Anda di halaman 1dari 6

1. DHUHA.

Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas
Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi
apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.
Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.

Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus
baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR.

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH.

Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.

Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang
lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.

Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU.

Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang,
sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA.

Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu

● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha

● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar

● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam
kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Anda mungkin juga menyukai