Anda di halaman 1dari 4

Majlis Iftar Ramadan SKAHL 2023

06 April 2023 – Restoran D’Sepit Biru – 6.00 PTG


EMCEE: PN. HASNATUL BAIZURAH BT ZAINAL ABIDIN

************************************************************************************************
****************
NO PERKARA TINDAKAN
1 Bismillahirrohmanirohim..

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-
sama dalam Majlis Iftar Ramadan Sekolah Kebangsaan
Ayer Hitam Labu bagi tahun 2023. Alhamdulillah kita
dapat bertemu dan berkumpul dalam bulan Ramandan al-
mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan gandaan
pahala melebihi seribu bulan. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga
serta para sahabat Baginda yang mulia.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya “Sesungguhnya dalam


syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, di mana memasuki daripadanya orang-orang yang
berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak.
Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka
bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan
tiada yang lain berhak memasukinya. (Riwayat Ahmad, al-
Bukhari dan Muslim)

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu, tuan-


tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini.

Sebelum meneruskan majlis marilah kita membuka


pertemuan kita dengan Ummul Kitab…Al-Fatihah
Majlis Iftar Ramadan SKAHL 2023
06 April 2023 – Restoran D’Sepit Biru – 6.00 PTG
EMCEE: PN. HASNATUL BAIZURAH BT ZAINAL ABIDIN

************************************************************************************************
****************
2 Hadirin sekalian tanpa membuang waktu, majlis
diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar. Dengan ini
majlis menjemput Tuan Guru Besar Encik Kamal bin
Abdul Rahman tampil untuk menyampaikan ucapan
sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan Tuan


Guru Besar sebentar tadi.

3 Hadirin yang dirahmati,

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang Sekolah Kebangsaan Air Hitam
Labu bagi tahun 2022.

Dengan itu majlis menjemput Tuan Guru Besar Encik


Kamal bin Abdul Rahman dengan diiringi oleh
________________________________________
untuk menyampaikan anugerah tersebut. Dipersilakan.

Dijemput ___________________________________

(penerima anugerah)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi


atas kesudian menyampaian anugerah APC sebentar tadi.
Majlis Iftar Ramadan SKAHL 2023
06 April 2023 – Restoran D’Sepit Biru – 6.00 PTG
EMCEE: PN. HASNATUL BAIZURAH BT ZAINAL ABIDIN

************************************************************************************************
****************
4 Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Bagi meneruskan majlis pada petang ini, acara
cabutan bertuah akan dijalankan sebentar lagi.

5 Hadirin sekalian,
Aturcara majlis diteruskan dengan doa yang akan dipimpin
oleh _____________________________________.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas pimpinan


bacaan doa itu tadi.

7 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis ditangguhkan untuk memberi laluan azan


menandakan telah masuknya waktu maghrib dan
berbuka puasa.

8 Hadirin yang dimuliakan,

Berakhirlah sudah Majlis Iftar Ramadan Sekolah


Kebangsaan Air Hitam Labu 2023.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


bekerjasama dan menjayakan serta hadir ke Program ini.

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaaafan jua yang kami pinta
Majlis Iftar Ramadan SKAHL 2023
06 April 2023 – Restoran D’Sepit Biru – 6.00 PTG
EMCEE: PN. HASNATUL BAIZURAH BT ZAINAL ABIDIN

************************************************************************************************
****************
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai