Anda di halaman 1dari 2

Formula Menjemput Rezeki :

1. DHUHA. Jika kita selalu melakukan 2 Rakaat, sekarang ubah untuk menambah
rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu
membaca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi
apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN YANG
BERKAH.
2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga
bilangan rakaat tahajjud ini. Berserah diri dan mintalah pertolongan Allah
sebulat-bulatnya.
3. AL-QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau merancang untuk melakukan
apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhu terus baca Al-Quran & terjemahan
walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR. Ya Wahhab 40.000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tidak ada perubahan
lakukan sampai 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1
hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM. Jangan memutus tali silaturrahim. Maafkan mereka yang
pernah menyakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH. Sedekah mempunyai satu power yang luar biasa. Allah
gandakan 10 kali & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SHOLAT AWAL WAKTU. Sholatlah di awal waktu. Jika lagi susun 40 batu, tiba
ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan sesuatu
dari manusia di luar sana, tetapi berharaplah dari Allah SWT.
10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, kemudian barulah
berusaha.
4 Amalan Surah setiap hari.

 Surah Yaasin - Setiap solat fardhu


 Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha

 Surah Ar-Rahman - Waktu Asar

 Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH.


INSYAA-ALLOH.

Anda mungkin juga menyukai