Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN LAWATAN PENANDA ARAS SK SERI

TAWAI, SK KENAWAT DAN SK KAMPUNG LALANG, GERIK,


PERAK 2023

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri,.

Kepada rombongan tuan budiman,


Di SK Singkir kita ditemukan,
Indah terukir manis senyuman,
Semoga silaturahim dapat dieratkan.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
ِ ‫الر ِح‬
‫يم‬ َّ ‫الر مْح َ ِن‬ ِ ‫بِ ْس ِم‬
َّ ‫اهلل‬
ِ
ُ‫السالَ ُم َعلَْي ُك ْم َو َرمْح َةُ اهلل َوبَر َكاتُه‬
َّ
Yang Berusaha,
Puan Che Tom binti Shaari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir
‫الْ ُم ْحَتَر ُمو َن‬

‫الوطَنِيَّ ِة ِسي ْغ ِكير‬ ِ ‫ِ ِإل ِ ِئ‬ ِ


َ ‫الْ ُم َعلِّ َمة خئ توم بنت شعري ُمد َيرةُ الْ َم ْد َر َسة ا بْت َاد يَّة‬
Yang Dihormati
Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad
Pegawai SIP Plus Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan
‫الْ ُم ْحَتَرم‬

‫اَلْ َّسيِّ ْد حاج ذُالْ ِك ْف ِل بن َأمْح َ ْد‬


ِ ِ
َ ‫ اِإل َدا ِر ِة اَلتَّْربِيَّة بِ ِواَل يَة ُكواَالَ ُم‬SIP Plus
‫ودا يَا ْن‬

Yang Dihormati,
Encik
‫الْ ُم ْحَتَرم‬

......................... ‫اَلْ َّسيِّ ْد‬

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Encik Khairul Nizam bin Abdul Aziz
‫الوطَنِيَّ ِة ِسي ْغ ِكير‬ ِ ‫ِ ِإل ِ ِئ‬ ِ َّ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫الْ ُم ْحَتَرم الْ ُم َعلِّم خري النظام بن عبد عزيز ُم َساع ُد الْ ُمد َيرة ل ُشُؤ ون الطلَبَة الْ َم ْد َر َسة ا بْت َاد يَّة‬
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Azrina binti Mohamed Ridza
‫الوطَنِيَّ ِة‬ ِ ‫ِ ِإل ِ ِئ‬ ِ ِ َّ‫ون اَلال‬
ِ ‫اع ُد الْم ِدير ِة لِ ُش‬
ِ ‫الْمحَترمو َن الْمعلِّمة عزرينا بنت حممد ريدزا مس‬
َ ‫صفيَّة الْ َم ْد َر َسة ا بْت َاد يَّة‬
َ ‫ُ َ ُؤ‬ َُ َ َُ َُ ْ ُ
‫ِسي ْغ ِكير‬
Rombongan dari Sekolah Kebangsaan
‫ات‬
ُ ‫الْ ُم َد ِّر ُسو َن َوالْ ُم َد ِّر َس‬
Barisan Penolong Kanan
‫اع ُد الْ ُم ِد َير ِة‬
ِ ‫مس‬
َُ
Guru-guru
ِ ‫اَلْمعلِّ ِمني والْمعلِّم‬
‫ات‬ َ َُ َ َ َُ
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya maka kita diberi luangan waktu, digerakkan minda
dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Bilik Transformasi Sekolah Kebangsaan Singkir ini bagi
menjayakan Program Lawatan Penanda Aras Sekolah Kebangsaan Seri Tawai,
Sekolah Kebangsaan Kenawat Dan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang,
Gerik, Perak ke Sekolah Kebangsaan Singkir, Kedah ini. Kami amat mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mari.
‫الوطَنِيَّ ِة ِسي ْغ ِكير‬ ِ ‫ِ ِإل ِ ِئ‬ ‫ِ ِ ِإ‬
َ ‫َْأهاًل َو َس ْهاًل َو َمْر َحبًا ب ُك ْم مَج ْي ًعا ىَل الْ َم ْد َر َسة ا بْت َاد يَّة‬
Hadirin sekalian,
ِ ‫اضر‬
ِ ِ
‫ات‬ َ ‫اَحْلَاض ِر‬
َ َ‫ين َواحْل‬
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara Muhammad Solehin bin Anuar untuk memimpin bacaan
doa.
‫ُّع ِاء‬ ِ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫س الَْي ْوم بِ َد ْع َوة حممد صاحلني بن أنوار لقَراءَة الد‬
ُ ‫َنْب َدُأ الْ َم ْجل‬

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

َ ‫َّل َمْأ ُج‬


‫ورا‬ ْ ‫َفْليََت َفض‬
(DOA)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Solehin bin
Anuar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
‫ُّع ِاء‬ ِ ِ
َ ‫ُشكًْرا َج ِزيالً ِإىَل حممد صاحلني بن أنوار بِقَراءَة الد‬
Di sini ada guru yang tekun berusaha,
Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pendidik yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Hadirin sekalian,
ِ ‫اضر‬
ِ ِ
‫ات‬ َ ‫اَحْلَاض ِر‬
َ َ‫ين َواحْل‬
Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha, Puan Che Tom binti Shaari, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Singkir untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
menyampaikan taklimat serta persembahan multimedia.

