Anda di halaman 1dari 3

08 APRIL 2014

PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI,


KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN,
CAWANGAN LAHAD DATU,
Tingkat Bawah, Satu Dan Dua,
Lot 65, Blok J MDLD 4505
Peti Surat 61201,
91121 Lahad Datu,
SABAH.

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN LESEN RUNCIT BERAS DARIPADA


KAWALSELIA PADI DAN BERAS MELALUI KEMENTERIAN PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) NEGERI SABAH

Perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

02. Merujuk perkara di atas, kami selaku pembekal bagi semua pos yang terlibat dalam
melaksanakan projek pengedaran barang perlu di zon Lahad datu dan Kunak Sabah, ingin
memohon lesen runcit beras bagi semua peruncit di bawah program ini.

03. Untuk makluman pihak tuan, peruncit yang tersenarai dalam projek pengedaran barang
perlu tidak mempunyai lesen runcit beras. Oleh itu, kami bagi pihak semua peruncit ingin
memohon lesen beras bagi memudahkan projek pengedaran barang perlu berjalan dengan lancar.
Bersama-sama surat ini, pihak kami menyertakan lampiran senarai peruncit dan dokumen yang
diperlukan sebagai rujukan untuk permohonan dan pembaharuan lesen runcit beras bagi semua
peruncit.

04. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama dan
dapat meluluskan permohonan mereka . Segala perhatian dari pihak tuan didahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang Benar,

_____________________
EN. ABDUL SALAM BIN KASSIM
08 APRIL 2014

PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI,


KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
NEGERI SABAH
Aras 4 & 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS / Likas
88450 Kota Kinabalu,
SABAH.

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN LESEN RUNCIT BERAS DARIPADA


KAWALSELIA PADI DAN BERAS MELALUI KEMENTERIAN PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) NEGERI SABAH

Perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

02. Merujuk perkara di atas, kami selaku pembekal bagi semua pos yang terlibat dalam
melaksanakan projek pengedaran barang perlu di zon Lahad datu dan Kunak Sabah untuk
memohon lesen runcit beras bagi semua peruncit di bawah program ini. Juga, peruncit-peruncit
lain yang masih belum mendapatkan lesen runcit beras atau belum memperbaharui lesen
tersebut.

03. Untuk makluman pihak tuan, terdapat beberapa peruncit yang tersenarai dalam projek
pengedaran barang perlu mempunyai lesen runcit beras. Oleh itu, mereka tidak perlu lagi
membuat permohonan baru. Namun, terdapat beberapa peruncit yang memiliki lesen tetapi ingin
memperbaharui kerana lesen telah tamat tempoh.

04. Selain itu, kami juga ingin sertakan sekali permohonan sebilangan peruncit yang tidak
tersenarai dalam projek pengedaran barang perlu bagi memohon lesen runcit beras. Oleh yang
demikian, kami berharap pihak KPDNKK dapat menjadi perantara untuk menyerahkan
permohonan peruncit yang tidak tersenarai dalam projek tersebut kepada Kawal Selia Padi &
Beras Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani cawangan Kota Kinabalu.

05. Bersama-sama surat ini, pihak kami menyertakan lampiran senarai peruncit dan dokumen
yang diperlukan sebagai rujukan untuk permohonan dan pembaharuan lesen runcit beras bagi
semua peruncit.
06. Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama.
Segala perhatian dari pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang Benar,

_____________________
EN. ABDUL SALAM BIN KASSIM

Anda mungkin juga menyukai