Anda di halaman 1dari 1

Global-trak Systems Sdn Bhd

199701019428(434925-X)
11A Jalan USJ1/33,
47600 Subang Jaya
Selangor D.E; Malaysia
Tel: (60) - 3 - 8024 8599
Fax: (60) - 3 - 8024 8559

Ref: GtS/L/23/007-3
Date: 27.10.2022

KETUA JABATAN
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
Semambu, 25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

u.p : 1) Encik Noor Khairul Idham Bin Nordin

Tuan/puan,

PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN DEMOSTRASI ALAT UKUR GNSS


RECEIVER DAN HANDHELD CONTROLLER
_________________________________________________________________________________________
Dengan segala hormatnya merujuk pada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Global-trak Systems Sdn Bhd ingin memohon untuk mengadakan
Demostrasi alat ukur iaitu GNSS Receiver dan Handheld Controller untuk kerja-kerja cerapan data spatial
di lapangan dengan ketepatan yang tinggi serta mempraktikkan kaedah yang betul dalam pengumpulan
data untuk kegunaan amali para pelajar. Oleh itu, demostrasi berkenaan akan diadakan seperti mana
berikut:

Tajuk : Demostrasi alat ukur GNSS Receiver dan Handheld Controller bagi POLISAS
Tarikh : 3 November 2022 (Khamis)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : POLISAS

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap pihak Jabatan Kejuruteraan Awam POLISAS dapat
memberi kebenaran agar demostrasi ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Kerjasama pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Terima kasih.

Yang benar,

HARIS AZIS
…………………………………………………
SR GS MOHAMAD HARIS BIN ABD AZIS
Technical Sales
Global-trak Systems Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai