Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASRAMA TAHUN

2015

ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬
‫ص َحابِ ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬, َ‫ب ْالعَالَ ِميْن‬ ِ َّ ِ ‫الر ِحي ِْم ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ِّ ‫َلِل َر‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َ
َ‫أجْ َم ِعيْن‬

Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-


Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Program Orientasi pelajar asrama pada Tahun 2015 di hari yang penuh
keberkatan ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini
kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi
seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah , Tuhan Yang Maha
Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami ini) , kami akan menjadi pelajar asrama yang
cemerlang, terbilang , pelajar asrama yang disegani dan dihormati,
samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya
mampu melahirkan generasi pelajar asrama yang berjaya di dunia
mahupun di akhirat.

Kami mohon kepada Mu Ya Allah , agar engkau jadikan Pelajar Asrama


SMK Tunku Apuan Durah sentiasa mendapat Rahmat Mu . Ya Rahman
Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Mudah-mudahan maklumat yang
diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri
yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang
sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi
pelajaran kami.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang


wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah
Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang
kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah , Ya Allah kurniakanlah


Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

‫علَى َءا ِل ِه‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬


َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫اب النَّار ِ َو‬ َ ‫ع َذ‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫األخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ‫ب العَالَ ِميْن‬ ِ َّ ِ ‫ َو ْال َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ِّ ‫َُلِل َر‬ َ ‫صحْ بِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai