Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN MELUKIS DOODLE ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN
1.1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid menengah atas (tingkatan 4 – 5).
Penyertaan adalah percuma.
1.2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Penyertaan adalah secara individu.

2. FORMAT PENYERTAAN
2.1 Peserta perlu menghasilkan lukisan doodle pada kertas lukisan bersaiz
A3.
2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan
berfokus kepada tema.
2.3 Peserta akan melukis doodles bertemakan Murid Ceria, Guru
Bahagia, Sekolah Bitara:Lebih Baik Cegah.
2.4 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.5 Karya hendaklah berteraskan elemen pendidikan pencegahan dadah,
(Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV AIDS)
2.6 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen
ataupun warna air.
2.7 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru
atau sesiapa sahaja.
2.8 Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping
proses kerja seperti kerja lakaran awal melukis (sebelum), pertengahan
mewarna (semasa) dan hasil karya (selepas) yang telah disiapkan.
Perkara ini penting untuk menyertai pertandingan peringkat negeri
Perak/ Kebangsaan. Murid simpan dahulu gambar yang telah diambil. Hanya
pemenang utama diminta menghatar gambar untuk tujuan penyertaan di
peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan
2.9 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah
Tidak Dibenarkan.
2.10 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak
mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak,
tali gantung dan sebagainya.
2.11 Semua penyertaan perlu dihantar kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling pada atau sebelum 28 Julai 2023
2.12 Pemenang utama akan menyertai pertandingan Melukis Doodle
Antidadah Peringkat KEBANGSAAN.
2.13 Keputusan hakim adalah muktamad
3. PEMARKAHAN

Kriteria Markah
1. Interpretasi 10 markah
2. Kreativiti 20 markah
3. Gubahan / Komposisi / Olahan 30 markah
4. Warna 30 markah
5. Kemasan 10 markah
JUMLAH 100 markah

4 HADIAH KATEGORI MELUKIS DOODLE ANTIDADAH:

Tempat Pertama : RM30


Tempat Kedua : RM 25
Tempat Ketiga : RM 20
Saguhati : RM10 x 5

Anda mungkin juga menyukai