Anda di halaman 1dari 3

Indah berbalam si awan petang,

Dipuput bayu ke pohon ara,


Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara..

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah ..


Yang dihormati wakil penceramah kita pada petang ini,ketua
guru, barisan pendidik serta rakan-rakan yang disayangi
sekalian.
Sebelum majlis dimulakan, marilah sama sama kita menadah
tangan dengan bacaan doa oleh ustz zakwan, dipersilakan....
-
Amin amin yarabbal alamin, terima kasih diucapkan.
Hadirin sekalian
Umum mengetahui, pada tanggal 29 Jun ini, umat Islam akan
menyambut Hari Perayaan Aidul Adha di mana pada bulan ini
umat Islam akan ke Mekah untuk mengerjakan Rukun Islam
keLima iaitu Ibadah Mengerjakan Haji.
Oleh itu pada hari ini, pihak Kafa telah menjemput
penceramah, Ustaz Abdul Fattah bin Muhd Yusuf yang bukan
calang-calang orangnya, untuk memberikan ilmu dan
pengalaman beliau tentang ibadah yang penting bagi umat
Islam ini.
Dengan berbesar hatinya, majlis menjemput ustaz abdul
fattah,
Alhamdulillah, selesailah sudah penerangan yang cukup jelas
dan bermanfaat oleh Ustaz Fattah itu sebentar itu tadi. Saya
yakin dan pasti ilmu yang telah dicurahkan ini pasti akan
berguna sewaktu kami berpeluang menjadi tetamu Allah
suatu hari nanti.

Oleh itu,
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul
Fattah atas kesudian meluangkan masa bersama kami.
Hadirin sekalian,

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah pelajar, membawa ilmu,
Binalah bangsa, jagalah agama.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Berat hati untuk saya lepaskan, namun masa telahpun


mencemburui kita, izinkan saya melabuhkan tirai majlis..
Ambil air yg jernih, buang yang keruh.
Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk ialah
kesilapan saya sendiri. Maaf atas segala kekhilafan saya
sepanjang mengendalikan majlis ini.
Sekian wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai