Anda di halaman 1dari 4

BORANG ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

MAHRAJAN ALQURAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH REMBAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Anak Baik Lagi
Cerdik dan Mendengar kata, Salam SMART PPD Rembau, Salam PPD Rembau Kekal No
1, Salam Up Nogoghi

Yang Berusaha Puan Hajah Rozita binti Abas, Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Yang berusaha Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad
Ali, Pengetua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim merangkap Pengerusi
Pengelola Mahrajan AlQuran Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah
Rembau, Ustaz Mohd Nazmi bin Sulaiman Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Rembau Unit Pendidikan Islam selaku Penyelaras Jawatankuasa Pengelola Mahrajan
AlQuran Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Rembau, Yang
berusaha Ustaz Mohd Herrinizam bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim
Mahrajan Al-Quran Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Rembau
seterusnya tuan tuan pengetua dan guru besar sekolah sekolah daerah Rembau, guru-
guru dan para peserta Mahrajan Al Quran Sekolah Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Daerah Rembau

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya penghakiman Mahrajan Al Quran (MOSS) Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Daerah Rembau Tahun 2022 telah selesai dilaksanakan pada petang ini

2. Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada barisan


jemaah Hakim yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menjayakan
proses penHakiman bagi acara-acara yang dipertandingkan dalam Mahrajan Al Quran
(MOSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Rembau pada tahun ini.

3. Untuk makluman hadirin sekalian, Mahrajan Al Quran (MOSS) Kementerian Pendidikan


Malaysia Peringkat Daerah Rembau pada tahun ini membariskan seramai 47 orang hakim
yang terdiri daripada guru guru Pendidikan Islam, guru- guru tahfiz dan guru guru Bahasa
Arab yang mengadil 23 acara yang dipertandingkan dengan pecahan kategori
keseluruhannya. Seramai peserta terlibat mewakili sekolah masing-masing.
4. Sebanyak acara yang dipertandingkan dalam Mahrajan Al Quran (MOSS) Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Rembau pada tahun ini iaitu:

a. Acara Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah dan Menengah Kategori Lelaki dan
Perempuan.

b. Acara Hafazan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kategori Lelaki dan
Perempuan,

c. Acara Tahfiz Al Quran Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30 Sekolah Menengah Kategori
Lelaki dan Perempuan,

d. Acara Qiraat As Sab'ie Bit Tarannum Menengah Rendah dan Menengah Atas
Kategori Lelaki dan Perempuan,

e. Acara Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Rendah dan Menengah Atas Kategori Terbuka

f. Khat Jawi Sekolah Rendah dan Menengah Kategori Lelaki dan Perempuan

g. Nasyid Kategori Sekolah Rendah dan Menengah

5. Sebelum keputusan penuh diumumkan secara rasmi, izinkan saya menyampaikan


ulasan barisan jemaah Hakim berhubung aspek penghakiman pertandingan pada tahun
ini.

Bagi Acara Tilawah Al Quran Sekolah Rendah, Lelaki dan perempuan, kebanyakan
peserta bersedia untuk bertanding dan membaca dengan tajwid dengan baik namun
demikian ada beberapa aspek yang perlu penambahbaikan pada masa akan datang
antaranya ada kalangan peserta lebih bersedia, bersuara lantang serta peka dengan
masa bacaan yang ditetapkan. Selain itu peserta juga perlu menguasai ilmu tarannum
sebagai persediaan pada masa akan datang..

Dan bagi Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah secara keseluruhan peserta dapat
membaca Al-Quran dengan baik dan bertajwid,menamatkan bacaan pada masa yang
ditetapkan dan dapat membaca secara bertarannum. Namun begitu para peserta kurang
memberikan tumpuan kepada aspek makhraj huruf, huruf nun mati, mad wajib mutasil,
wakaf ibtida’ dan wajibul ghunnah. Ada juga dalam kalangan peserta yang tersalah baca
surah dan ayat serta menamatkan bacaan surah sebelum masa yang ditetapkan. Selain
itu ada juga kalangan peserta yang gagal membaca dengan suara yang kuat dan lantang
dan menguasai harakat lagu dengan baik.