َ ‫ات َوالكَاَل ِم الْ ُم ِف‬


‫يدةَ َعلَينَا ِم ْن الْ ُم ْحَتَر ُمو َن الْ ُم َعلِّ َمة خئ توم بنت‬ ِ ‫ وَأخوايِت مَجِ يعا سنَستَ ِمع ال َكلِم‬, ‫ِإخوايِن‬
َ ُ ْ َ ً ََ َ َْ
‫الوطَنِيَّ ِة ِسي ْغ ِكير‬ ِ ‫ِ ِإل ِ ِئ‬ ِ
َ ‫شعري ُمد َيرةُ الْ َم ْد َر َسة ا بْت َاد يَّة‬
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

َ ‫َّل َمْأ ُج‬


‫ورا‬ ْ ‫َفْليََت َفض‬
(UCAPAN ALU-ALUAN DAN TAKLIMAT)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Puan Che Tom binti Shaari atas ucapan dan taklimat serta persembahan
multimedia yang diberikan sebentar tadi. Mudah-mudahan segala maklumat
yang disampaikan tadi bermanfaat buat tuan-tuan dan puan-puan.
‫ومات اَلَّيِت يُ ْع ِط ْي لَنَا املْن َف َعة‬
َ ُ‫ َو َن ْر ُجو ُك ُّل الْ َم ْعل‬.‫ُشكًْرا َج ِزيالً إىل الْ ُم َعلِّ َمة خئ توم بنت شعري َعلَى َكلِ َمتِ َها‬
َ
. ِ‫َواخْلَرْي‬

Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan acara, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang
Dihormati ______________________ wakil rombongan Lawatan Penanda
Aras Sekolah Kebangsaan Seri Tawai, Sekolah Kebangsaan Kenawat Dan
Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang, Gerik, Perak untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN PELAWAT)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ,
Encik _______________________________________
wakil rombongan Lawatan Penanda Aras Sekolah Kebangsaan Seri Tawai,
Sekolah Kebangsaan Kenawat Dan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang,
Gerik, Perak, atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara menandatangani Sijil Kolaboratif.


Dengan ini, dijemput Puan Che Tom binti Shaari dan

Encik ____________________________
Sekolah Kebangsaan Seri Tawai,

Encik ____________________________
Sekolah Kebangsaan Kenawat Dan

Encik ____________________________________
Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang, Gerik, Perak
untuk menandatangani Sijil Kolaboratif tersebut. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
(TANDATANGAN SIJIL KOLABORATIF)

Hadiri sekalian,
Kini tibalah sesi penyampaian cenderahati,
Dijemput Puan Che Tom binti Shaari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir
untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu kita,
_________________________________________.
Majlis mempersilakan.

(PENYAMPAIAN CENDERAHATI)
Dengan selesainya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesai sudah
majlis kita pada hari ini. Sekali lagi warga Sekolah Kebangsaan Singkir
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana
memilih sekolah kami antara destinasi lawatan tuan-tuan dan puan-puan.

Nasi lemak buah bidara,


Sayang selasih hamba lurutkan, 
Andai ada tersilap bicara, 
Ampun dan maaf kami pohonkan. 

Apa yang kurang di caci jangan,


Ilmu yang baik jadikan panduan,
Yang baik jadikan kenangan,
Kami sentiasa menanti kunjungan

Sebelum tirai acara dilabuhkan, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf
andai terdapat sebarang kesilapan di sepanjang masa kami mengendalikan
majlis. Sekian, majlis disudahi dengan kalam yang indah…wabillahitaufik wal
hidayah wasalamualaikum wbt.
ِ ُ‫السالَم علَي ُكم ورمْح ة‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫هِب‬
.ُ‫اهلل َوبَر َكاتُه‬ َ َ َ ْ ْ َ ُ َّ ‫ َوبِاهلل التَّوفيق َواهْل َدايَة َو‬,‫َو َ َذا َف َق ْط َوِإىَل اللِّ َقاء‬

Anda mungkin juga menyukai