Anda di halaman 1dari 1

6 Fakta Sains Terbaru Yang Menarik Mengenai Tubuh Manusia

1. Operasi otak adalah bersamaan dengan jumlah kuasa bagi sebiji mentol 10 watt

Otak manusia menggunakan lebih kurang 200 kilokalori sehari yang bersamaan dengan 10 watt
kuasa. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, 10 watt itu adalah bersamaan dengan 1/10 daripada
kuasa yang digunakan oleh sebiji mentol dengan kekuatan 100 watt.

2. Badan 'bersalin' kulit setiap 7 tahun

Adakah anda sedar, sebanyak 25, 000, 000 sel anda telah mati sebaik sahaja anda habis membaca
ayat ini!. Jangan bimbang, dalam masa yang sama juga, badan terus menghasilkan 300 billion sel
pada setiap hari bagi menggantikan sel yang rosak dan musnah. Perkara ini akan berterusan sehingga
semua sel telah digantikan dengan lengkap selama 7 tahun.

3. Impuls saraf bergerak selaju 250km sejam

Impuls atau isyarat saraf bergerak dengan sangat laju, iaitu sehingga 250 km sejam. Ini adalah
bersamaan dengan kelajuan kereta Formula 1. Walaubagaimanapun, kelajuan ini juga bergantung
kepada sesetengah saraf. Sebagai contohnya, jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat kepada
otak terus kepada jari tersebut supaya menjauhi api dalam masa sekelip mata.

4. Jumlah sel lebih banyak daripada jumlah bintang di galaksi

Seluruh badan kita terdiri daripada 75 trillion sel. Setiap satu sel pula adalah bersamaan dengan
sebuah kota yang lengkap dengan segala kemudahan dan peraturannya masing-masing. Jika nak
dibandingkan pula dengan kewujudan 400 billion bintang di galaksi, sudah tentu sel dalam tubuh kita
lebih jauh mendahului dengan cemerlang sekali.

5. 100, 000 batu panjang salur darah manusia

Jika disambungkan kesemua salur darah yang ada pada seorang kanak-kanak kecil, anda akan dapat
sehingga 60, 000 batu panjangnya. Lebih menakjubkan lagi bagi orang dewasa pula, panjangnya
boleh mencecah sehingga 100 000 batu. Jika dililit pada bumi pula, salur darah tersebut akan dapat
membuat lebih daripada 4 lilitan!

Sekian INFO SAINS UNTUK PAGI INI. TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai