Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ KOMUNITI KLUANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

LAPORAN PROGRAM

KURSUS SIJIL ASAS PERTAHANAN AWAM


BAGI PISPA KOLEJ KOMUNITI KLUANG

TARIKH :

10 & 11 SEPTEMBER 2023 (AHAD & ISNIN)

TEMPAT :

KOLEJ KOMUNITI KLUANG

ANJURAN:

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

dengan kerjasama

PISPA KOLEJ KOMUNITI KLUANG


1.0 PENGENALAN

Penubuhan PISPA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam) Kolej Komuniti


Kluang adalah salah satu daripada aktiviti Unit Pembangunan Pelajar. Seramai
87 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadiri Kursus Sijil Asas
Pertahanan Awam bagi PISPA Kolej Komuniti Kluang.

Kursus asas berlangsung selama dua hari, modul latihan yang


dilaksanakan merangkumi slot Pengenalan Pertahanan Awam, Asas Kawad
Kaki, Asas Pertolongan Cemas , Asas Balutan dan Kepatahan, Ikatan dan
Simpulan dan Asas Melawan Kebakaran. Kursus ini telah dikendalikan oleh 01
x Pegawai dan 08 x jurulatih dari APM Daerah Kluang. Kaedah kursus
dijalankan secara teori (penerangan) dan amali (praktikal). Kursus ini melatih
pelajar kaedah menghadapi situasi kecemasan dan melatih disiplin serta jati diri
pelajar melalui latihan kawad kaki.

Seramai 76 pelajar telah yang menghadiri kursus ini dengan jayanya dan
layak menerima nombor keahlian sebagai anggota APM. Kehadiran sepanjang
kursus adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir sama ada bersebab atau tidak
bersebab tidak layak mendapat sijil penyertaan dan nombor keahlian APM.
Hasil daripada kursus ini, kesemua pelajar menjadi ahli Pasukan Institusi
Pertahanan Awam (PISPA), Kolej Komuniti Kluang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan


diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi
seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.
2.2 Memenuhi keperluan penubuhan PISPA di Kolej Komuniti Kluang.
2.3 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan
Awam sebagai anggota pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab
dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.

2
3.0 PELAKSANAAN TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 10 & 11 September 2023 (Ahad & Isnin)


Tempat : Kolej Komuniti Kluang

4.0 KEHADIRAN PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


(APM) KLUANG

Ribuan terima kasih kepada pegawai dan anggota APM Daerah Kluang yang
hadir mengendalikan kursus ini:
4.1 SM (PA) Amirul Syafiq B Kamarudin
4.2 Sjn. (PA) Norazam B. Othman
4.3 Sjn. (PA) Azmi B. Tasu
4.4 Kpl (PA) Mohammad Amirul Rizal B. Jasman
4.5 Kpl (PA) Rahimah B. Daim
4.6 Kpl (PA) Md Asrin B Basiran
4.7 Pbt (PA) Muhammad Musa B. Aza'ani
4.8 Pgt. (PA) Siti Nurshahira bt. Mohd Azman
4.9 Pgt. (PA) Sharifah Nor Shafiqah bt. Syed Taifieq

5.0 KEHADIRAN KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Semua pelajar semester 1 hingga semester 3 Sesi I 2023/2024 telah dipanggil


untuk menghadiri kursus, iaitu seramai 86 orang pelajar.

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

SLOT MASA PENGISIAN

10.9.2023 (Ahad) SLOT 1 : Pendaftaran keahlian Angkatan


1
8.00 pagi – 1.00 petang Pertahanan Awam dan latihan kawad kaki.

3
Sesi pagi dimulai dengan pendaftaran anggota PISPA (Pasukan Institusi
Pertahanan Awam) dan ucapan pendahuluan dari SM. (PA) Amirul Syafiq bin
Kamarudin.

Pelajar diberi video pengenalan mengenai Pertahanan Awam Malaysia.


Seterusnya, para pelajar juga perlu melakukan latihan kawad kaki asas.

10.9.2023 (Ahad) SLOT 2 : Latihan pertolongan kecemasan dan


2.00 petang – 5.00 petang teknik CPR

2
Pada sesi petang, para pelajar didedahkan dengan kemahiran pertolongan
cemas dan cara bantu mula yang perlu dilakukan ketika kecemasan.
Para pelajar berpeluang melakukan sendiri CPR dengan teknik yang betul.

11.9.2023 (Isinin) SLOT 3 : Latihan kawad kaki asas dan kemahiran


8.00 pagi – 1.00 petang ikatan tali & menyelamat.

Latihan kawad kaki asas dan kemahiran ikatan tali & menyelamat.
Antara jenis-jenis ikatan yang dipelajari ialah;
•Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)
•Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)
3 •Reef Knot (Buku Sila)
•Sheet Bends (Bunga Geti)
•Bowline (Tindih Kasih)
•Half Hitch (Setengah Belit)
•Clove Hitch (Simpul Manuk)
•Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2setengah belit)
•Timber Hitch (Simpul Balak)
•Chair Knot (Simpul Kerusi

11.9.2023 (Isinin) SLOT 4 : Teknik-teknik menyelamat dan teknik-


2.00 petang – 5.00 petang teknik memadam kebakaran.

Pada sesi petang, para pelajar diajar teknik-teknik menyelamat dan teknik-
4 teknik memadam kebakaran.
Para pelajar diberi peluang melakukan simulasi memadam kebakaran secara
bergilir-gilir.

Majlis penutup pula diadakan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada


kedua-dua jabatan, Kolej Komuniti Kluang dan APM Kluang.

4
7.0 PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah Tanggungan


(RM) (RM)

1. Sewaan set personal protective


equipment (Hardhat, glasses, vest, 25.00 60 1500.00
boots, gloves, respirator, ear plugs, pelajar Peruntukan
face shield) OS24

2. Sewaan Khemah (termasuk meja 500.00 2 hari 1000.00


dan kerusi)
JUMLAH BESAR RM 2500.00

8.0 PERMASALAHAN

8.1 Terdapat beberapa pelajar yang tidak hadir untuk kesemua slot latihan
tanpa bersebab.
8.2 Terdapat kerosakan lampu dalam dewan kuliah dan kerosakan penghawa
dingin menyebabkan rasa kurang selesa sepanjang kursus.
8.3 Keluasan dewan adalah agak sempit untuk aktiviti latihan PISPA bersama
87 orang pelajar.

9.0 PENAMBAHBAIKAN

9.1 Melaporkan kerosakan lampu dan penghawa dingin di dewan kuliah.


9.2 Disiplin pelajar harus diperketatkan bagi mengelakkan kes ponteng dari
laithan PISPA.

5
10.0 IMPAK

Program ini telah mencapai beberapa impak yang positif seperti berikut :

10.1 Seramai 76 orang pelajar telah hadir dengan jayanya, Kursus Sijil Asas
Pertahanan Awam dan layak mendapat no keahlian Angkatan Pertahanan
Awam.
10.2 Pelajar boleh melakukan pertolongan kecemasan CPR dan mahir
menggunakan alat pemadam api.
10.3 Tahap pengetahuan pelajar terhadap pertolongan cemas dan kemahiran
ikatan tali meningkat.

11.0 KESIMPULAN

Kursus asas berlangsung selama dua hari, modul latihan yang dilaksanakan
merangkumi slot Pengenalan Pertahanan Awam, Asas Kawad Kaki, Asas Pertolongan
Cemas , Asas Balutan dan Kepatahan, Ikatan dan Simpulan dan Asas Melawan
Kebakaran. Kursus ini telah dikendalikan oleh 01 x Pegawai dan 08 x jurulatih dari
APM Daerah Kluang dan kaedah kursus dijalankan secara teori (penerangan) dan
amali (praktikal). Para pelajar menunjukkan komitmen yang baik sepanjang sesi
pembelajaran dan kursus ini berjalan dengan lancar. Semoga segala ilmu yang
dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaik- baiknya oleh semua pelajar.

Program ini berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan. Ucapan penghargaan


yang tidak terhingga kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam atas komitmen dan
kerjasama yang diberikan. Ilmu-ilmu yang diperolehi daripada program ini amat
bermanfaat pada saat kecemasan. Semoga program sebegini diadakan setiap tahun
kepada pelajar Kolej Komuniti Kluang.

6
LAMPIRAN A

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG KURSUS

Gambar : Slot 1
Pendaftaran keahlian Angkatan Pertahanan Awam dan
latihan kawad kaki.

Rajah 1: Ucapan Aluan daripada Pengarah Program Mejar Bersekutu (PA)


Shahrulnizam bin Siran

Rajah 2: Kehadiran pegawai-pegawai APM, SM (PA) Amirul Syafiq B Kamarudin, Sjn.


(PA) Norazam B. Othman, Sjn. (PA) Azmi B. Tasu dan pegawai-pegawai lain.

8
Rajah 3: SM (PA) Amirul Syafiq B Kamarudin memberi taklimat pengenalan APM
kepada para pelajar.

9
Rajah 4: Latihan kawad kaki asas.

Rajah 5: Latihan kawad kaki asas.

Gambar: Slot 2
Latihan pertolongan kecemasan dan teknik CPR

Rajah 6: Latihan pertolongan kecemasan

10
Rajah 7: Latihan pertolongan cemas CPR

Gambar: Slot 3
Latihan kawad kaki asas dan kemahiran ikatan tali & menyelamat.

11
Rajah 8: Latihan kawad kaki asas.

Rajah 9: Latihan kawad kaki asas.

12
Rajah 10: Latihan kemahiran ikatan tali dan menyelamat.
Gambar: Slot 4
Teknik-teknik menyelamat dan teknik-teknik memadam kebakaran.
Majlis Penutup.

Rajah 11: Latihan kemahiran ikatan tali dan menyelamat.

13
Rajah 12: Latihan kemahiran ikatan tali dan menyelamat.

Rajah 13: Sesi bergambar beramai-ramai

Rajah 14: Sesi bergambar beramai-ramai

14

Anda mungkin juga menyukai