Anda di halaman 1dari 8

SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh : 23 MAY 2023


Rujukan : ER/2023/CFS/0016

Jabatan: ELSARANA RESOURCES

MOHAMAD RAIZI BIN DAUD


Kampung Luagan 98800
Sundar, Sarawak.
Tuan,

SURAT PELANTIKAN UNTUK PERKHIDMATAN SEBAGAI CLEARING DI ELSARANA RESOURCES

Kami dengan sukacitanya melantik anda sebagai tukang tebas dan clearing creepers secara
KONTRAK PERKHIDMATAN pada 19 June 2023 sehingga 31 Januari 2024 (1 Tahun) di PIBU
Lawas Tingkat 1, Lot 490, Sublot 8, 98850 Lawas, Sarawak.

1. SKOP KERJA
1.1 Tuan dikehendaki untuk melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah ini:
- Kerja-kerja menebas dan membuang tumbuhan menjalar di sekitar tiang
elektrik
- Menebas rumput dan membuang tumbuhan yang ada disekitar substation
seperti dalam arahan kerja

Page 1
2. BALASAN
2.1 Bayaran yang perlu dibayar oleh Elsarana Resources kepada pihak anda untuk
Perkhidmatan tersebut (selepas ini di sebut sebagai “Caj Perkhidmatan “) adalah
seperti yang tertera dibawah:
2.1.1 Jumlah bayaran adalah sebanyak Lima Puluh Lapan Ringgit Malaysia
(RM58.00) untuk Satu Hari dan Tujuh Ringgit Dua Puluh Lima Sen Sahaja
(RM7.25) untuk Satu Jam. Bayaran akan dijelaskan setiap akhir bulan
berdasarkan Perkhidmatan tersebut yang dilakukan oleh pihak anda untuk
bulan tersebut.
2.1.2 Pihak-pihak mengakui bahawa anda adalah bukan orang yang dikenakan cukai
di bawah Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014 dan dengan itu, bersetuju
bahawa cukai barangan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan ke atas
Perkhidmatan tersebut di bawah surat perlantikan ini.
2.1.3 Bayaran harian terkumpul akan dijelaskan setiap 01 sehingga 07 haribulan dan
akan dijelaskan pihak Tuan setelah disahkan, terus ke akaun pihak Tuan seperti
yang di bawah ini:
NAMA : MOHAMAD RAIZI BIN DAUD
NAMA BANK :
NO. AKAUN :

3. OBLIGASI
3.1 Pihak Tuan berakujanji akan melaksanakan Perkhidmatan tersebut dengan
sempurna dan mengikut standard perkhidmatan yang diiktiraf oleh Elsarana
Resources.
3.2 Sepanjang melakukan Perkhidmatan tersebut, pihak anda mestilah sentiasa
mematuhi peraturan-peraturan dan arahan dari Elsarana Resources.

Page 2
4. TANGGUNGAN DAN KOS GANTI RUGI
4.1 Pihak Encik hendaklah menanggung rugi Elsarana Resources untuk segala
liabiliti, tuntutan, gantirugi dan/atau kehilangan yang dialami/ditanggung oleh
Elsarana Resources yang disebabkan oleh pelanggaran terma-terma dan/atau
waad di dalam surat perlantikan ini oleh pihak anda.

5. PENAMATAN PELANTIKAN
5.1 Elsarana Resources berhak untuk menamatkan pelantikan ini pada bila-bila
masa dengan memberi notis empat belas hari (14) hari kepada pihak anda.
5.2 Sekiranya pelantikan ini ditamatkan mengikut perenggan 6.1 di atas, Elsarana
Resources tidak mempunyai obligasi untuk membayar pihak anda sebarang
pampasan kecuali bayaran yang perlu dibayar bagi Perkhidmatan tersebut yang
telah dilaksanakan dengan sempurnanya oleh pihak anda.
5.3 Pihak anda bersetuju bahawa tidak akan menuntut sebarang kerugian,
perbelanjaan, ganti rugi, kehilangan keuntungan atau kerugian secara langsung
atau tidak langsung yang ditanggung disebabkan oleh penamatan pelantikan ini.
5.4 Pihak anda perlu memberi notis 14 hari sebelum berhenti dan menamatkan
perkhidmatan

6. PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
6.1 Perjanjian ini hendaklah sentiasa tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-
undang semasa Malaysia.

7. PERTIKAIAN DAN SALAH FAHAM


7.1 Apa-apa pertikaian dan salah faham di antara pihak-pihak hendaklah
pertamanya dirujuk kepada wakil dari Elsarana Resouces dan pihak anda yang
akan berjumpa dan berusaha untuk menyelesaikan pertikaian dan salah faham
tersebut dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pertikaian dan salah faham
tersebut secara aman damai.

