Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN PROJEK

PENDIGITALAN: PENULISAN MESRA SEO DI


WEBSITE
Untuk ABS Edu Solutions Sdn Bhd

PENERANGAN PROJEK
SEO, atau Search Engine Optimization adalah pengoptimuman enjin carian. Umumnya di Malaysia, enjin carian yang
sangat sinonim dengan kita adalah enjin carian Google (Googe Search Engine). Dengan penggunaan katakunci SEO
yang paling hampir dan optimum, ia akan dapat membantu membawa jenama atau brand usahawan dengan lebih
jauh. Malah, penulisan di website yang mempunyai SEO dengan kualiti yang tinggi bertahan lebih lama di platform
digital kerana penulisan yang paling optimum boleh berada di antara ranking teratas mukasurat carian Google dalam
tempoh masa yang lama. Lebih lama sesebuah artikel berada di mukasurat ini, lebih mudah pengguna internet
mengenali jenama usahawan.

ABS Edu Solutions Sdn Bhd memerlukan servis untuk membantu menaikkan lagi brand awareness serta kredibiliti
produk atau servis mereka di laman carian google di dalam platform digital bagi tujuan ini. Terdapat pelbagai Teknik
SEO yang ada, namun bagi usahawan tadika Islam ini yang sudah ada website dengan domain tersendiri
(tadikaabs.com), Perunding Geran MARA Lunaworks Consultancy mencadangkan untuk mengambil servis penulisan
Blog Writing serta Blog Review kerana dengan kewujudan sedia ada website, memadailah untuk menggunakan Teknik
On-site SEO untuk penulisan artikel di website mereka serta Teknik Backlinking dengan menulis di platform berbeza
dengan katakunci SEO yang sama di portal mereka.

Hal ini adalah untuk memvariasikan juga blog artikel yang sedia ada di website mereka dan secara tidak langsung
membuatkan kepercayaan prospek lebih tinggi terhadap kredibiliti bisnes kita. Ianya bagaikan testimonial bertulis
apabila adanya tulisan berkaitan dengan kita di blog website yang lain. Antara cadangan platform untuk tujuan servis
Blog Review adalah lunastory.com, ceritamalaysia.com serta lunatots.com.

Objektif

 Objektif #1: mengkaji katakunci carian Google yang mesra SEO dengan niche jenama ABS Edu Solutions Sdn
Bhd (Tadika ABS)
 Objektif #2: [Blog Writing Service] menulis dengan katakunci SEO yang dipilih tadi di platform website usahawan
tadikaabs.com (Teknik On-site SEO)
 Objektif #3: [Blog Review Service] menulis dengan katakunci SEO yang sama di beberapa platform blog yang lain
bagi menaikkan lagi tulisan usahawan di website mereka tadikaabs.com.

Peluang

 Goal #1: Mendapatkan 10 katakunci tajuk artikel penulisan di blog yang mesra SEO
 Goal #2: Menulis 10 artikel blog dengan katakunci mesra SEO tadi di platform tadikaabs.com
 Goal #3: Menulis reviu sebanyak 10 artikel blog dengan katakunci mesra SEO tadi di platform lunastory.com,
ceritamalaysia.com serta lunatots.com.

1
Solusi
Bagi mengukur tahap keberkesanan dalam mencapai objektif yang telah disenaraikan tadi, Audience Overview adalah
kayu pengukur terbaik kerana ianya umum digunakan untuk mengukur pencapaian sejauh mana penerimaan jenama
usahawan tersebut. Malah, ia juga sering menjadi asas untuk perbandingan kayu pengukur lain seperti peratusan
Entrance per Pageviews dan sebagainya.

Selain Views, Average Engagement Time juga pengukur yang bagus untuk mengukur Engagement setiap Viewers
penulisan tersebut dan seterusnya mengatur staregi pemasaran berikutnya mengikut minat tadi (berapa lama purata
masa yang diambil bagi pembaca.membaca artikel tersebut).

