Anda di halaman 1dari 1

Latihan Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk

Maksud Kiasan
Standard Pembelajaran: 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk istilah
khusus dalam bidang ilmiah dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan dengan betul
dalam pelbagai situasi.

Murid-murid perlu membaca nota yang disediakan oleh guru terlebih dahulu. Kemudian, murid-
murid perlu menyalin dan menyiapkan latihan yang disediakan. Ibubapa digalakkan membantu
anak-anak dalam memantau murid-murid menyiapkan tugasan ini.

Latihan Kata Majmuk Istilah Khusus

Akar tunjang Bahan api Alam haiwan


Denyutan jantung Deria bau Baja kimia

1) Di negara Malaysia, ada 2 jenis kategori __________________ untuk kenderaan bermotor iaitu
petrol dan diesel.
2) Sudah dua hari Amin selesema, yang mana menyebabkan _________________ kurang sensitif
untuk menghidu bau makanan.
3) Penggunaan _____________________ yang berlebihan boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar yang mana akan membahayakan nyawa manusia dan haiwan.
4) Kadar _______________________ atlet lebih perlahan berbanding orang biasa kerana mereka
sudah biasa melakukan aktiviti fizikal.
5) Dalam _____________________, terdapat beberapa jenis kategori iaitu mamalia, reptilia, dan
amfibia.

(5 markah)

Latihan Kata Majmuk Maksud Kiasan

Kaki bangku Ringan mulut Anak angkat


Isi hati Bidan terjun Buah hati

1) Walaupun Amir ________________ Puan Laila, dia tidak pernah dibeza-bezakan dengan adik-
beradik yang lain.
2) Faiz hanya melihat rakannya bermain bola di tengah padang kerana dia seorang yang
_______________.
3) Kamal merasa sangat gembira setelah meluahkan _______________ kepada Anis iaitu ingin
melamarnya sebagai isteri.
4) Pertahanan itu terpaksa bermain sebagai penjaga gol _________________ kerana penjaga gol
utama dan gantian cedera serta dibuang padang.
5) Kita perlulah _________________ untuk menegur serta bertanya orang setempat apabila kita
tersesat jalan.
(5 markah)

Anda mungkin juga menyukai