Anda di halaman 1dari 5

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
ADSE1203 Psikologi Pendidikan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus teras yang diwajibkan kepada semua pelajar diploma.
Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan
bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu, anda perlu
membaca panduan ini dengan teliti dari mula sehingga akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

Membaca bahan pembelajaran dan menyiapkan aktiviti latihan 60

Menghadiri sesi tutorial (5 kali) 10


Capaian laman web 10
Menyiapkan tugasan 25
Ulang kaji 10
Klinik Peperiksaan
5
 Hanya untuk kursus yang memerlukan
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan teori dan prinsip psikologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
2. Mengenal pasti keperluan pelajar dari segi fizikal, kognitif, emosi dan
personaliti mereka di sekolah;
3. Menggunakan teori-teori pembelajaran dalam perancangan dan amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;
4. Mengenal pasti pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
diguna pakai dalam menyelesaikan masalah pelajar; dan
5. Membincangkan masalah perbezaan pelajar–pelajar yang bermasalah
pembelajaran.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti berikut:

Topik 1 menjelaskan konsep psikologi secara umum; meliputi definisi psikologi,


sejarah perkembangan psikologi dan pendekatan psikologi. Seterusnya
diterangkan bidang psikologi dan difokuskan kepada bidang psikologi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

pendidikan dan tujuannya. Topik ini diakhiri dengan membincangkan


kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.

Topik 2 menjelaskan konsep perkembangan manusia. Konsep ini dimulakan


dengan memberi definisi perkembangan manusia, prinsip perkembangan dan
faktor yang mempengaruhi perkembangan. Seterusnya, bahagian ini
diperluaskan lagi dengan menerangkan enam teori perkembangan manusia, iaitu
teori psikoanalitik, teori kognitif, teori behaviorisme, teori sosio-kognitif, teori
etologikal dan teori ekologikal. Perkembangan manusia dibincang berdasarkan
kepada tiga peringkat, iaitu awal kanak-kanak (1-6 tahun), pertengahan kanak-
kanak (6-12 tahun) dan tahap remaja (13-21 tahun). Di akhir topik ini,
dibincangkan implikasi teori perkembangan kepada guru.

Topik 3 membincangkan mengenai perbezaan individu. Faktor seperti baka dan


persekitaran yang menyebabkan perbezaan antara individu turut dibincangkan.
Topik ini diteruskan dengan penjelasan teori perbezaan individu. Implikasi
perbezaan individu kepada guru dan cara bagaimana guru dapat mengajar
individu yang berbeza turut dihuraikan.

Topik 4 membincangkan personaliti seseorang; iaitu aspek tingkah laku,


pemikiran dan emosi dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama
individu yang lain. Teori penting dalam psikologi, behaviouris dan psikoanalitik
diperkenalkan. Definisi dan konsep personaliti dan pengaplikaisian personaliti
juga dibincangkan.

Topik 5 menjelaskan beberapa aspek pembelajaran, seperti konsep pembelajaran,


ciri-ciri pembelajaran, jenis pembelajaran dan prinsip pembelajaran serta tentang
faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

Topik 6 membincangkan teori pembelajaran seperti teori pembelajaran


behaviorisme, kognitif, sosial dan konstruktivis. Topik ini juga menghuraikan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah seperti
pembelajaran langsung, masteri dan koperatif.

Topik 7 memperkenalkan kaedah kemahiran berfikir yang pelbagai termasuk


kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir di
dalam bilik darjah. Topik lain yang dibincangkan termasuk metakognisi dan
faktor yang mempengaruhinya.

Topik 8 memperkenalkan pelajar yang bermasalah pembelajaran seperti cacat


fizikal dan mental. Seterusnya, topik ini membincangkan matlamat program
pendidikan khas dan ciri-cirinya. Contoh pendidikan juga diberi, termasuk
program pengayaan dan program pemulihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 9 membincangkan program yang diperuntukkan kepada pelajar yang


berkeperluan khas. Program–program ini dirancang untuk membantu kumpulan
ini menjadi manusia yang berdikari. Kumpulan ini memerlukan bimbingan khas
untuk jangka pendek dan panjang termasuk program inklusif, pemulihan dan
pengayaan.

Topik 10 merupakan lanjutan daripada Topik 9. Ia membincangkan penyediaan


kelas yang kondusif bagi mewujudkan iklim pembelajaran dan pengajaran yang
berkesan. Antara tindakan yang diambil adalah mengadakan model-model
pembelajaran dan pengajaran yang bermotivasi.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
pelajaran ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Buku rujukan bagi kursus ini adalah seperti berikut:
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan.(2006). Psikologi
pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi pendidikan: Pendekatan
kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Ee Ah Meng. (1997). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan: Semester
1. Shah Alam: Fajar Bakti.
Ee Ah Meng. (1999). Psikologi pendidikan II: Semester II. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti
Ee Ah Meng. (2005). Psikologi pendidikan III: Semester III . Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.
Rahil Haji Mahyuddin, Habibah Elias & Samsilah Roslan. (2002). Psikologi
pendidikan untuk perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006). Panduan ulangkaji psikologi
pendidikan untuk prasarjana Muda dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Hak Cipta
Hak Cipta © Open
Open University
University Malaysia
Malaysia (OUM)
(OUM)
PANDUAN KURSUS  xv

Yahya Don. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sbn Bhd.
Atan Long. (1978). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mahmood Nazar Mohammad. (1992). Pengantar psikologi. Satu pengenalan asas
kepada jiwa dan tingkahlaku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai