Anda di halaman 1dari 2

Walaupun jarak beribu batu, tetapi dengan adanya teknologi dan internet dunia semakin

kecil.Itulah fenomena dunia tanpa sempadan pada masa ini. Pernyataan ini dipetik daripada
kata kata Prof Syed Muhammad Dawilah al-Edrus yang berkait rapat dengan tajuk
perbualan kita pada hari ini.

Assalammualaikum wbh. dan selamat datang saya ucapkan kepada semua penonton sama
ada di studio mahupun di rumah ke gelanggang cakna remaja kita pada hari ini dengan tajuk
yang cukup hangat iaitu Mendidik generasi muda semakin sukar pada era ledakan
maklumat tanpa sempadan bersama tiga orang tetamu yang cukup hebat.

Tak kenal maka tak cinta,


Tak didayung perahu masakan sampai di seberang
Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tak diperkenalkan tetamu,sudah tentu jiwa tertanya tanya

Sukacita saya ingin memperkenalkan 3 orang tetamu yang diundang khas bagi melontarkan
buah fikiran dan juga berkongsi idea untuk sama sama kita menyelusuri tajuk yang saya kira
cukup bermanfaat buat kita semua.
Baiklah kita mulakan dengan tetamu di sebelah saya yang kelihatan muda namun begitu
bersemngat iaitu adik Ahmad Nabil iaitu pelajar Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian
daripada Universiti Malaysia Sabah.Seterusnya, saya perkenalkan tetamu kedua yang
begitu ayu iaitu Puan Sara Sofea iaitu seorang suri rumah sepenuh masa dan juga seorang
ibu kepada 7 orang anak.Akhir sekali, tetamu kita yang kelihatan begitu elegan iaitu Yang
Berhormat Dr. Maizatul Nisha selaku Menteri Pendidikan negara kita.
Sebelum kita mendengar pendapat para tetamu kita tentang tajuk kita pada hari ini,izinkan
saya menerangkan terlebih dahulu berkaitan tajuk forum kita pada hari ini. Seperti yang kita
semua tahu, kita telah pun memasuki era globalisai moden di mana, teknologi maklumat dan
komunikasi telah pun berkembang dengan sangat pesat. ‘Maklumat di hujung jari’
merupakan frasa yang sangat popular bagi menggambarkan situasi ini. Kemajuan teknologi
maklumat tanpa sempadan ini juga turut mempengaruhi generasi muda kita pada hari ini
dalam pelbagai aspek.Generasi muda merupakan pelapis dalam negara kita pada masa
akan datang,maka semua pihak perlu mendidik anak anak muda kita agar menjadi insan
yang akan memberi jasa kepada negara.Selain itu mereka dididik agar peribadi yang unggul
dapat dibentuk dalam diri setiap anak muda kita kini.Peribadi unggul amat penting kerana
dengan adanya peribadi yang unggul semua gejala sosial dan perkara sia sia dapat
dielakkan. Perkara ini perlu dititikberatkan terutamanya dalam dunia kita yang penuh
pancaroba dalam mendidik anak anak muda.Kita perlu mencegah anak anak muda daripada
terpengaruh dengan perkara atau maklumat yang tidak ditapis dan begitu berleluasa sejak
awal lagi ibarat mutiara kata melentur buluh biarlah dari rebungnya,agar anak anak muda
kita sendiri bijak menapis dan memilih maklumat yang bermanfaat untuk diterima dan
diaplikasikan dalam kehidupan. Baiklah terlalu asyik saya berbicara, seterusnya saya
menyerahkan majlis keapada panel pertama kita iaitu adik Ahmad Nabil untuk melontarkan
pendapatnya.

Anda mungkin juga menyukai