Call-to-Action (CTA) juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam artikel yang ditulis. Dalam perniagaan atau
pemasaran, CTA menggunakan ayat yang digunakan dalam konten untuk menarik target audience atau prospek untuk
mengambil tindakan susulan. Untuk jenama usahawan Tadika ABS, Lunaworks mencadangkan agar usahawan akan
memberikan kelas membaca percuma. Tujuan utama adalah untuk mengumpul database prospek bagi tujuan
pemasaran di masa hadapan. Tools yang akan digunakan untuk mengumpul database adalah dengan penggunaan
Google Form yang mana, link untuk borang pendaftaran kelas percuma tersebut disertakan di dalam CTA.

Berikut merupakan cadangan Solusi bagi Objektif projek pula:

 Cadangan #1: pencarian katakunci mesra SEO menggunakan tools seperti Google Autocomplete, Google Trends,
Google Related Searches dan sebagainya, mengikut kesesuaian.
 Cadangan #2 & #3: memuatturun SEO plugins for Optimization serta Analytic plugins yang sesuai dan akan
ditentukan kemudian di website milik usahawan bagi tujuan laporan untuk optimasikan penulisan serta Audience
Views.

OUR PROPOSAL

Execution Strategy
Pengalaman Lunaworks di dalam beberapa projek Geran BASE MARA sebelum ini serta barisan penulis blog SEO
yang berpengalaman menjadikan strategi yang disusun adalah tahan gagal (failproof).

Berikut merupakan beberapa penerangan untuk setiap pendekatan kertas cadangan kami bagi menjayakan projek ini.

Timeline for Execution

Key project dates are outlined below. Dates are best-guess estimates and are subject to change until a contract is
executed.

Description Start Date End Date Duration

Kick-off Meeting (1st Meeting) - Confirm Seawal mungkin Seawal mungkin 1 hari
keyword

Keyword 1 6 Jun 2022 17 Jun 2022 14 hari

Keyword 2 6 Jun 2022 17 Jun 2022 14 hari

Keyword 3 20 Jun 2022 1 Julai 2022 14 hari

Keyword 4 20 Jun 2022 1 Julai 2022 14 hari

2
Keyword 5 4 Julai 2022 15 Julai 2022 14 hari

Keyword 6 4 Julai 2022 15 Julai 2022 14 hari

Keyword 7 18 Julai 2022 29 Julai 2022 14 hari

Keyword 8 18 Julai 2022 29 Julai 2022 14 hari

Keyword 9 1 Ogos 2022 12 Ogos 2022 14 hari

Keyword 10 1 Ogos 2022 12 Ogos 2022 14 hari

Submission to MARA

Supplied Material
Berikut merupakan antara senarai perkara yang penulis perlukan dari usahawan bagi menjayakan projek ini:

Materials to be supplied by Client’s Company Due Date*

Subject Matter Expert (SME): jawapan untuk pertanyaan dari penulis berkaitan dengan topik 3 hari
setiap artikel

Gambar dan video berkaitan (mengikut artikel) (acceptable quality format) 3 hari

*Kelewatan dari pihak usahawan mungkin akan menjejaskan garis masa yang ditetapkan dan keberkesanan penulis untuk menulis dengan lebih baik

EXPECTED RESULTS
Berikut merupakan beberapa demonstrasi dan projek penulisan Lunaworks sebelum ini bagi menunjukkan kredibiliti
penulis:

Demonstrasi Pencarian Katakunci SEO (SEO Keyword Research)

Hasil carian keywords research dengan


Google Autocomplete menunjukkan carian
terbanyak yang dilakukan untuk “tadika
islam terbaik” adalah lebih terarah kepada
lokaliti. Jadi, cadangan untuk salah satu
keyword artikel adalah “Tadika Islam
Terbaik Gombak” mengikut keputusan ini
memandangkan memang ada Tadika ABS
disana.

3
Past Results
“Klinik Gigi Klang Murah” – halaman pertama Google Engine Search (9 Mei 2022) untuk platform website klien serta
blog review di website

4
Berikut adalah contoh analytics report yang dimuat turun untuk klien tersebut sekitar awal penulisan (bulan Oktober
2021).

PRICING
Sila rujuk Lampiran Sebutharga Lunaworks yang disertakan sekali sebelum ini yang bernilai RM11,500 (nombor
rujukan Q/200122/01/CN).

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai