Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


IT-010-4:2013 SYSTEM MODULE DEVELOPMENT
PROGRAM
TAHAP DAN
4 (DVM SEMESTER 2)
SEMESTER

KOD DAN TAJUK


DKA2023 DATABASE MANAGEMENT SYSTEM
KURSUS

K1 DEVELOPMENT ACTIVITIES
NO. DAN TAJUK K2 PRELIMINARY STUDIES
KOMPETENSI K3 SYSTEM DOCUMENTATION
K4 ADMINISTRATIVE FUNCTIONS

NO. KOD KSKV DKA2023/P(3/4)


Muka Surat : 1 drp 5
NO. KOD NOSS IT-010-4:2013-C04/P(3/4)

TAJUK / TITLE :

MENGURUS DOKUMENTASI SISTEM


MANAGE SYSTEM DOCUMENTATION

TUJUAN / PURPOSE :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan menerangkan tentang:


1. Jenis-jenis dokumentasi sistem
2. Dokumen yang dihasilkan semasa fasa analisa keperluan
3. Dokumen yang dihasilkan semasa fasa reka bentuk sistem
4. Dokumen teknikal
5. Dokumen untuk pengguna akhir
6. Dokumen pemasaran
DKA2023/P(3/4) Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO.
IT-010-4:2013-C04/P(3/4) Drpd / of :5

1. DOKUMENTASI SISTEM

Dokumentasi sistem juga dikenali sebagai dokumentasi perisian merupakan teks atau ilustrasi yang
dihasilkan bersama perisian yang dibangunkan. Dokumen-dokumen tersebut penting bagi
menerangkan cara penggunaan sesuatu sistem, bagaimana sistem dibangunkan dan bagaimana
sistem beroperasi.

Berikut merupakan jenis-jenis dokumentasi sistem:


(a) Dokumentasi Keperluan (Requirement Documentation)
(b) Dokumentasi Seni Bina / Reka Bentuk (Architecture / Design Documentation)
(c) Dokumentasi Teknikal (Technical Documentation)
(d) Dokumentasi Pengujian (Testing Documentation)
(e) Dokumentasi Pengguna (User Documentation)

2. DOKUMENTASI KEPERLUAN (REQUIREMENT DOCUMENTATION)

 Dihasilkan sebelum sesuatu sistem / perisian dibangunkan.


 Menerangkan tujuan sistem dibangunkan dan apa yang akan dilakukan oleh sistem tersebut.
 Menerangkan bagaimana sistem tersebut dijangka beroperasi.
 Juga merupakan dokumen yang membuktikan persetujuan di antara pelanggan dan
pembangun sistem tentang apa bagaimana sistem berfungsi.
 Menyenaraikan semua keperluan sistem, spesifikasi sistem, keperluan perkakasan, keperluan
rangkaian, jenis-jenis model sistem yang digunakan, melakar antara muka sistem, rajah-rajah
berkaitan sistem seperti carta alir dan ERD, sasaran pengguna, kekangan perlaksanaan,
peruntukan, carta Gantt dan lain-lain.
 Contoh dokumen keperluan:
o Software Requirement Analysis (SRA)
o Software Development Plan (SDP)
o Software Requirement Specification (SRS)

Muka Depan dengan tajuk projek


Senarai ahli jawatankuasa
Jadual kandungan
Senarai rajah
Senarai jadual
Senarai lampiran
1. Pengenalan
1.1. pengenalan
1.2. tujuan
1.3. Skop
1.4. Definisi, Akronim dan Singkatan
1.5. Rujukan
1.6. Pemegang kepentingan dan Penerangan Pengguna
1.7. Ringkasan Keperluan Fungsian
2. Keperluan Fungsian
3. Keperluan yang tidak berfungsi
Lampiran

Contoh kandungan Software Requirement Analysis


DKA2023/P(3/4) Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO.
IT-010-4:2013-C04/P(3/4) Drpd / of :5

3. DOKUMENTASI SENI BINA / REKA BENTUK


(ARCHITECTURE / DESIGN DOCUMENTATION)

 Dokumen yang menerangkan bagaimana sistem akan dibina.


 Setiap peringkat reka bentuk sistem dinyatakan dengan jelas.
 Menerangkan sama ada sistem perlu diintegrasi dengan sistem lain, berdiri sendiri (stand
alone), berasaskan web dan lain-lain.
 Menyenaraikan komponen, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, jadual-jadual yang
digunakan.
 Menyenaraikan semua modul yang akan dibina.
 Penulisan algoritma dan menyatakan fungsi setiap modul dengan terperinci.
 Menerangkan bagaimana antara muka berinteraksi dengan setiap komponen / modul.
 Contoh dokumen seni bina: Software Design Document / Software Design Description (SDD)

Contoh carta alir dan algoritma dalam SDD

4. DOKUMENTASI TEKNIKAL (TECHNICAL DOCUMENTATION)


 Dihasilkan untuk rujukan pembangun sistem / pengaturcara / penguji.
 Juga dikenali sebagai dokumentasi kod sumber.
 Biasanya ditulis sebagai komen / catatan dalam kod sumber yang menerangkan secara ringkas
fungsi dan tujuan kod tersebut ditulis.
 Dibuat supaya pengaturcara yang lain dapat memahami sistem yang dibina dan mudah untuk
mengenal pasti modul-modul, fungsi, kelas, objek dan atribut dalam sesuatu kod atur cara.
 Juga menerangkan bagaimana untuk run, build dan deploy sistem, di mana log file disimpan,
di mana kod sumber disimpan dan senarai nama pembangun yang terlibat.
 Contoh dokumen: Software Technical Document (STD)
DKA2023/P(3/4) Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO.
IT-010-4:2013-C04/P(3/4) Drpd / of :5

5. DOKUMENTASI PENGUJIAN (TESTING DOCUMENTATION)


 Dokumen yang dihasilkan untuk kumpulan penguji semasa fasa pengujian sistem.
 Menerangkan bagaimana pengujian akan dijalankan, langkah-langkah pengujian,
menyenaraikan keperluan untuk pengujian dan melaporkan hasil pengujian.
 Contoh dokumen:
o Test Plan
o Test Case
o System Test Report (STR)
o Bugs Report
o User Acceptance Test (UAT)

Contoh System Test Report

6. DOKUMENTASI PENGGUNA (USER DOCUMENTATION)


 Dokumen yang menerangkan cara penggunaan sesuatu sistem.
 Dihasilkan untuk pengguna akhir.
 Termasuk cara pemasangan, keperluan sistem, keperluan perkakasan, keperluan rangkaian,
cara penggunaan dan cara penyelengaraan.
 Contoh dokumen:
o User Manual
o Installation Guides
DKA2023/P(3/4) Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO.
IT-010-4:2013-C04/P(3/4) Drpd / of :5

SOALAN/QUESTION :
Jawab semua soalan.

1. Senaraikan jenis-jenis dokumentasi sistem.

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

2. Berikan contoh dokumentasi pengujian.

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN/REFERENCE :

1. https://en.wikipedia.org/wiki/Software_documentation
2. Project Management For Dummies®, 3rd Edition Wiley Publishing, Inc. ISBN: 978-0-470-
57452-2
3. R.Ramakrishnan, J.Gehrke - Database Management Systems. 2nd edition
4. A Guide To The Project Management Body of Knowledge (PMBoK) 4rd Edition An American
National Standard ANSI/PMI 99-001-2008
5. https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-6-pengurusan-sumber-manusia1.pdf
6. http://gonjenggroup.blogspot.my/2014/02/masalah-fungsi-dan-aktiviti-pengurusan.html
7. https://www.reference.com/business-finance/job-function-mean-d242a5f76f1c6623

Anda mungkin juga menyukai