Anda di halaman 1dari 2

10 FAKTAR MENARIK MENGENAI TUBUH BADAN MANUSIA

1. Tahukah anda yang tahi telinga kita ni sebenarnya adalah sejenis peluh.Jangan korek tau.
Biar dia keluar sendiri.

2. Tahukah anda, sebenarnya hidung kita menghasilkan sebanyak 1 cawan mukus/ hingus
dalam sehari.Tak hairanlah lepas korek tahi hidung, lepas tu dia muncul lagi.

3. Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan.
Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bak kata Almarhum Ustaz Ismail
Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan.
Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan ‘jalan’.

4. Buah pinggang sebagai penapis makanan


Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama ‘buah
pinggang’. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita
makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses
selalu.

5. Otak akan terbentuk sempurna pada usia 26 tahun


Oh ya, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita
masa muda dulu perangai merepek.

6. Bakteria di telefon lebih banyak berbanding mangkuk tandas


Bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Bila kali terakhir
lap skrin telefon tu?

7. Tahukah anda kenapa kita selalu letih lepas makan?


Sebab tenaga dalam badan kita digunakan untuk mencerna makanan.

8. Tahukah anda, bila kita bangun tidur setiap hari, kita akan 1cm lebih tinggi dari waktu nak
tidur.Sebab, tulang rawan lembut kita akan memampat sepanjang hari.

9. Tubuh badan hasilkan 30,000 sel mati setiap minit.Setiap minit, badan kita menghasilkan
30,000 sel mati. Kemungkinan tempat yang banyak terhasil masa kita tidur. Jadi rajin-rajin kibas
katil lepas bangun kalau taknak pepijat penuh kat katil.

10. Mimpi mengikut fakta sains


Berkenaan dengan mimpi pula, ianya terhasil bila aliran sel-sel otak saling ‘berlanggaran’. Tu
sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih.
Dah macam mimpi klasik gitu.

Anda mungkin juga menyukai