Bagi Acara Hafazan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah secara keseluruhan
kebanyakan peserta mempunyai kelebihan menghafaz yang bagus dan hukum tajwid
yang baik, tarannum dan fasohah yang boleh diletakkan dalam kategori yang cemerlang,
suara yang jelas dan terang namun demikian ada beberapa aspek yang perlu
penambahbaikan pada masa akan datang antaranya ada kalangan peserta yang
membaca dengan cara yang laju dan suara yang perlahan dan juga tidak menghafal satu
satu surah terutamanya surah-surah yang panjang

Bagi acara Tahfiz Al Quran Juzuk 1-20 dan Juzuk 1-30, kebanyakan peserta telah dapat
menyempurnakan bacaan dengan sebaiknya namun begitu ada beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan untuk pertandingan
diperingkat negeri antaranya ialah para peserta perlu memberikan perhatian terhadap
hukum tajwid serta wakaf ibtida’ yang kelap kali dilupakan.

Bagi acara Khat Jawi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, tahap pencapaian peserta
lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini namun demikian para peserta masih belum
menguasai sepenuhnya kaedah penulisan khat nasakh, khat riq’ah bagi sekolah rendah
dan khat nasakh dan khat thuluth bagi sekolah menengah. Hiasan dan kekemasan khat
peserta juga masih tidak menepati syarat yang telah ditetapkan iaitu mengikut kesenian
Islam.

Bagi acara Qiraat As Sab'ie Bit Tarannum Menengah Rendah dan Menengah Atas
kebanyakan peserta telah mempamerkan persembahan yang terbaik namun demikian ada
beberapa aspek yang perlu penambahbaikan pada masa akan datang antaranya aspek
tajwid dan tarannum yang kurang diberikan perhatian

Bagi acara Acara Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Rendah dan Menengah Atas Kategori
Terbuka , kebanyak peserta dapat menjawab soalan dengan betul dan menepati masa
yang ditetapkan namum begitu ada kalangan peserta yang belum menguasai kandungan
dengan sepenuhnya seperti Bab Al- Quran, Qiraat, Tajwid, Feqh dan selainnya.
Bagi acara Nasyid Kategori Sekolah Rendah dan menengah secara keseluruhanya ada
kerjsama dan kesungguhan dalam kalangan peserta, kekemasan pakaian yang boleh
dipuji serta memenuhi kreteria pertandingan namun demikian ada beberapa aspek yang
perlu penambahbaikan pada masa akan datang antaranya dari segi bahagian lirik, ada
dikalangan peserta yang tidak menghafal lirik lagu dan ada kumpulan yang
mendendangkan lirik lagu yang tidak memenuhi kreteria yang telah ditetapkan. Selain itu
susunan lagu yang tidak mengikut urutan serta tidak menepati masa yang telah ditetapkan.
Ada kalangan kumpulan yang tidak mempunyai senggang masa antara lagu yang pertama
dengan lagu kedua. Dari aspek suara, ada dikalangan solo kumpulan yang tidak
melontarkan suara dengan jelas dan kurang kemahiran menggunakan mikrofon semasa
menyampaikan lagu. Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, para peserta
perlu membuat persediaan yang rapi sebelum membuat persembahan.

6. Demikianlah tadi ulasan jemaah hakim berhubung aspek penjurian bagi acara- acara
yang dipertandingkan dalam Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah (MOSS) Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Rembau pada tahun ini.

7. Syabas dan tahniah kepada peserta yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya,
teruskan usaha di masa yang akan datang.

Adalah dimaklumkan bahawa, KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM ADALAH MUKTAMAD

9. Bagi menyempurnakan pengumuman pemenang, dengan ini saya ingin mengumumkan


menyerahkan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara Majlis yang bertugas.

10. Akhir kata,

‫وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمك رمحة هللا و براكته‬

Anda mungkin juga menyukai