Anda di halaman 1dari 1

Terlebih dahulu marilah kita mengatur syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana atas limpah

dan kurnianya maka dapat kita bersama-sama berkumpul bagi mengadakan Mesyuarat Agung Kelab
Rekreasi Bahagian Akaun ( ATREC) sesi 2022/2023. Sesungguhnya saya berasa amat gembira atas
komitmen dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh tuan-tuan dan puanpuan untuk hadir ke
Mesyuarat Agung pada hari ini, disebalik kesibukan & tugasan rasmi masing-masing. Alhamdulillah
kehadiran yang ramai hari ini.

Tuan/Puan

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Selaku penaung Kelab ATREC ini,
saya melihat Kelab ini sebagai suatu wadah/ medium terbaik untuk menyatupadukan semua warga
BA. Namun, perpaduan yang kukuh tidak akan dapat dicapai tanpa ia disulami dengan semangat
setia kawan “esprit de corps” yang sebenar dan sikap saling membantu sesama kita, tanpa mengira
sempadan seksyen/unit mahupun pangkat. Melalui interaksi dalam aktiviti-aktiviti anjuran ATREC lah
sedikit sebanyak akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan mewujudkan persekitaran yang
harmoni dan secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti setiap pegawai.

Saya sedar, kesibukan tugas dan juga urusan peribadi kadang-kala merencatkan penglibatan
kita di dalam aktiviti kelab; tapi kita kenalah cari masa kerana masa tidak akan pernah menunggu
kita. So kita kena pandai uruskan masa agar kita dapat ‘work life balnce’. Penglibatan di dalam
aktiviti-aktiviti kelab ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan/stress dan kita tidak terlalu
rasa dibebani dengan kerja 24 jam.

Dengan adanya sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua ahli Kelab ATREC,
Insyalllah, saya pasti Kelab ini bukan sahaja menjadi sebuah kelab yang melaksanakan aktiviti sosial
semata-mata, sebaliknya ia mampu menjadi suatu kelab yang berupaya menjadi medium penyatuan
seluruh warga BA. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK, serta seluruh warga BA yang telah berjaya
menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh
barisan AJK yang dilantik dalam mengemudi kelab ini pada masa akan datang. Oleh itu, dengan
lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Kelab
Rekreasi BA Sesi 2022/2023.

Anda mungkin juga menyukai