Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN KURSUS W xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBIS4303 Adab dan Akhlak Islamiah II adalah salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini melibatkan tiga jam kredit dan harus dijalankan selama 8
hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ialah kursus utama bagi pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajaran. Ia adalah bagi melengkapkan keperluan kursus yang akan
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk menjadi pendidik yang berkesan dalam bidang pengajian dan pengajaran
adab dan akhlak Islamiah.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii X PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep bidang pengajian dan pengajaran adab dan akhlak


Islamiah;

2. Menghuraikan isi kandungan bidang pengajian dan pengajaran adab dan


akhlak Islamiah;

3. Merancang pengajaran adab dan akhlak Islamiah dengan berkesan; dan

4. Membuat penilaian dengan baik dalam bidang pengajian dan pengajaran


adab dan akhlak Islamiah.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti yang berikut:

Topik 1 membincangkan adab berfikir, adab berhias diri, adab menghadapi ujian
kehidupan dan akhir sekali adab memelihara maruah diri.

Topik 2 menjelaskan tentang adab bermusafir dan juga adab terhadap Allah dan
rasul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xiii

Topik 3 menghuraikan tentang adab bertanya, adab dengan orang tua, adab
makan di majlis keramaian, adab ziarah, adab menziarahi orang sakit dan akhir
sekali adab menziarahi jenazah.

Topik 4 menerangkan adab berkumpul, adab ketika bermain dan adab ketika di
sekolah.

Topik 5 menyatakan dan membincangkan adab berjiran, hak dan kewajipan


terhadap jiran, adab terhadap jiran seagama dan berlainan agama serta adab
menziarahi jiran.

Topik 6 membincangkan tentang adab terhadap tempat awam dan harta awam,
adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar dan adab rehlah.

Topik 7 menjelaskan dengan lanjut adab perhubungan antara lelaki dan wanita,
adab bersahabat dan adab berjual beli atau berniaga.

Topik 8 membincangkan adab bekerja dan adab memberi dan menerima hadiah
serta sedekah.

Topik 9 menghuraikan tentang adab berpidato serta adab bercakap dalam majlis.

Topik 10 membincangkan adab bernegara, adab dengan pemimpin dan akhir


sekali adab berjihad.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv PANDUAN KURSUS

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS W xv

RUJUKAN
Abdullah Muhammad ibn Muflih. (1999). Al-Adab al-syarÊiyyah. Beirut:
Muassasah al-Risalah.

Abu Bakr Jabir al-JazaÊiri. (1996). Pedoman hidup Muslim (terj). Kuala Lumpur,
Malaysia: Victory Agency.

Abu Hassan Din al-Hafiz. (1995). Islam dan anda. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Kaysi, & Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam Islam
(terj). Johor, Malaysia: Penerbitan UTM.

Dokumen Standard Tahun 2, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Humaidi Tatapangarsa. (1997). Akhlak yang mulia. Singapura: Pustaka Nasional


Pte. Ltd.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1  6, Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1  5, Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mahayudin Hj. Yahaya. (2005). Tamadun Islam. Selangor, Malaysia: Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd

Mohd. Roshidi Omar et.al. (1997). Panduan lengkap adab ziarah dan pengurusan
jenazah. Selangor, Malaysia: Pustaka Ilmi.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi X PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai