Anda di halaman 1dari 2

KHAMIS, 30 DISEMBER 2021

KUCHING: Pengumuman barisan kabinet baharu Sarawak menyaksikan keterlibatan pemimpin


muda bersama pemimpin sedia ada dalam membawa kemajuan di negeri ini. 

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang
Openg berkata, barisan kabinet baharu ini akan membimbing dan memupuk penyertaan pemimpin
muda Sarawak dalam pentadbiran dan penggubalan dasar.

“Kami akan melaksanakan dasar ke arah era digital, pembangunan mampan, penyahkarbonan dan
ekonomi baharu untuk memastikan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian
alam sekitar. Semua ini, akan didorong oleh data dan inovasi,” katanya. 

Beliau berkata dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.  

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut mengumumkan senarai kabinet baharu yang dianggotai
10 Menteri dan 26 Menteri Muda. 

Timbalan Ketua Menteri Sarawak ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang
Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Hui Hian. 

Manakala, Menteri dan Menteri Muda lain adalah seperti berikut Menteri di Jabatan Ketua
Menteri Datuk John Sikei Tayai, Menteri Muda Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman
Ghazali Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan,
Datuk Gerawat Gala Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek, Datuk Abdullah Saidol Hal Ehwal
Korporat, Penerangan dan UKAS, Datuk Juanda Jaya Integriti dan Ombudsman, dan Jefferson Jamit
Unyat Undang-undang dan Adat Resam Anak Negeri.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun
Datuk Abang Openg, Menteri Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman
Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri
Muda Datu Len Talif Salleh.

Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul
Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Menteri Muda Dr. Hazland Abang Hipni.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas,
Menteri Muda I, Ir. Aidel Lariwoo dan Menteri Muda II, Dato Majang Renggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan
Menteri Muda Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui
Hian Menteri Muda I, Datu Dr. Penguang Manggil dan Menteri Muda II, Michael Tiang Ming Tee.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom,
Menteri Muda I, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Menteri Muda II, Martin Ben.
Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda I, Datuk Dr. Jerip Susil dan Menteri
Muda II, Dato Henry Harry Jinep.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda I, Datuk Liwan Lagang dan
Menteri Muda II, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman
Hamzah Menteri Muda I, Dato Sebastian Ting Chiew Yew dan Menteri Muda II, Datuk Snowdan
Lawan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Muda I, Dato Gerald Rentap Jabu dan Menteri Muda II, Dr. Ripin Lamat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Fatimah
Abdullah, Menteri Muda I, Datuk Rosey Yunus dan Menteri Muda II, Mohamad Razi Sitam.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri
Muda I, Dr. Annuar Rapa’ee dan Menteri Muda II, Datuk Francis Harden Hollis. 

Ujar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, prestasi dan keberkesanan setiap anggota kabinet ini
akan dinilai dan dianalisis menjelang suku pertama 2022 bagi dengan tindakan dan langkah yang
perlu diambil untuk meningkatkan hasil perkhidmatan yang berkesan pada masa akan datang.  

Hadir sama Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan
Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.-EDISI
UKAS

Anda mungkin juga menyukai