

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia,


Kuala Lumpur.

PEMFAILAN BORANG S : 01.03.2021.

TARIKH SEBUTAN : 06.04.2021, 13.07.2021, 02.08.2021,


26.08.2021, 07.09.2021, 20.12.2021,
04.04.2022, 14.06.2022, 09.08.2022,
03.10.2022, 01.12.2022, 19.12.2022,
27.02.2023.

TARIKH BICARA : 12.04.2023.

PERWAKILAN : Encik Joseph Yeo


Tetuan Joseph Yeo
Peguam pihak Pengadu

Cik Vanessa Yeong Yen Zan


Tetuan Justin Faye & Partners
Peguam pihak Responden
AWARD

[1] Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan

di bawah seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam

Borang S yang difailkan pada 01.03.2021 di bawah Peraturan 24A

Peraturan Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan No. Kes: 4/4-1731/19

(No. Award: 73 Tahun 2021) yang diperturunkan pada 21.01.2021 di

antara Jolene Lee Miao Chi dengan Iflix Sdn. Bhd..

[2] Satu aduan telah difailkan oleh Pengadu terhadap peruntukan di

dalam Award berkenaan tidak dipatuhi oleh pihak Responden di mana

Mahkamah telah mengarahkan Responden untuk membayar Pengadu

jumlah sebanyak RM180,000.00 setelah tolakkan statutori dibuat, (jika

ada) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.

[3] Pengadu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak

Responden telah gagal mematuhi Award tersebut dan tiada pembayaran

dilakukan sehingga hari ini. Pengadu memohon agar pihak Responden

mematuhi Award tersebut.

2
[4] Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah membuat perintah di

bawah Seksyen 56(2)(a)(i) Akta Perhubungan Perusahaan 1967

mengarahkan Responden mematuhi Award tersebut dan membayar

Pengadu jumlah sebanyak RM180,000.00 (setelah tolakkan statutori

dibuat, jika ada) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award tersebut.

[5] Peruntukan di bawah Seksyen 56(3) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 juga terpakai kepada Responden yang tidak mematuhi

perintah Mahkamah ini.

DITURUNKAN DAN BERTARIKH 27 APRIL 2023

-t.t-

( INDRA NEHRU SAVANDIAH )


YANG DIPERTUA
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai