Anda di halaman 1dari 2

Bismillahhirrahman Assalamualaikum warahmattullahiwabarakatuh

ْ‫ مَ ن‬،‫ِ َ م نْ مَا لَِما‬ ‫ مَْمُفوُف لاالل لَ نْ ف‬،‫لإ َِ ناِ مْ نَُم ل َِل ْمْن مَُفُف مَْم نَِ م لُ نَّفُف مَْم نَِ م نْ لُ فُُف‬
‫ُ فُ نَ لِ َ م نُْف لَِما مَ لَ نْ م‬
‫َ لّيَ ما ل‬
‫ْ ِْ ِمُف مَ مَ نْ ُف ن‬
ْ‫ْ لِ ن‬ ‫ُم نْ لُ لُ لف فمام فَ ل‬
‫َ نوِفُف‬ ‫ مََ م نُ مُْف َ م َِ فَ مْ َُِدا م‬،‫لَ ِمُف َ م نُ مُْف َ م نَ ام لإِمُم لإاِ لف مَْن ُمُف امُ لمُُنَم ِمُف‬
‫ْ نُْفُف مَ مِ ف‬ ‫فمام َماِ م‬.
‫َ م َِا ام نُُف‬
Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang diucapkan kepada tuan koperal khir ke sekolah menengah


islam akademi lembah ilmu.

Yang dimuliakan pengetua sekolah puan naimah bt muhammad, yang berusaha


tuan koperal khir bin bachok, pegawai jabatan siasatan jenayah (JSJ) daripada ibu
pejabat polis daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur. Yang dihormati guru disiplin
banin Ust luqman, guru disiplin banat tecer Huda, barisan guru-guru banin banat
serta yang dikasihi sahabat seperjuangan pelajar-pelajar sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya dapat kita
mengadakan program ceramah yang bertajuk “Salah laku disiplin dan
hukumannya” yang akan disampaikan oleh yang berusaha Tuan koperal Khir.
Tanpa melengahkan masa majlis segala hormatnya mempersilakan. Diingatkan juga
kepada para pelajar supaya fokus dengan mengambil manfaat sebaik mungkin.

Terima kasih di ucapkan kepada tuan koperal Khir. Kita buka sesi soal jawab.
Mana-mana pelajar yang ingin bertanya boleh berdiri memperkenalkan nama dan
kelas.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tuan koperal khir diatas pengisian yang
bermakna tadi. Kita dapati jelaslah bahawasanya individu yang berdisiplin adalah
faktor penyumbang utama menjadikan pelajar itu cemerlang dari sudut akademik
mahupun akhlaknya. mudah-mudahan para pelajar dapat mempraktikkan dalam
kehidupan seharian, lebih-lebih lagi para pelajar akan menduduki peperiksaan SPM
sebenar pada awal tahun depan 2024. Semoga kita semua beroleh kejayaan dunia
dan akhirat.
Majlis ingin menjemput ust basith diiringi ust luqman untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada Tuan koperal Khir.

Dari Kedah ke pekan sari,

Beli suasa di Kota Tinggi;

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

Majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah ashr

Sesi bergambar

Majlis menjemput Tuan Koperal Khir bersama ust luqman dan ust basith ke ruang
makan untuk menjamah sedikit jamuan ringan. Para pelajar banin diminta tunggu di
surau dan pelajar banat boleh bergerak kembali ke asrama masing-masing

Anda mungkin juga menyukai