Page 3
8. ALAMAT SURAT-MENYURAT
8.1 Sebarang surat-menyurat dan sebarang bentuk notis termasuk apa-apa notis
atau apa-apa kertas kausa undang-undang mengenai surat perlantikan ini
hendaklah diserahkan melalui pos berdaftar atau serahan tangan atau secara
faksimili kepada alamat-alamat berikut:

Pihak Kami : Elsarana Resources


PIBU Lawas, Tingkat 1, Lot 490 Sublot 8,
98850 Lawas, Sarawak.
Untuk Perhatian : En Durahman Bin Hassin
No. Telefon : 012-8766289
Pihak Anda : Mohamad Raizi Bin Daud
Kampung Luagan Sundar
98800 Lawas Sarawak
No. Telefon : 011-1200 8423

9. PENUKARAN ALAMAT
9.1 Jika berlaku pertukaran alamat pada mana-mana pihak, maka pihak tersebut
hendaklah memberitahu pihak yang satu lagi dalam tempoh empat belas hari
(14) hari dari tarikh pertukaran alamat dan surat menyurat di antara kedua-dua
pihak. Sekiranya tidak ada pemberitahuan oleh mana-mana pihak seperti yang
dinyatakan dalam perenggan ini, apa-apa notis yang dialamatkan kepada alamat
dibawah perenggan 10 adalah sah dan berkuatkuasa di bawah surat perlantikan
ini.

Page 4
10. HAK MEMBUAT PINDAAN PERJANJIAN
10.1 Pindaan kepada surat perlantikan hendaklah dibuat secara bertulis dengan
persetujuan oleh pihak-pihak dalam surat perlantikan ini. Pindaan surat
perlantikan ini hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian surat
perlantikan ini.

11. PENYERAHAN HAK PELANTIKAN


11.1 Penyerahan hak surat pelantikan ini boleh dilakukan dengan persetujuan
bertulis pihak-pihak. Walau bagaimanapun, hanya makluman bertulis kepada
pihak anda diperlukan sekiranya penyerahan hak surat perlantikan ini dilakukan
oleh Elsarana Resources kepada syarikat yang berkaitan dengan Elsarana
Resources.

12. KERAHSIAAN
12.1 Semasa tempoh pekerjaan anda dan untuk tempoh satu (1) tahun selepas
penamatan tempoh pekerjaan anda, anda akan berusaha untuk merahsiakan
secara keseluruhan mengenai perniagaan syarikat yang anda ketahui secara
langsung atau tidak langsung, yang tidak terhad hanya kepada hal ehwal,
kewangan, pelanggan dan data pelanggan atau hubungan perdagangan Syarikat
dan mana-mana berkaitan atau gabungan Syarikat.
12.2 Anda juga berjanji dan mengaku tidak akan mendedahkan kepada orang luar,
atau orang yang lain yang tidak berkaitan, hal-hal yang menjadi pengetahuan
anda dalam kedudukan anda sebagai pekerja di Syarikat atau hubungan anda
dengan mereka yang berurusan dengan anda, affliasi atau pembekal atau
pembelinya.

Page 5
12.3 Anda juga berjanji dan mengaku tidak akan pada bila-bila masa, semasa
melaksanakan pekerjaaan anda di Syarikat ini, atau dalam tempoh satu (1)
tahun selepas penamatannya, sama ada tindakan anda sendiri atau melalui
mana-mana orang, firma atau Syarikat meminta, menganggu atau berusaha
menarik mana-mana orang dari mana-mana bahagian syarikat, mana-mana
orang, firma atau Syarikat, yang pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut
adalah atau telah menjadi pekerja atau pembekal Syarikat atau mana-mana
Syarikat bersekutu untuk diambil bekerja.

Page 6
Surat ini diserahkan kepada anda dalam tiga salinan. Sila kembalikan surat asal dan
satu salinan, yang sudah ditandatangan dengan bersaksi di mana dinyatakan, kepada
Elsarana Resources.

Terima Kasih.

Yang benar,
Elsarana Resources

______________________________
Durahman Bin Hassin
PENGURUS BESAR

s.k. (Jabatan Sumber Manusia)

Page 7
AKUAN PENERIMAAN

Individu bertandatangan di bawah dengan ini memperakui penerimaan surat perlantikan


ini bertarikh : ……………………………….. dan satu salinan yang mana telah disimpan dan
bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini.

_________________________________
NAMA :
NO KP :
TARIKH :

_________________________________
SAKSI
NAMA :
NO KP :
TARIKH :

Page 8

Anda mungkin juga menyukai